
BERAKAS, Monday, 29 September 2025 - His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, has gra ciously consented to present awards to civil servants in conjunction with the 32nd Civil Service Day Celebration, held at the International Convention Centre, Berakas.
A total of four recipients from the Ministry of Defence, including two from the Institute, were recipients of the Excellent Civil Service Employee Awards (APCPA) from Division II, III, IV and V. The recipients were Dayang Tieng Chwei Peng, Engineer, Directorate of Development and Work Services (Division II); Dayang Hajah Farihah binti Haji Awang Mohd Daud, Assistant Administrator, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (Division III); Awang Haji Azaman bin Haji Asat@Arshad, Clerk, Directorate of Administration and Manpower (Division IV) and Awang Abu Bakar bin Haji Osman, Office Assistant, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (Division V).

Dayang Hajah Farihah binti Haji Awang Mohd Daud, Assistant Administrator, (Division III) and Awang Abu Bakar bin Haji Osman, Office Assistant (Division V) shared their gratitude and thanks to the Ministry of Defence and the Director of the Institute for the support and trust given to them in their nomination for the Excellent Civil Service Employee Awards (APCPA) for the year 2025. They expressed hope that they would inspire other colleagues at the Institute to further improve their quality of work in pursuit of excellence.
The APCPA serves as a recognition and acknowledgement to civil servants who have consistently demonstrated not only exemplary work and quality output, but also strong values of integrity, ethics and dedication worthy of emulation.
WARGA IPPSSHHB TERIMA ANUGERAH SEMPENA HARI PERKHIDMATAN AWAM 2025
BERAKAS, Isnin, 29 September 2025 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan mengurniakan anugerah-anugerah kepada warga perkhidmatan awam bersempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam (HPA) ke-32 yang telah berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.
Seramai empat orang warga Kementerian Pertahanan telah menerima Anugerah Pekerja Cemerlang Perkhidmatan Awam (APCPA) dari Bahagian II, III, IV dan V. Mereka ialah Dayang Tieng Chwei Peng, Jurutera Kerja, Jabatanarah Pembangunan dan Perkhidmatan Kerja (Bahagian II); Dayang Hajah Farihah binti Haji Awang Mohd Daud, Penolong Pentadbir, Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Bahagian III); Awang Haji Azaman bin Haji Asat@Arshad, Kerani, Jabatanarah Pentadbiran dan Tenaga Manusia (Bahagian IV) dan Awang Abu Bakar bin Haji Osman, Pembantu Pejabat, Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Bahagian V).
Dayang Hajah Farihah binti Haji Awang Mohd Daud, Penolong Pentadbir, (Bahagian III) dan Awang Abu Bakar bin Haji Osman, Pembantu Pejabat mengongsikan rasa syukur dan terima kasih kepada Kementerian Pertahanan dan Pengarah Institut atas sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan atas pencalonan Anugerah Pekerja Cemerlang (APCPA) bagi tahun 2025. Seterusnya, mereka berharap agar dengan penerimaan anugerah ini dapat menjadi pembakar semangat kepada rakan-rakan sekerja di Institut supaya akan dapat meningkatkan lagi mutu kerja yang lebih baik dalam mengejar kecemerlangan.
APCPA ini merupakan penghargaan dan pengiktirafan kepada warga perkhidmatan awam yang bukan sahaja menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang dan hasil kerja yang berkualiti tinggi, malah mempunyai nilai keperibadian, etika serta dedikasi yang wajar dicontohi.