Sign In
SHHBIDSS PARTICIPATED IN THE 3RD CHINA-ASEAN DEFENCE THINK TANKS EXCHANGE



GUIYANG, China, Thursday, 19 June 2025 – The 3rd China-ASEAN Defense Think Tanks Exchange (CADTE) was held from 18 to 21 June 2025 in Guiyang, China. Leading the delegation from the Institute was Dk Dr Noor Hasharina binti Pg Haji Hassan, Director of SHHBIDSS, accompanied by Siti Nurnabilah binti Haji Abdul Rahman, SHHBIDSS Research Officer.




The Keynote Address was delivered by Major General Chen Xiaoqian, Vice President, People's Liberation Army Academy of Military Sciences, China, where he highlighted China-ASEAN relations as one of the most successful and dynamic models of regional cooperation, while emphasising their steadfast commitment to openness, inclusiveness, and mutual cooperation.




This year, with the main theme “Jointly Promoting Regional Peace and Building a Safe and Secure Home", the Director of SHHBIDSS gave a speech in a plenary session titled “Shared Future: Current Situation and Vision of China-ASEAN Defence Cooperation". In her speech, Dk Dr Noor Hasharina shared how ASEAN and China have expanded their defence cooperation through a series of institutional mechanisms, mainly the ASEAN Defence Ministers' Meeting Plus (ADMM-Plus), ASEAN Regional Forum and East Asia Summit. Beyond institutional mechanisms, she also highlighted the importance of people-to-people exchanges such as military training and education, professional and cultural visits, as well as Track II dialogues, in fostering strategic trust and long-term collaboration.


In addition, there were also four (04) parallel sessions covering issues such as the role of ASEAN in the evolving international landscape; institutional innovation in regional security architecture; cooperation in maritime security and crisis management; and military applications and governance of emerging technologies.


Held the third time since its inauguration in 2019, the CADTE programme is an outcome of the proposal made by previous Chinese State Councilor and Minister of National Defence, General Wei Fenghe during the ASEAN-China Defence Minister's Informal Meeting in October 2018.



IPPSSHHB MENGHADIRI SEMINAR CHINA-ASEAN DEFENCE THINK TANKS EXCHANGE KALI KE-3


GUIYANG, China, Khamis, 19 Jun 2025 – China-ASEAN Defence Think Tanks Exchange (CADTE) kali ke-3 telah berlangsung pada 18 hingga 21 Jun 2025 di Guiyang, China. Mengetuai delegasi daripada Institut adalah Dk Dr Noor Hasharina binti Pg Haji Hassan, Pengarah IPPSSHHB dan disertai oleh Pegawai Penyelidik IPPSSHHB, Siti Nurnabilah binti Haji Abdul Rahman.


Ucaptama telah disampaikan oleh Mejar Jeneral Chen Xiaoqian, Naib Presiden di People's Liberation Army Academy of Military Sciences, China, di mana beliau menegaskan bahawa hubungan China-ASEAN sebagai salah satu model kerjasama serantau yang berjaya dan dinamik, sambil menekankan komitmen teguh mereka terhadap keterbukaan, keterangkuman, dan saling berkerjasama.


Tahun ini dengan tema utama “Jointly Promoting Regional Peace and Building a Safe and Secure Home", Pengarah IPPSSHHB telah menyampaikan ucapan dalam sesi plenari yang bertajuk “Shared Future: Current Situation and Vision of China-ASEAN Defence Cooperation". Dalam ucapannya, Dk Dr Noor Hasharina berkongsi bagaimana ASEAN dan China telah mengembangkan kerjasama pertahanan mereka melalui beberapa mekanisme institusi, terutamanya Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN Plus (ADMM-Plus), ASEAN Regional Forum dan Sidang  Kemuncak Asia Timur. Di luar mekanisme institusi, beliau juga menekankan kepentingan pertukaran tenaga manusia seperti latihan dan pendidikan ketenteraan, lawatan profesional dan kebudayaan, serta dialog landasan Trek II, dalam memupuk kepercayaan strategik dan kerjasama jangka panjang.


Di samping itu, terdapat juga empat (04) sesi parallel yang membincangkan isu- isu seperti peranan ASEAN dalam landskap antarabangsa yang berkembang; inovasi institusi dalam seni bina keselamatan serantau; kerjasama dalam keselamatan maritim dan pengurusan krisis; dan aplikasi ketenteraan dan tadbir urus kemunculan teknologi baru.

Diadakan bagi kali ketiga sejak perasmiannya pada tahun 2019, program CADTE merupakan hasil daripada cadangan yang dibuat oleh bekas Ahli Majlis Negeri China dan Menteri Pertahanan Negara, Jeneral Wei Fenghe, semasa ASEAN-China Defence Ministers' Informal Meeting pada Oktober 2018.

 


Latest News