
Thursday, 23 January 2025 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) held its first sharing session of the year, entitled “2024 in Review & An Outlook of 2025" at the Institute's Board Meeting Room. As part of the Institute's annual practice, the first sharing session of the year analysed pertinent events of the previous year and the outlook for the coming year.The sharing session discussed notable events observed in 2024, and explored the defence and strategic trends that will shape and influence the year 2025. The Institute's research officers each delivered a presentation on the topic to set the scene for discussion. Hajah Siti Diana binti Haji Othman covered the 'Geopolitical Landcape', Muhammad Faiz Safwan bin Mohammad Nazri covered 'War and Conflicts', while Siti Nurnabilah binti Haji Abdul Rahman covered 'Non-Traditional Security' and Nor Azriah binti DSS Haji Abd Aziz covered 'Regional Development & ASEAN'. The session was moderated by Hajah Siti Diana binti Haji Othman.

The presentation, “2024 in Review and an Outlook of 2025" provided an analysis of the key geopolitical, and security developments that shaped the past year while offering insights into potential trends for the year ahead. The discussion highlighted the shifting global power dynamics, the growing concerns on wars and conflicts, emerging challenges from non-traditional security threats, and regional development, focusing on ASEAN's role in driving the region's development as well as challenges.

Present during the session were representatives from the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF), specifically officers and research officers from the Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Airforce (RBAirF), Joint Force Headquarters (JFHQ) and the Directorate of Intelligence.
The Institute's sharing session is a quarterly activity organised by the Institute, serving as a key platform for in-house research analysts to convene and engage in open discussions on specific topics or relevant issues of interest. The sharing sessions fosters a collaborative environment for sharing insights and perspectives within the Ministry of Defence and RBAF.
SESI PERKONGSIAN IPPSSHHB 01/2025 BERTAJUK '2024 IN REVIEW AND AN OUTLOOK OF 2025'
Khamis, 23 Januari 2025 - Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) hari ini telah mengadakan Sesi Perkongsian kali pertama bagi tahun 2025, di Bilik Lembaga Mesyuarat, IPPSSHHB. Sebagai aktiviti tahunan IPPSSHHB, untuk Sesi Perkongsian kali pertama pada tiap tahun akan menganalisis peristiwa-peristiwa signifikan pada tahun sebelumnya dan prospek untuk tahun yang akan datang.Sesi perkongsian kali ini membincangkan peristiwa-peristiwa signifikan yang telah berlaku pada tahun 2024, dan meneliti tren-tren pertahanan dan strategik yang dijangka akan membentuk dan mempengaruhi tahun 2025. Pegawai-pegawai Penyelidik Institut telah menyampaikan pembentangan mengenai beberapa topik untuk dibincangkan. Hajah Siti Diana binti Haji Othman menyampaikan tajuk mengenai 'Geopolitical Landcape', Muhammad Faiz Safwan bin Mohammad Nazri menyampaikan 'War and Conflicts' manakala Siti Nurnabilah binti Haji Abdul Rahman menyampaikan tajuk 'Non-Traditional Security' dan Nor Azriah menyampaikan 'Regional Development & ASEAN'. Turut menjadi moderator semasa sesi tersebut adalah Hajah Siti Diana binti Haji Othman.
Pembentangan "2024 in Review and an Outlook of 2025" mengutarakan analisis tentang perkembangan utama geopolitik dan keselamatan yang terbentuk pada tahun lalu disamping memberikan persepsi tentang tren-tren yang dijangka akan membentuk pada tahun ini. Perbincangan tersebut mengetengahkan perubahan dinamik kuasa global, kebimbangan yang semakin meningkat mengenai peperangan dan konflik, cabaran-cabaran memuncul daripada ancaman keselamatan bukan tradisional, dan perkembangan serantau yang memfokuskan kepada peranan ASEAN dalam memacu pembangunan serta cabaran di rantau ini.
Sesi ini dihadiri oleh wakil-wakil daripada Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) termasuk, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Markas Angkatan Bersama (MAB), Jabatanarah Perisikan dan Jabatanarah Dasar Pertahanan.
Sesi Perkongsian merupakan aktiviti suku tahunan yang dianjurkan oleh Institut, berfungsi sebagai platform utama untuk menggalakkan perbincangan dan saling bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu semasa di kalangan pegawai-pegawai penyelidik di kementerian ini. Sesi Perkongsian memupuk persekitaran yang kolaboratif untuk saling berkongsi pandangan dan perspektif dalam Kementerian Pertahanan dan ABDB.