Sign In
TRACK II NETWORK OF ASEAN DEFENCE AND SECURITY INSTITUTIONS (NADI) ANNUAL GENERAL MEETING ON “ASEAN UNITY FOR SECURITY AND PROSPERITY”



MALAYSIA, Tuesday, 29 April 2025 – The Track II Network of ASEAN Defence and Security Institutions (NADI) Annual General Meeting (AGM) themed 'ASEAN Unity for Security and Prosperity' was organised by the Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS), Ministry of Defence, Malaysia at the Awana Hotel, Genting Highlands, Pahang from 29 to 30 April 2025.



 

The meeting was chaired by Lieutenant General Dato' Seri Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri, Chief Executive of MiDAS and attended by all members of NADI. The Brunei Darussalam delegation was represented by Dk. Dr. Noor Hasharina binti Pg Haji Hassan, Director of the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS), as well as Hjh Siti Diana binti Haji Othman and Muhammad Faiz Safwan bin Mohammad Nazri, research officers of SHHBIDSS.



 

During the meeting, NADI members discussed the importance of the ASEAN Defence Ministers Meeting (ADMM) in promoting ASEAN unity amidst a changing geopolitical landscape, and how the ADMM can utilise emerging technologies to promote ASEAN unity. SHHBIDSS presented during Session 2 titled 'The Strategic Role of ADMM in Addressing the Complex and Diverse Challenges Facing ASEAN Unity', which was delivered by the Director of SHHBIDSS. The presentation discussed the strengths of the ADMM in tackling non-traditional security challenges while demonstrating a measured ambition in its regional objectives.

 

The meeting made several key recommendations to enhance the effectiveness of ADMM in addressing evolving security challenges. Among the key recommendations are; improving soft and hard defence infrastructure while maintaining active engagement with regional and global security networks; adopting a collective stance on regional threats in line with the Treaty of Amity and Cooperation (TAC); leveraging emerging technologies in military cooperation; and stronger civil-military collaboration and public-private partnerships to support AI innovation and bolster the ASEAN Defence Industry Collaboration (ADIC).

 

Inaugurated in 2007, NADI is a Track II platform that brings in policy analysts, researchers, academics and defence officials specialising in defence and security together to discuss issues related to defence and security cooperation and to develop recommendations to support the ADMM. The NADI AGM set the course for NADI activities for the year, and shall be hosted following the country holding the ASEAN chairmanship.



 

SHHBIDSS has been an active member of NADI since the first NADI meeting in 2007, participating and presenting in meetings every year. This year's AGM will be followed by meetings that will be hosted by National Defense College of the Philippines (NDCP), in partnership with the Armed Forces of the Philippines Office for Strategic Studies and Strategy Management (AFP OSSSM) in Manila, the Republic of the Philippines, and the Strategic Studies Center (SSC), National Defence Studies Institute, Royal Thai Armed Forces Headquarters in Pattaya, Thailand. SHHBIDSS will also be hosting a NADI meeting in November 2025 in Brunei Darussalam.  

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN TREK II RANGKAIAN INSTITUSI PERTAHANAN DAN KESELAMATAN ASEAN (NADI) MENGENAI “PERPADUAN ASEAN UNTUK KESELAMATAN DAN KEMAKMURAN"


MALAYSIA, Selasa, 29 April 2025 – Mesyuarat Agung Tahunan Trek II Rangkaian Institusi Pertahanan dan Keselamatan ASEAN (NADI) bertemakan 'Perpaduan ASEAN untuk Keselamatan dan Kemakmuran' telah dianjurkan oleh Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS), Kementerian Pertahanan, Malaysia di Hotel Awana, Genting Highlands, Pahang dari 29 hingga 30 April 2025.

 

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Leftenan Jeneral Dato' Seri Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri, Ketua Eksekutif MiDAS dan dihadiri oleh kesemua ahli NADI. Delegasi Negara Brunei Darussalam diwakili oleh Dk. Dr Noor Hasharina binti Pg Haji Hassan, Pengarah Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB), serta Hjh Siti Diana binti Haji Othman dan Muhammad Faiz Safwan bin Mohammad Nazri, pegawai penyelidik Institut.

 

Semasa mesyuarat berkenaan, ahli NADI membincangkan kepentingan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) dalam mempromosikan perpaduan ASEAN di tengah-tengah perubahan landskap geopolitik, dan bagaimana ADMM boleh menggunakan teknologi baru muncul untuk menggalakkan perpaduan ASEAN. IPPSSHHB turut menyampaikan pembentangan dalam Sesi 2 yang bertajuk “The Strategic Role of ADMM in Addressing the Complex and Diverse Challenges Facing ASEAN Unity", yang telah disampaikan oleh Pengarah IPPSSHHB. Pembentangan membincangkan kekuatan ADMM dalam menangani cabaran keselamatan bukan tradisional sambil menunjukkan cita-cita yang terukur dalam objektif serantaunya.

 

Mesyuarat juga telah membuat beberapa cadangan untuk meningkatkan keberkesanan ADMM dalam menangani cabaran keselamatan yang semakin berkembang. Antara cadangan tersebut ialah; menambah baik infrastruktur pertahanan lembut dan keras sambil mengekalkan penglibatan aktif dengan rangkaian keselamatan serantau dan global; mengamalkan pendirian kolektif terhadap ancaman serantau selaras dengan Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (TAC); memanfaatkan teknologi baru muncul dalam kerjasama ketenteraan; dan kerjasama awam-tentera yang lebih kukuh dan perkongsian awam-swasta untuk menyokong inovasi AI dan memperkukuh Kerjasama Industri Pertahanan ASEAN (ADIC).

 

Ditubuhkan pada 2007, NADI ialah landasan Trek II yang menemukan penganalisa dasar, penyelidik, ahli akademik dan pegawai-pegawai pertahanan berkepakaran dalam isu-isu pertahanan dan sekuriti untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan jalinan kerjasama bidang pertahanan dan sekuriti, bagi memberikan cadangan dalam menyokong ADMM. Mesyuarat tahunan NADI ini membincangkan dan menetapkan aktiviti NADI untuk tahun tersebut, dan akan dihoskan berikutan negara yang memegang jawatan pengerusi ASEAN.

 

IPPSSHHB telah menjadi ahli aktif NADI sejak mesyuarat NADI pertama pada tahun 2007, dengan mengambil bahagian dan memberi pembentangan dalam mesyuarat-mesyuarat NADI setiap tahun. Mesyuarat tahunan kali ini akan disusuli dengan mesyuarat-mesyuarat yang akan dihoskan oleh National Defence College of the Philippines (NDCP), dengan kerjasama Pejabat Angkatan Bersenjata Filipina untuk Kajian Strategik dan Pengurusan Strategi (AFP OSSSM) di Manila, Republik Filipina, dan Pusat Kajian Strategik (SSC), Institut Pengajian Pertahanan Negara, Markas Angkatan Bersenjata Diraja Thai, di Pattaya, Thailand. IPPSSHHB juga akan menganjurkan satu mesyuarat pada November 2025.


Latest News