Sign In
TRACK II NETWORK OF ASEAN DEFENCE AND SECURITY INSTITUTIONS (NADI) MEETING ON “ARTIFICIAL INTELLIGENCE IN DEFENCE: POTENTIAL AND CHALLENGES FOR ADMM COOPERATION”




PATTAYA, Thailand, Wednesday, 27 August 2025 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) attended the Track II Network of ASEAN Defence and Security Institutions (NADI) Meeting themed 'Artificial Intelligence: Potential and Challenges for ADMM Cooperation'. The meeting was organised by the Strategic Studies Center (SSC), National Defence Studies Institute (NDSI), Royal Thai Armed Forces, and was held from 26 to 29 August 2025 at the Heritage Pattaya Beach Resort, Chonburi Province, Kingdom of Thailand.



 

The meeting was chaired by Major General Nirut Duangpanya, Director of SSC, NDSI, Royal Thai Armed Forces and was attended by twelve (out of thirteen) members of NADI. The SHHBIDSS delegation was represented by Dayangku Dr Noor Hasharina binti Pengiran Haji Hassan, Director, and Siti Nurnabilah binti Haji Abdul Rahman, Research Officer.



 

During the meeting, NADI members discussed the potential opportunities and risks brought by AI in areas of defence and military, as well as areas of potential AI cooperation within the ASEAN Defence Ministers Meeting (ADMM). The meeting also highlighted challenges and concerns related to AI, particularly its impact on human cognitive abilities and decision-making, while drawing lessons from ongoing conflicts.

 

SHHBIDSS presented during the third session of the meeting, titled 'Strengthening AI Governance, Ethics and Cooperation in the Defence Sector through ADMM', which was delivered Siti Nurnabilah binti Haji Abdul Rahman, Research Officer.

 

The meeting proposed several key recommendations to enhance AI cooperation among ASEAN Member States (AMS), such as development of an AI Code of Practice, establishment of an AI Threat Intelligence Sharing Centre, wider collaboration with the private sector, external partners and cross-pillar exchanges to advance AI technologies, as well as leveraging existing mechanisms such as the ASEAN Cyber Defence Network, ADMM Cybersecurity and Information Centre of Excellence (ACICE), and other AI-Ready ASEAN Initiatives.

 

Inaugurated in 2007, NADI is a Track II platform that brings in policy analysts, researchers, academics and defence officials together to discuss issues related to defence and security cooperation and to develop recommendations to support ADMM.

 

As a NADI member, SHHBIDSS will be hosting a NADI meeting on 10 to 13 November 2025, on the theme 'the Evolving Character of Warfare: Readiness and Adaptation' in Brunei Darussalam.





 

MESYUARAT TREK II RANGKAIAN INSTITUSI PERTAHANAN DAN KESELAMATAN ASEAN (NADI) MENGENAI “KECERDASAN BUATAN DALAM PERTAHANAN: POTENSI DAN CABARAN BAGI KERJASAMA ADMM"


 

PATTAYA, Thailand, Rabu, 27 Ogos 2025 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) telah menghadiri Mesyuarat Trek II Rangkaian Institusi Pertahanan dan Keselamatan ASEAN (NADI) yang bertemakan 'Kecerdasan Buatan (AI) dalam Pertahanan: Potensi dan Cabaran bagi Kerjasama ADMM'. Mesyuarat ini ialah anjuran the Strategic Studies Center (SSC), National Defence Studies Institute (NDSI), the Royal Thai Armed Forces pada 26 hingga 29 Ogos 2025 di the Heritage Pattaya Beach Resort, Chonburi Province, Thailand.

 

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Mejar Jeneral Nirut Duangpanya, Pengarah SSC, NDSI, Royal Thai Armed Forces, Thailand. Mesyuarat ini dihadiri oleh dua belas (daripada tiga belas) ahli NADI. Delegasi IPPSSHHB diwakili oleh Dayangku Dr Noor Hasharina binti Pg Haji Hassan, Pengarah, dan Siti Nurnabilah binti Haji Abdul Rahman, Pegawai Penyelidik.

 

Di mesyuarat tersebut, ahli-ahli NADI telah membincangkan; potensi peluang dan risiko yang dibawa oleh AI dalam bidang pertahanan dan ketenteraan, serta potensi kerjasama AI dalam Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM). Mesyuarat itu juga menekankan mengenai cabaran dan kebimbangan berkaitan dengan AI terutamanya impak AI dalam kebolehan kognitif manusia dan membuat keputusan, mengambil pengajaran daripada konflik yang berterusan.

 

IPPSSHHB telah membuat pembentangan semasa sesi ketiga mesyuarat yang bertajuk 'Memperkukuh Tadbir Urus, Etika dan Kerjasama AI dalam Sektor Pertahanan melalui ADMM', yang telah disampaikan oleh Siti Nurnabilah binti Haji Abdul Rahman, Pegawai Penyelidik.

 

Mesyuarat ini telah mengutarakan beberapa cadangan untuk meningkatkan kerjasama AI di kalangan negara-negara anggota ASEAN (AMS), seperti pembangunan Kod Amalan AI, penubuhan AI Threat Intelligence Sharing Centre, memperluaskan lagi kerjasama dengan sektor swasta, rakan kongsi luar dan pertukaran cross-pillar untuk memajukan teknologi AI, serta memanfaatkan mekanisme sedia ada seperti ASEAN Cyber Defence Network, ADMM Cybersecurity and Information Centre of Excellence (ACICE), dan inisiatif-inisiatif AI-Ready ASEAN yang lain.

 

Ditubuhkan pada 2007, NADI ialah landasan Trek II yang menemukan penganalisa dasar, penyelidik, ahli akademik dan pegawai-pegawai pertahanan berkepakaran untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan jalinan kerjasama bidang pertahanan dan sekuriti, bagi memberikan cadangan dalam menyokong ADMM.

 

Sebagai ahli NADI, IPPSSHHB akan menjadi tuan rumah bagi mesyuarat NADI yang akan datang, iaitu pada 10 hingga 13 November 2025, dengan bertemakan 'Perubahan Ciri Peperangan: Kesiapsiagaan dan Penyesuaian'.

 


Latest News