Thursday, 10 July 2025 - The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) held its third Sharing Session of the year at the SHHBIDSS Executive Smart Class today, titled “Warfare Trends: Grey Zone Conflicts And Conventional Wars In A Shifting Global Landscape".

The Sharing Session began with welcoming and introductory remarks by Siti Nurnabilah Haji Abdul Rahman, Acting Senior Research Officer, who also moderated the session. Meanwhile, Muhammad Faiz Safwan bin Mohammad Nazri, Research Officer provided the presentation as scene-setter.
This month's session highlighed the evolving character of warfare, in particular focusing on the use of grey zone warfare by major powers and various countries. The session also underscored that conventional warfare continues to be viewed as a critical instrument for certain countries and leaders in pursuing their national and strategic objectives.

In the discussion, a consensus emerged on the need for detailed clarity on the definition of grey zone warfare, alongside a deeper understanding of the objectives and motivations driving grey zone actors. Participants also highlighted the enduring influence of realism, rational decision-making, and the political will of global leaders in shaping the current international order.

Present during the session were representatives from the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF), specifically officers and research officers from the Joint Force Headquarters (JFHQ), Directorate of Intelligence, Directorate of Defence Policy and Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF).
The Institute's sharing session is a core activity organised by the Institute, serving as a key platform for in-house research analysts to convene and engage in open discussions on specific topics or relevant issues of interest. The sharing sessions foster a collaborative environment for sharing insights and perspectives within the Ministry of Defence and RBAF.
SESI PERKONGSIAN IPPSSHHB 03/2025 BERTAJUK 'WARFARE TRENDS: GREY ZONE CONFLICTS AND CONVENTIONAL WARS IN A SHIFTING GLOBAL LANDSCAPE'
Khamis, 10 Julai 2025 - Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) hari ini telah mengadakan sesi perkongsian buat kali kedua pada tahun ini, di Bilik Eksekutif, IPPSSHHB, dengan tajuk "Warfare Trends: Grey Zone Conflicts And Conventional Wars In A Shifting Global Landscape".
Sesi dimulakan dengan kata alu-aluan dan pengenalan daripada Pemangku Pengawai Penyelidik Kanan, Siti Nurnabilah Haji Abdul Rahman, yang juga memoderasi sesi kali ini. Pengemudi isu atau scene-setter bagi perbincangan ini telah disampaikan oleh Muhammad Faiz Safwan bin Mohammad Nazri, Pegawai Penyelidik.
Sesi pada bulan ini menumpukan perhatian kepada perubahan dalam sifat peperangan masa kini, dengan memberikan penekanan khusus terhadap penggunaan grey zone warfare oleh kuasa-kuasa besar dan pelbagai negara. Perbincangan turut mengetengahkan bahawa conventional warfare masih dianggap sebagai instrumen penting oleh sesetengah negara dan pemimpin dalam usaha mencapai objektif nasional dan strategik.
Dalam sesi perbincangan, terdapat konsensus mengenai keperluan untuk penjelasan yang lebih terperinci mengenai definisi grey zone warfare, di samping pemahaman yang lebih mendalam terhadap objektif dan dorongan di sebalik tindakan aktor-aktor grey zone. Turut dibincangkan ialah pengaruh berterusan pendekatan realisme, rasionaliti dalam membuat keputusan, serta kemahuan politik para pemimpin dunia dalam membentuk susunan antarabangsa semasa.
Sesi ini dihadiri oleh wakil-wakil daripada Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), iaitu pegawai dan pegawai penyelidik daripada Markas Angkatan Bersama (MAB), Jabatanarah Perisikan, Jabatanarah Dasar Pertahanan dan Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB).
Sesi Perkongsian merupakan aktiviti teras yang dianjurkan oleh Institut, berfungsi sebagai landasan untuk menggalakkan perbincangan dan saling bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu semasa di kalangan pegawai-pegawai penyelidik di kementerian ini. Sesi Perkongsian memupuk persekitaran yang kolaboratif untuk saling berkongsi pandangan dan perspektif dalam Kementerian Pertahanan dan ABDB.