Wednesday, 11 June 2025 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) hosted a dialogue session with participants from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Command and Staff Course (CSC) 15/2025 in SHHBIDSS Lecture Hall today.

Focusing on the topic of 'Small State Security in a Shifting Geopolitical Landscape: Strategic Choices for Brunei', the event began with an insightful presentation by the Director of SHHBIDSS, Dk Dr. Noor Hasharina binti Pg Haji Hassan, which laid the groundwork for the ensuing discussion. This was followed by a vibrant panel discussion featuring four course participants, with the Director serving as moderator to facilitate the exchange of ideas. The session culminated in a question and answer (Q&A) segment, allowing participants to further explore key issues on small state challenges.

This dialogue is an integral part of the course module on Brunei's security architecture, encompassing core aspects of the nation's security framework, strategic considerations, policies, and operational challenges, while also integrating diverse perspectives on defence and security in the evolving geopolitical context.

In attendance were a total of 37 students, comprising of 16 officers of senior Major ranks from RBAF, one from the Ministry of Defence, one officer from Royal Brunei Police Force (RBPF), and 19 international officers from 15 countries including Australia, Bahrain, Bangladesh, China, Indonesia, Jordan, Malaysia, Oman, Pakistan, the Philippines, Saudi Arabia, Singapore, Thailand, the UK, and the USA
The CSC is an annual 46-week course organised by RBAF Defence Academy which aims to prepare officers at intermediate to middle management level to become competent Staff Officers in single service and joint environments.
SHHBIDSS have been actively involved in supporting the professional development of human resource capability for the Ministry of Defence and RBAF, including through dialogue sessions and lecture delivery for the Command and Staff Course (CSC), Intermediate Staff Course (ISC) and Promotion Exam (PROMEX), as well as in enhancing the discussion of regional defence, security and strategic environment in its Track II capacity.
SESI DIALOG ANJURAN IPPSSHHB BAGI KURSUS MAKTAB TURUS ABDB SESI 15/2025
Rabu, 11 Jun 2025 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) telah mengadakan sesi dialog bersama para peserta daripada Kursus Maktab Turus Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) 15/2025 di Dewan Kuliah IPPSSHHB hari ini.
Dengan tajuk sesi dialog - “Small State Security in a Shifting Geopolitical Landscape: Strategic Choices for Brunei", acara ini dimulakan dengan pembentangan yang disampaikan oleh Pengarah IPPSSHHB, Dk Dr. Noor Hasharina binti Pg Haji Hassan yang menjadi asas kepada perbincangan panel seterusnya. Perbincangan panel tersebut disertai oleh beberapa peserta kursus dan Pengarah IPPSSHHB selaku moderator. Sesi ini diakhiri dengan segmen soal jawab, membolehkan para peserta kursus meneroka isu-isu signifikan mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi oleh negara-negara kecil dengan lebih mendalam.
Seramai 37 orang pegawai yang terdiri daripada peringkat Mejar, termasuk 16 pegawai ABDB, seorang pegawai awam dari Kementerian Pertahanan, seorang pegawai dari Pasukan Polis Diraja Brunei, serta 19 pegawai tentera dari 15 buah negara termasuk Australia, Bahrain, Bangladesh, China, Indonesia, Jordan, Malaysia, Oman, Pakistan, Filipina, Arab Saudi, Singapore, Thailand, United Kingdom (UK), and Amerika Syarikat (USA) telah menghadiri sesi tersebut.
Kursus Maktab Turus ini berlangsung selama 46 minggu yang dianjurkan setiap tahun oleh Akademi Pertahanan ABDB; bertujuan bagi mempersiapkan pegawai tahap pengurusan pertengahan hingga menengah untuk menjadi Pegawai Staf yang kompeten dalam perkhidmatan atau persekitaran masing-masing.
IPPSSHHB terlibat secara aktif dalam menyokong pembangunan profesional tenaga manusia Kementerian Pertahanan dan ABDB, termasuk melalui sesi dialog dan penyampaian taklimat-taklimat bagi Kursus Maktab Turus, Kursus Staf Pertengahan, dan Ujian Kenaikan Pangkat (PROMEX), serta menyumbang dalam perbincangan isu-isu ketenteraan, keselamatan dan persekitaran strategik dalam kapasiti Landasan II (Track II) pihak Institut.