Sign In
SHHBIDSS SHARING SESSION 05/2025 ON ‘COUNTOURS OF CONFLICT: NAVIGATING THE THAI-CAMBODIAN BORDER DISPUTE AND ITS STRATEGIC IMPLICATIONS’


 


Thursday, 4 September 2025 - The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) held its fifth Sharing Session of the year at SHHBIDSS Executive Smart Class today, on “Contours of Conflict: Navigating the Thai-Cambodian Border Dispute and Its Strategic Implications".



The Sharing Session began with welcoming and introductory remarks by Dayangku Dr Noor Hasharina binti Pengiran Haji Hassan, SHHBIDSS Director, who also moderated the session. Meanwhile, Muizzah binti Haji Harun, SHHBIDSS Research Officer provided the presentation as scene-setter.

 

This session examined the Thai-Cambodian border dispute, tracing its origins to colonial-era agreements that has left border lines unclear. It highlighted the key contested areas, detailing how ambiguous borders have led to frequent clashes, especially the sharp escalation seen in July 2025. The discussion also covered the interplay of nationalist sentiments and domestic politics in both countries, which have intensified military posturing and complicated diplomatic resolutions. Finally, it considered the wider impact on regional peace and stability, emphasising the need for greater cooperation through ASEAN and international legal frameworks to support a lasting resolution in Southeast Asia.


Present during the session were representatives from the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF), including officers and research officers from Joint Force Headquarters, Royal Brunei Armed Forces (JFHQ RBAF), Judge Advocate General (JAG) Office, Directorate of Intelligence and Directorate of Defence Policy.


The Institute's sharing session is a core activity organised by the Institute, serving as a key platform for in-house research analysts to convene and engage in open discussions on specific topics or relevant issues of interest. The sharing sessions foster a collaborative environment for sharing insights and perspectives within the Ministry of Defence and RBAF.



SESI PERKONGSIAN IPPSSHHB 05/2025 BERTAJUK 'COUNTOURS OF CONFLICT: NAVIGATING THE THAI-CAMBODIAN BORDER DISPUTE AND ITS STRATEGIC IMPLICATIONS'

 

Khamis, 4 September 2025 - Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) hari ini telah mengadakan sesi perkongsian buat kali kelima pada tahun ini, di Executive Smart Classroom, IPPSSHHB, dengan tajuk "Countours Of Conflict: Navigating the Thai-Cambodian Border Dispute and Its Strategic Implications".  

 

Sesi dimulakan dengan kata alu-aluan dan pengenalan daripada Dayangku Dr Noor Hasharina binti Pengiran Haji Hassan, Pengarah IPPSSHHB, yang turut mengendalikan sesi ini sebagai moderator. Pengemudi isu atau scene-setter bagi perbincangan ini telah disampaikan oleh Muizzah binti Haji Harun, Pegawai Penyelidik IPPSSHHB.

 

Sesi tersebut membincangkan pertikaian sempadan antara Kerajaan Thailand dan Kerajaan Kemboja, dengan menelusuri asal-usulnya yang berpunca daripada perjanjian era penjajahan yang menyebabkan sempadan menjadi tidak jelas. Ia turut mengetengahkan kawasan-kawasan utama yang dipertikaikan, serta menerangkan bagaimana garisan sempadan yang tidak jelas telah menyebabkan pertembungan yang kerap berlaku, terutamanya peningkatan ketegangan tentera yang berlaku pada Julai 2025. Perbincangan ini turut menyentuh pengaruh sentimen nasionalisme dan dinamik politik domestik di kedua-dua negara, yang telah menyumbang kepada peningkatan kehadiran ketenteraan dan meningkatkan kerumitan dalam usaha mencari penyelesaian secara diplomatik. Akhir sekali, sesi tersebut juga meneliti kesan yang lebih luas terhadap keamanan dan kestabilan serantau, dengan menekankan keperluan kerjasama yang lebih erat melalui ASEAN dan rangka kerja undang-undang antarabangsa bagi menyokong penyelesaian yang berkekalan di Asia Tenggara.

 

Sesi ini dihadiri oleh wakil-wakil daripada Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) termasuk Markas Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MAB ABDB), Pejabat Perundangan Tentera ABDB, Jabatanarah Perisikan dan Jabatanarah Dasar Pertahanan.

 

Sesi Perkongsian merupakan aktiviti teras yang dianjurkan oleh Institut, berfungsi sebagai landasan untuk menggalakkan perbincangan dan saling bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu semasa di kalangan pegawai-pegawai penyelidik di kementerian ini. Sesi Perkongsian memupuk persekitaran yang kolaboratif untuk saling berkongsi pandangan dan perspektif dalam Kementerian Pertahanan dan ABDB.



Latest News