Sign In
SHHBIDSS ATTENDED THE REGIONAL OUTLOOK FORUM 2025 HOSTED BY ISEAS – YUSOF ISHAK INSTITUTE



REPUBLIC OF SINGAPORE, Thursday, 9 January 2025 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) recently attended the Regional Outlook Forum (ROF) 2025, hosted by the ISEAS – Yusof Ishak Institute in Singapore. The forum, held annually, brought together policymakers, academics, and thought leaders to discuss the key political, economic, and security trends shaping the future of Southeast Asia.




 

Themed “Resilience amid Global Winds of Change", the event featured 13 distinguished speakers discussing the pressing need for resilience amid the disruptions and uncertainties caused by political, geopolitical, technological, and economic upheavals at both national, regional and global levels. About 550 participants attended the event in-person and online. Two research officers from SHHBIDSS attended the forum; Hajah Siti Diana binti Haji Othman and Nor Azriah binti Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz.

 

SHHBIDSS remains committed to contributing to regional discourse on strategic and security issues and continues to explore ways to enhance Brunei's role in fostering regional stability and cooperation. Participation in forums such as ROF 2025 reflects the Institute's dedication to staying abreast of regional developments and contributing valuable perspectives to ongoing discussions. From attending this forum, the Institute also gained valuable insights that will aid in preparing for future events.


The ISEAS – Yusof Ishak Institute is one of the leading research institutions in the region focusing on the study of socio-political, security, and economic trends and developments. The ROF is the flagship event of the ISEAS – Yusof Ishak Institute held at the beginning of each year; the one-day conference highlights and analyses global and regional trends that stakeholders should anticipate over the near and medium term.


 

IPPSSHHB HADIRI REGIONAL OUTLOOK FORUM 2025 YANG DIHOSKAN OLEH INSTITUT ISEAS-YUSOF ISHAK

 

REPUBLIK SINGAPURA, Khamis, 9 Januari 2025 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) baru-baru ini menghadiri Regional Outlook Forum (ROF) 2025, yang dihoskan oleh Institut ISEAS – Yusof Ishak di Singapura. Forum tersebut yang diadakan setiap tahun, menghimpunkan penggubal dasar, ahli akademik dan pemimpin pemikir untuk membincangkan arah aliran politik, ekonomi dan keselamatan utama yang membentuk masa depan Asia Tenggara.

 

Bertemakan "Resilience amid Global Winds of Change", forum tersebut menampilkan 13 penceramah terkenal yang membincangkan keperluan untuk daya tahan di tengah-tengah gangguan dan ketidakpastian yang disebabkan oleh pergolakan politik, geopolitik, teknologi dan ekonomi di peringkat nasional, serantau dan global. Kira-kira 550 peserta menghadiri acara tersebut secara bersemuka dan dalam talian. Dua pegawai penyelidik dari IPPSSHHB menghadiri forum tersebut; Hajah Siti Diana binti Haji Othman dan Nor Azriah binti Dato Seri Setia Haji Abdul Aziz.

 

IPPSSHHB komited dalam menyumbang kepada perbincangan serantau mengenai isu strategik dan keselamatan dan terus meneroka cara untuk meningkatkan peranan Negara Brunei Darussalam dalam memupuk kestabilan dan kerjasama serantau. Penyertaan dalam forum seperti ROF 2025 mencerminkan dedikasi Institut untuk sentiasa mengikuti perkembangan serantau dan menyumbangkan perspektif yang berharga kepada perbincangan yang berterusan. Dengan menghadiri forum seperti ini, ianya juga akan dapat membantu dan menambah pengalaman dalam persediaan untuk acara-acara yang bakal dihoskan oleh Institut.

 

ISEAS – Institut Yusof Ishak ialah salah satu institusi penyelidikan terkemuka di rantau ini yang memberi tumpuan kepada kajian sosio-politik, keselamatan, dan trend dan perkembangan ekonomi. ROF ialah acara utama ISEAS – Institut Yusof Ishak yang diadakan pada awal tahun; persidangan sehari itu mengetengahkan dan menganalisis arah aliran global dan serantau yang harus dijangkakan oleh pihak berkepentingan dalam jangka masa terdekat dan sederhana.


Latest News