Sign In
DELEGATION FROM THE BEIJING XIANGSHAN FORUM (BXF) SECRETARIAT OFFICE VISIT SHHBIDSS

Thursday, 4 December 2025 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) welcomed a delegation from the Beijing Xiangshan Forum (BXF) Secretariat Office this morning.




The delegation was led by Senior Colonel Dr. Silong Liu, Associate Research Fellow at the BXF Secretariat Office and Head of Outreach Team. He was accompanied by researchers from the BXF delegation including Colonel Lin Han, Dr. Senior Colonel Li Congying, Senior Colonel Zeng Zheng, Dr. Lieutenant Colonel Xue Jun, and Dr. Hu Gaochen.




During the visit, Senior Colonel Dr. Silong Liu and Dayangku Dr Noor Hasharina binti Pengiran Haji Hassan, Director of SHHBIDSS, explored potential areas for future collaboration, to further expand cooperation and deepen the working relationship between both institutions.




The BXF delegation primarily consists of researchers from the Academy of Military Sciences. The Academy regularly convenes high-level international defence and security dialogues. Among its flagship platforms are the Beijing Xiangshan Forum, whose 12th iteration was held from 17 to 19 September 2025, and the annual China-ASEAN Defence Think Tank Exchange (CADTE). At the third iteration of CADTE, held in Guiyang from 18 to 20 June 2025, the Director of SHHBIDSS had the privilege of delivering a speech during the plenary session titled “Shared Future: Current Situation and Vision of China-ASEAN Defence Cooperation."


Previously, SHHBIDSS had the privilege of hosting esteemed speakers from Chinese organisations and think tanks including from the Academy to partake in the Institute's annual flagship seminar, the East Asia Security Outlook Seminar (EASO) in 2010. This active engagement reflects the continued commitment of both sides to fostering deeper dialogue, understanding, and collaboration.



DELEGASI DARI SEKRETARIAT BEIJING XIANGSHAN FORUM MENGADAKAN KUNJUNGAN KE IPPSSHHB

 

 

Khamis, 4 Disember 2025 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) telah menerima kunjungan daripada delegasi Pejabat Sekretariat Beijing Xiangshan Forum (BXF) pada pagi ini.


Delegasi tersebut diketuai oleh Kolonel Kanan Dr. Silong Liu, Rakan Penyelidik Bersekutu di Pejabat Sekretariat BXF dan Ketua bagi Outreach Team. Beliau turut diiringi oleh para penyelidik dari delegasi BXF iaitu Kolonel Lin Han, Kolonel Kanan Dr. Li Congying, Kolonel Kanan Zeng Zheng, Leftenan Kolonel Dr. Xue Jun, dan Dr. Hu Gaochen.


Semasa kunjungan tersebut, Kolonel Kanan Dr. Silong Liu dan Dayangku Dr Noor Hasharina binti Pengiran Haji Hassan, Pengarah IPPSSHHB, telah menerokai potensi untuk memperluaskan lagi bidang kerjasama, dan mengukuhkan hubungan kerja di antara kedua-dua institusi.


​Delegasi BXF terdiri daripada para penyelidik Academy of Military Sciences. Akademi tersebut secara konsisten menganjurkan dialog pertahanan dan keselamatan antarabangsa bertaraf tinggi. Antara platform utamanya ialah Beijing Xiangshan Forum, di mana edisi ke-12 telah diadakan dari 17 hingga 19 September 2025, serta pertukaran tahunan China-ASEAN Defence Think Tank Exchange (CADTE). Pada edisi ketiga CADTE yang berlangsung di Guiyang dari 18 hingga 20 Jun 2025, Pengarah Institut ini telah diberikan peluang untuk menyampaikan ucapan semasa sesi plenary bertajuk “Shared Future: Current Situation and Vision of China-ASEAN Defence Cooperation."


Sebelum ini, IPPSSHHB telah mengalu-alukan dan menjemput beberapa penceramah daripada badan pemikir dan organisasi daripada China termasuk Akademi tersebut untuk menyertai seminar tahunan yang dianjurkan oleh Institut iaitu Seminar East Asia Security Outlook (EASO) pada tahun 2010. Penglibatan aktif ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak untuk memupuk dialog, kefahaman dan kerjasama yang lebih mendalam.


Latest News