Wednesday, 2 July 2025 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) hosted a farewell call from Her Excellency Ambra Dickie, the High Commissioner of Canada to Brunei Darussalam this afternoon.
.jpeg)
Her Excellency was warmly welcomed by Dk Dr Noor Hasharina binti Pg Haji Hassan, Director of SHHBIDSS, along with Dr Sabrina binti Dato Paduka Haji Mohd Daud, Assistant Director and SHHBIDSS research officers. During the call, Dk Dr Noor Hasharina conveyed gratitude for Her Excellency's dedication in strengthening Canada-Brunei relations throughout her tenure, particularly Her Excellency's efforts in enhancing bilateral cooperation in education, capacity-building, and people-to-people ties.
.jpeg)
Looking ahead, Dk Dr Noor Hasharina shared the Institute's openness to exploring further collaboration with Canada in research, particularly on non-traditional security issues, climate security, and Women, Peace and Security (WPS) initiatives.
.jpeg)
Her Excellency Ambra Dickie thanked the Institute for the warm reception and reiterated Canada's commitment to working closely with Brunei and regional partners in promoting peace, stability, and security.

The farewell call also served as a platform to reflect on the strong bilateral ties between Brunei Darussalam and Canada, particularly in the areas of security cooperation, capacity building, and academic exchanges. SHHBIDSS expressed its appreciation for Her Excellency's contributions in enhancing defence and strategic relations during her tenure.
Her Excellency Ambra Dickie assumed her post as High Commissioner of Canada to Brunei Darussalam in 2021. Throughout her service, she has played a significant role in strengthening Canada's engagement with Brunei in support of regional peace and stability.
SHHBIDSS extends its best wishes to Her Excellency in her future endeavours.
IPPSSHHB TERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI KANADA KE BRUNEI DARUSSALAM
Rabu, 2 Julai 2025 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHSB) telah menerima kunjungan perpisahan daripada Puan Yang Terutama Ambra Dickie, Pesuruhjaya Tinggi Kanada ke Brunei Darussalam pada petang ini.
Kunjungan Puan Yang Terutama telah dialu-alukan oleh Dk Dr Noor Hasharina binti Pg Haji Hassan, Pengarah IPPSSHHSB, bersama Dr Sabrina binti Dato Paduka Haji Mohd Daud, Penolong Pengarah dan para pegawai penyelidik IPPSSHHSB. Semasa kunjungan tersebut, Dk Dr Noor Hasharina menyampaikan penghargaan atas dedikasi Puan Yang Terutama dalam memperkukuh hubungan dua hala Kanada-Brunei sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, khususnya dalam mempertingkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan, pembangunan kapasiti, dan hubungan antara rakyat.
Memandang ke hadapan, Dk Dr Noor Hasharina menyatakan keterbukaan IPPSSHHSB untuk meneroka kerjasama lanjut bersama Kanada dalam bidang penyelidikan, khususnya berkaitan isu keselamatan bukan tradisional, keselamatan iklim, dan inisiatif Wanita, Keamanan dan Keselamatan (WPS).
Puan Yang Terutama Ambra Dickie mengucapkan terima kasih kepada IPPSSHHSB atas sambutan yang mesra dan mengulangi komitmen Kanada untuk terus bekerjasama rapat dengan Brunei dan rakan serantau dalam mempromosikan keamanan, kestabilan dan keselamatan.
Kunjungan perpisahan ini turut menjadi wadah untuk mencerminkan hubungan dua hala yang kukuh antara Brunei Darussalam dan Kanada, khususnya dalam bidang kerjasama keselamatan, pembangunan kapasiti dan pertukaran akademik. IPPSSHHSB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan Puan Yang Terutama dalam memperkukuh hubungan pertahanan dan strategik sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.
Puan Yang Terutama Ambra Dickie telah memulakan perkhidmatan beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi Canada ke Brunei Darussalam pada tahun 2021. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau telah memainkan peranan penting dalam mengukuhkan penglibatan Kanada bersama Brunei demi menyokong keamanan dan kestabilan serantau.
IPPSSHHSB merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada Puan Yang Terutama dalam usaha dan tugasan beliau yang seterusnya.