TOKYO, JAPAN, Tuesday, 15 September 2026 – The 3rd Japan–ASEAN Women, Peace and Security (WPS) Cooperation Project was held in Tokyo from 15 to 17 September 2026. Organised by Japan’s Ministry of Defense, the project aimed to strengthen the integration of WPS considerations into humanitarian assistance and disaster relief (HADR) operations. The Project brought together representatives from ASEAN Member States, Japan and extra-regional countries, providing a platform to exchange national experiences on WPS, disaster response and the role of defence institutions in supporting affected communities.

The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) represented Brunei Darussalam through its Research Officers, Ms Azriah Aziz and Ms Muizzah Harun. Their presentation underscored Brunei Darussalam’s whole-of-nation approach to HADR through a WPS lens, highlighting the country’s disaster management arrangements, civil-military coordination, the role of the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), and potential entry points for further incorporating WPS considerations within existing HADR arrangements.

The Project featured presentations by JMOD and the Japan Self-Defense Forces (JSDF), country presentations, expert discussions and a Tabletop Exercise (TTX). Throughout the programme, diverse approaches to integrating WPS considerations within defence and disaster response were highlighted, while underscoring the importance of adapting such approaches to national contexts and existing institutional arrangements. Discussions and exchanges also emphasised the value of civil-military coordination, community engagement, protection and consideration of the different needs of affected populations, demonstrating how WPS can contribute to more responsive and effective HADR operations.

The participation provided SHHBIDSS with further comparative perspectives on the development and application of WPS principles across different defence and security contexts. The insights gained will contribute to the Institute’s ongoing research and policy analysis on HADR, WPS and regional security, while the engagement further strengthened the Institute’s professional links with regional and international counterparts.

IPPSSHHB MENGHADIRI PROJEK KERJASAMA WANITA, KEAMANAN DAN KESELAMATAN JEPUN-ASEAN KALI KE-3

TOKYO, JEPUN, Selasa, 15 September 2026 – Projek Kerjasama Wanita, Keamanan dan Keselamatan (Women, Peace and Security) Jepun-ASEANkali ke-3 telah diadakan di Tokyo pada 15 hingga 17 September 2026. Dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan Jepun, projek ini bertujuan untuk memperkukuh pengintegrasian pertimbangan WPS dalam operasi bantuan kemanusiaan dan tindak balas bencana (Humanitarian Assistance and Disaster Relief – HADR). Projek berkenaan menghimpunkan wakil-wakil daripada Negara-Negara Anggota ASEAN, Jepun dan negara-negara di luar rantau, serta menyediakan platform bagi pertukaran pengalaman negara mengenai WPS, tindak balas bencana dan peranan institusi pertahanan dalam membantu masyarakat yang terjejas.

Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) mewakili Negara Brunei Darussalam melalui Pegawai-Pegawai Penyelidiknya, iaitu Dayang Azriah Aziz dan Dayang Muizzah Harun. Pembentangan mereka mengetengahkan pendekatan whole-of-nation Negara Brunei Darussalam dalam HADR melalui perspektif WPS, termasuk pengaturan pengurusan bencana negara, penyelarasan awam-ketenteraan, peranan Kementerian Pertahanan, termasuk Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), serta ruang untuk memperkukuh pengintegrasian pertimbangan WPS dalam pengaturan HADR sedia ada.

Projek berkenaan merangkumi pembentangan oleh Kementerian Pertahanan Jepun dan Pasukan Pertahanan Diri Jepun (JSDF), pembentangan negara, perbincangan bersama pakar serta Tabletop Exercise (TTX). Projek berkenaan mengetengahkan pelbagai pendekatan dalam mengintegrasikan pertimbangan WPS dalam bidang pertahanan dan tindak balas bencana, di samping menekankan kepentingan menyesuaikan pendekatan berkenaan dengan konteks negara dan pengaturan institusi sedia ada. Perbincangan dan perkongsian turut menekankan kepentingan penyelarasan awam-ketenteraan, penglibatan masyarakat, perlindungan serta mengambil kira keperluan berbeza dalam kalangan masyarakat yang terjejas, sekali gus menunjukkan bagaimana WPS dapat menyumbang kepada operasi HADR yang lebih responsif dan berkesan.

Penyertaan tersebut memberikan IPPSSHHB perspektif perbandingan mengenai perkembangan dan penerapan prinsip-prinsip WPS dalam pelbagai konteks pertahanan dan keselamatan. Perkongsian dan pandangan yang diperoleh akan menyumbang kepada penyelidikan dan analisis dasar berterusan Institut dalam bidang HADR, WPS dan keselamatan serantau, di samping memperkukuh hubungan profesional Institut dengan rakan-rakan serantau dan antarabangsa.