Wednesday, 3 September 2025 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) welcomed a delegation from the Embassy of the People's Republic of China in Brunei Darussalam this afternoon.

The delegation was led by Mr Chen Chuan, Minister Counsellor and Deputy Chief of Mission; he was accompanied by Mr Li Jibin, Head of Political Section; Mr Lan Tianxiang, Attache; and Ms Dai Yuxin, Attache.
During the visit, Minister Counsellor Chen and Dayangku Dr Noor Hasharina binti Pengiran Haji Hassan, Director of SHHBIDSS, [SD1] explored potential avenues for future collaboration between the Institute and Chinese think tanks as well as relevant stakeholders, to further strengthen both relations on a Track II level.
Previously, SHHBIDSS had the privilege of hosting esteemed speakers from Chinese organisations and think tanks including the China Foreign Affairs University (2016) to partake in the Institute's annual flagship seminar, the East Asia Security Outlook Seminar (EASO).
DELEGASI DARI KEDUTAAN REPUBLIK RAKYAT CHINA DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MEMBUAT KUNJUNGAN KE IPPSSHHB
Rabu, 3 September 2025 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) telah menerima kunjungan daripada delegasi Kedutaan Besar Republik Rakyat China Di Negara Brunei Darussalam pada petang ini.
Delegasi Kedutaan Besar Republik Rakyat China diketuai oleh Tuan Chen Chuan, Menteri Kaunselor dan Timbalan Ketua Misi; beliau turut diiringi oleh Tuan Li Jibin, Ketua Bahagian Politik; Tuan Lan Tianxiang, Atase; dan Puan Dai Yuxin, Atase.
Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua Menteri Kaunselor dan Dayangku Dr Noor Hasharina binti Pengiran Haji Hassan, Pengarah IPPSSHHB, menerokai peluang kerjasama di antara Institut dan badan pemikir serta pihak yang berkepentingan, bagi mengukuhkan lagi hubungan kedua negara di peringkat Landasan II.
Sebelum ini, IPPSSHHB telah mengalu-alukan dan menjemput beberapa penceramah daripada badan pemikir dan organisasi daripada China termasuk China Foreign Affairs University (2016) untuk menyertai Seminar East Asia Security Outlook (EASO), seminar tahunan perdana yang dikelolakan oleh Institut.