Friday, 6 December 2024 - The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) held its end-of-year staff Telematch Games Day.
This year's event brought together officers and staff as well as interns from across its research and support services' divisions where they engaged in a series of activities involving mental and physical challenges to foster interaction, teamwork, and problem-solving.
This year's Telematch tournament featured three (3) competitive mini games - relay race, guess-the-phrase, and a blindfold water challenge. The overall winner of the tournament was the Red Team, led by Haji Abdul Malik bin Haji Kamis, Acting Director of SHHBIDSS. Second place went to the Black Team, followed by the Green Team in third place and Blue Team in fourth place. Prizes were presented at the end of the event.
The annual Telematch tournament underscored the Institute's unwavering commitment to fostering a collaborative workplace culture in the pursuit of professional excellence and personal growth for employees.
HARI SUKAN SUKANEKA ANJURAN IPPSSHHB
Jumaat, 6 Disember 2024 - Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) telah menganjurkan aktiviti hujung tahunnya iaitu Hari Sukan Sukaneka di antara pegawai-pegawai dan kakitangan.
Acara pada tahun ini menyatukan pegawai-pegawai dan kakitangan termasuk para intern dari divisyen kaji selidik dan divisyen bantu di mana mereka terlibat dalam beberapa siri aktiviti yang melibatkan cabaran dari segi mental dan fizikal untuk memupuk interaksi, kerja berpasukan dan penyelesaian masalah (problem-solving).
Acara Hari Sukan Sukaneka pada tahun ini menampilkan tiga (3) permainan mini yang kompetitif – relay race, meneka kuiz dan cabaran mengisi botol air. Pemenang keseluruhan pertandingan tersebut ialah Pasukan Merah yang diketuai oleh Haji Abdul Malik bin Haji Kamis, Pemangku Pengarah IPPSSHHB. Manakala, tempat kedua disandang oleh Pasukan Hitam, diikuti oleh Pasukan Hijau di tempat ketiga dan Pasukan Biru di tempat keempat. Hadiah bagi para pemenang telah disampaikan pada akhir acara.
Acara Hari Sukan Sukaneka tahunan itu menggariskan komitmen yang tidak berbelah-bahagi Institut dalam memupuk budaya kolaboratif tempat kerja bagi mendokong kecemerlangan profesional dan perkembangan individu bagi setiap warga Institut.