Thursday, 27 March 2025 - The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) held its second Sharing Session of the year at the SHHBIDSS' Executive Smart Class today, titled “Beyond Deepseek: The Geopolitics Of Innovation And Strategic Impacts".

The Sharing Session began with welcoming and introductory remarks by Siti Diana Othman, SHHBIDSS Acting Assistant Director, who also moderated the session. Meanwhile, Siti Nurnabilah Haji Abdul Rahman, SHHBIDSS Research Officer provided the presentation as scene-setter.

This month's session focused on how technological advancements such as innovation of Artificial Intelligence (AI) models carry profound geopolitical and strategic implications. The session also explored the future prospect in terms of how AI models can be one of the key players in the geopolitical and economic dynamics.

In the discussion, it was agreed that AI is rapidly gaining prominence and must be addressed proactively. Most participants acknowledged the increasing use of AI and the need for a governance framework to maximise its benefits while mitigating potential risks. There was also consensus that more work is needed to effectively integrate AI within our ministry and government to enhance its strategic use.
Present during the session were representatives from the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF), specifically officers and research officers from Joint Force Headquarters (JFHQ), Directorate of Intelligence, Directorate of Defence Policy and Centre of Science and Technology Research and Development (CSTRAD).
The Institute's sharing session is a quarterly activity organised by the Institute, serving as a key platform for in-house research analysts to convene and engage in open discussions on specific topics or relevant issues of interest. The sharing sessions fosters a collaborative environment for sharing insights and perspectives within the Ministry of Defence and RBAF.
SESI PERKONGSIAN IPPSSHHB 02/2025 BERTAJUK 'BEYOND DEEPSEEK: THE GEOPOLITICS OF INNOVATION AND STRATEGIC IMPACTS'
Khamis, 27 Mac 2025 - Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) hari ini telah mengadakan sesi perkongsian buat kali kedua pada tahun ini, di Bilik Eksekutif, IPPSSHHB, dengan tajuk "Beyond Deepseek: The Geopolitics Of Innovation And Strategic Impacts".
Sesi dimulakan dengan kata alu-aluan dan pengenalan daripada Pemangku Penolong Pengarah IPPSSHHB, Siti Diana Othman, yang juga memoderasi sesi kali ini. Pengemudi isu atau scene-setter bagi perbincangan ini telah disampaikan oleh Siti Nurnabilah Haji Abdul Rahman, Pegawai Penyelidik IPPSSHHB.
Sesi bulan ini mengetengahkan mengenai bagaimana kemajuan teknologi seperti inovasi model kecerdasan buatan (AI) boleh memberikan implikasi kepada geopolitik dan strategik. Sesi itu juga meneliti prospek model AI sebagai salah satu pemain utama dalam membentuk dinamik geopolitik dan ekonomi.
Dalam sesi perbincangan yang berlangsung, diakui penggunaan AI semakin meningkat dan ianya mesti ditangani secara proaktif. Kebanyakan peserta mengakui peningkatan penggunaan AI dan keperluan untuk rangka kerja tadbir urus bagi memaksimumkan faedahnya sambil mengurangkan potensi risiko yang mungkin timbul. Terdapat juga konsensus bahawa lebih banyak kerja diperlukan untuk menyepadukan AI secara berkesan dalam kementerian dan kerajaan untuk meningkatkan penggunaan secara lebih strategik.
Sesi ini dihadiri oleh wakil-wakil daripada Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), iaitu pegawai dan pegawai penyelidik daripada Markas Angkatan Bersama (MAB), Jabatanarah Perisikan, Jabatanarah Dasar Pertahanan dan Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Sains dan Teknologi (CSTRAD).
Sesi Perkongsian merupakan aktiviti suku tahunan yang dianjurkan oleh Institut, berfungsi sebagai landasan untuk menggalakkan perbincangan dan saling bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu semasa di kalangan pegawai-pegawai penyelidik di kementerian ini. Sesi Perkongsian memupuk persekitaran yang kolaboratif untuk saling berkongsi pandangan dan perspektif dalam Kementerian Pertahanan dan ABDB.