Tuesday, 2 September 2025 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) today welcomed a delegation of 16 participants from the Indian National Defence College (NDC), Republic of India, as part of their three-day study tour to Brunei Darussalam.

The delegation was led by Air Vice Marshal Manish Kumar Gupta, Senior Directing Staff (Air) at the NDC, and was received by Dayangku Dr. Noor Hasharina binti Pengiran Haji Hassan, Director of SHHBIDSS.
The visit began with a formal signing of the parchment and an exchange of gifts to mark the occasion, followed by a briefing on the Regional Security Outlook. The presentation provided an overview of the evolving strategic environment in Southeast Asia and Brunei Darussalam's perspectives on regional security. The session concluded with an engaging exchange of views between SHHBIDSS officials and the NDC participants, highlighting shared interests in promoting peace, stability, and collaboration.

The NDC is the country's apex institution for training senior officers of the Indian Armed Forces and civil services, offering a prestigious course that combines defence, security, diplomacy, and policy studies. Participants of the NDC course undertake regional and international study tours as part of their academic curriculum to gain first-hand exposure to different perspectives on strategic and security issues.

SHHBIDSS regularly welcomes visits from defence colleges, think tanks, and educational institutions as part of its mandate to foster dialogue and international engagement. Such visits provide valuable opportunities to exchange views, enhance mutual understanding, and promote networking, while showcasing Brunei Darussalam's perspectives on defence and security matters to the wider international community.
LAWATAN DARIPADA KOLEJ PERTAHANAN NASIONAL (NDC) INDIA KE IPPSSHHB
Selasa, 2 September 2025 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSHHB) hari ini menerima kunjungan seramai 16 peserta daripada Kolej Pertahanan Nasional (NDC), Republik India, sebagai sebahagian daripada lawatan sambil belajar selama tiga hari ke Negara Brunei Darussalam.
Rombongan tersebut diketuai oleh Air Vice Marshal Manish Kumar Gupta, Senior Directing Staff (Air) di NDC, dan disambut oleh Dayangku Dr. Noor Hasharina binti Pengiran Haji Hassan, Pengarah IPPSSHHB.
Lawatan dimulakan dengan penandatanganan parchmen serta pertukaran cenderamata sebagai tanda kenangan, diikuti dengan taklimat mengenai Regional Security Outlook. Taklimat tersebut memberikan gambaran mengenai persekitaran strategik yang sedang berlaku di Asia Tenggara serta pandangan Negara Brunei Darussalam terhadap isu keselamatan serantau. Sesi tersebut diteruskan dengan pertukaran pandangan antara pegawai IPPSSHHB dan peserta NDC, yang menekankan kepentingan bersama dalam mempromosikan keamanan, kestabilan, dan kerjasama.
NDC merupakan institusi tertinggi negara di India dalam melatih pegawai kanan Angkatan Tentera India dan perkhidmatan awam, dengan menawarkan kursus berprestij yang menggabungkan bidang pertahanan, keselamatan, diplomasi, dan kajian dasar. Peserta kursus NDC menjalankan lawatan sambil belajar sebagai sebahagian daripada kurikulum akademik mereka untuk mendapatkan pendedahan langsung terhadap pelbagai perspektif dalam isu strategik dan keselamatan.
IPPSHHB menerima kunjungan secara berkala daripada kolej pertahanan, badan pemikir, dan institusi pendidikan sebagai sebahagian daripada mandatnya untuk menggalakkan dialog dan penglibatan peringkat antarabangsa. Lawatan seperti ini memberikan peluang yang berharga untuk bertukar pandangan, meningkatkan persefahaman bersama, serta memperluaskan rangkaian kerja, di samping mengetengahkan perspektif Negara Brunei Darussalam mengenai hal ehwal pertahanan dan keselamatan kepada masyarakat antarabangsa.