AYUTTHAYA, THAILAND, 1 July 2026 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS), Ministry of Defence, Brunei Darussalam, participated in the Track II Network of ASEAN Defence and Security Institutions (NADI) Meeting on “ADMM’s Role in Countering Transnational Cyber Threats in Southeast Asia”, held in Ayutthaya, Thailand from 30 June to 3 July 2026.

Hosted by the Strategic Studies Center (SSC), National Defence Studies Institute (NDSI), Thailand, the meeting convened delegates from ASEAN defence institutions and think tanks to exchange views and discuss policy recommendations in addressing transnational cyber threats. SHHBIDSS was represented by Nor Azriah binti Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz, Head of Delegation, alongside Siti Nurnabilah binti Haji Abdul Rahman, Research Officer.

During the meeting, SHHBIDSS delivered a presentation in Session 1 titled “Assessing the Security Impacts of Transnational Cyber Threats on ASEAN Member States and Regional Stability.” The presentation assessed the implications of transnational cyber threats for national resilience, defence preparedness, critical infrastructure and regional stability, while underscoring the importance of strengthening ASEAN’s collective cyber resilience through enhanced defence cooperation and cross-sectoral collaboration. The presentation emphasised that cybersecurity should be viewed as a strategic defence and national security issue, rather than solely a technical or law-enforcement concern.

The meeting featured discussions on the implications of cyber threats to regional peace and security, the role of the ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) in advancing practical defence cooperation in cyberspace, and opportunities to strengthen collaboration through capacity-building, confidence-building measures, and information exchange.
The meeting concluded with the adoption of a set of policy recommendations for submission to the ADMM, reaffirming the role of NADI as a Track II platform in supporting ASEAN’s defence and security agenda through constructive dialogue and policy-oriented research.


Inaugurated in 2007, NADI serves as a Track II platform that brings together policy analysts, researchers, academics, and defence officials specialising in defence and security issues. It provides a valuable forum for dialogue, knowledge exchange, and the development of policy-relevant recommendations in support of the ADMM. The meeting was the second NADI meeting for 2026, following the Annual General Meeting and Retreat held in the Philippines in April. The next NADI meeting is expected to be held in Cambodia later this year. NADI currently comprises 14 member institutions across all 11 ASEAN countries following the inclusion of Timor-Leste as its newest member in late 2025.
MESYUARAT TREK II RANGKAIAN INSTITUSI PERTAHANAN DAN KESELAMATAN ASEAN (NADI) MENGENAI “PERANAN ADMM DALAM MENANGANI ANCAMAN SIBER RENTAS SEMPADAN DI ASIA TENGGARA”
AYUTTHAYA, THAILAND, 1 Julai 2026 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB), Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam telah menyertai Mesyuarat Trek II Rangkaian Institusi Pertahanan dan Keselamatan ASEAN (NADI) mengenai “Peranan ADMM dalam Menangani Ancaman Siber Rentas Sempadan di Asia Tenggara”, yang telah diadakan di Ayutthaya, Thailand, dari 30 Jun hingga 3 Julai 2026.
Mesyuarat tersebut telah dianjurkan oleh Strategic Studies Center (SSC), National Defence Studies Institute (NDSI), Thailand, dan menghimpunkan para perwakilan daripada institusi pertahanan serta badan pemikir (think tanks) serantau bagi bertukar-tukar pandangan dan membincangkan rekomendasi dasar dalam menangani ancaman siber rentas sempadan. IPPSSHHB telah diwakili oleh Nor Azriah binti Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz selaku Ketua Delegasi, bersama Siti Nurnabilah binti Haji Abdul Rahman, Pegawai Penyelidik.
Semasa mesyuarat tersebut, IPPSSHHB telah membentangkan kertas penyelidikan dalam Sesi 1 bertajuk, “Assessing the Security Impacts of Transnational Cyber Threats on ASEAN Member States and Regional Stability.” Pembentangan tersebut menilai implikasi ancaman siber rentas sempadan terhadap ketahanan negara, kesiapsiagaan pertahanan, infrastruktur kritikal dan kestabilan serantau, di samping menekankan kepentingan memperkukuh daya tahan siber kolektif ASEAN melalui kerjasama pertahanan yang lebih erat serta penyelarasan merentas sektor. Pembentangan tersebut turut menegaskan bahawa keselamatan siber perlu dilihat sebagai isu strategik yang berkaitan dengan pertahanan dan keselamatan negara, dan bukan semata-mata isu teknikal atau penguatkuasaan undang-undang.
Mesyuarat turut membincangkan implikasi ancaman siber terhadap keamanan dan keselamatan serantau, peranan ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) dalam memperkukuh kerjasama pertahanan yang bersifat praktikal dalam domain siber, serta peluang untuk memperkukuh kerjasama melalui pembangunan kapasiti, langkah-langkah pembinaan keyakinan, perkongsian maklumat serta penyelarasan dasar.
Mesyuarat diakhiri dengan penerimaan satu set syor dasar untuk dikemukakan kepada ADMM, sekali gus menegaskan peranan NADI sebagai platform Trek II dalam menyokong agenda pertahanan dan keselamatan ASEAN menerusi dialog yang konstruktif serta penyelidikan yang berorientasikan dasar.
Ditubuhkan pada tahun 2007, NADI berfungsi sebagai platform Trek II yang menghimpunkan penganalisis dasar, penyelidik, ahli akademik dan pegawai pertahanan yang mengkhusus dalam isu-isu pertahanan dan keselamatan. Ia menyediakan ruang yang penting untuk dialog, perkongsian pengetahuan, serta pembangunan cadangan dasar bagi menyokong ADMM. Mesyuarat ini merupakan Mesyuarat NADI yang kedua bagi tahun 2026, susulan Mesyuarat Agung Tahunan (Annual General Meeting) dan Retreat yang telah diadakan di Filipina pada bulan April. Mesyuarat NADI seterusnya dijangka akan diadakan di Kemboja pada bulan September ini. Pada masa ini, NADI dianggotai oleh 14 institusi ahli yang mewakili kesemua 11 negara ASEAN, susulan penyertaan Timor-Leste sebagai ahli terbaharunya pada penghujung tahun 2025.