Sign In
ROUNDTABLE SESSION WITH DR ABDUL RAHMAN YAACOB, ASSISTANT PROFESSOR, RABDAN SECURITY AND DEFENCE INSTITUTE (RSDI), ABU DHABI, UNITED ARAB EMIRATES

Wednesday, 26 November 2025 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) convened a Roundtable Session on 26 November 2025 featuring Dr Abdul Rahman Yaacob, Assistant Professor at the Rabdan Security and Defence Institute (RSDI), Abu Dhabi, United Arab Emirates. The session was held in conjunction with his role as a guest speaker for the 13th East Asia Security Outlook Seminar, hosted by SHHBIDSS.




The roundtable opened with welcome remarks delivered by Ms Muizzah Harun, SHHBIDSS Research Officer, who highlighted the value of continued exchanges with regional partners and underscored the importance of nuanced analysis in understanding evolving security landscapes. The remarks reaffirmed the Institute's commitment to fostering strategic dialogue and deepening collaborative understanding across defence and security communities.




Dr Abdul Rahman then delivered an expanded version of his presentation titled “Shifting Currents: Security Dynamics in Southeast Asia and Borneo." His intervention offered a deeper and more detailed examination of emerging geopolitical trends, strategic competition, and evolving security challenges affecting both Southeast Asia broadly and Borneo more specifically. He provided a comprehensive analysis of key drivers shaping regional developments, drawing attention to areas requiring sustained policy attention and coordinated responses.


The presentation was followed by an engaging Q&A session, during which participants sought further insights on regional power dynamics, non-traditional security issues and implications for defence cooperation. The session concluded with a session wrap-up, noting the value of continued engagement with regional experts and reaffirming the Institute's dedication to supporting informed discourse on pressing security issues.


Last organised in January 2025, the roundtable session enabled a deeper discussion on strategic considerations relevant to defence policymakers and practitioners alike, reflecting the roundtable's role as a platform for open, analytical, and policy-relevant dialogue.​



SESI ROUNDTABLE BERSAMA DR ABDUL RAHMAN YAACOB, RSDI, ABU DHABI, UNITED ARAB EMIRATES



Rabu, 26 November 2025 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) telah mengadakan Sesi Roundtable pada 26 November 2025 yang menampilkan Dr Abdul Rahman Yaacob, Penolong Profesor di Rabdan Security and Defence Institute (RSDI), Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu. Sesi ini diadakan bersempena penyertaannya sebagai penceramah jemputan bagi Seminar East Asia Security Outlook ke-13, yang dianjurkan oleh IPPSSHHB.


Sesi bermula dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Muizzah Harun, Pegawai Penyelidik Institut yang menekankan kepentingan pertukaran pandangan bersama rakan-rakan serantau dan keperluan analisis terperinci dalam memahami landskap keselamatan yang semakin berkembang. Ucapan tersebut turut menggariskan komitmen Institut untuk memupuk dialog strategik serta memperkukuhkan pemahaman bersama dalam komuniti pertahanan dan keselamatan.


Dr Abdul Rahman kemudiannya membentangkan versi yang lebih diperluas daripada pembentangan asal beliau bertajuk “Shifting Currents: Security Dynamics in Southeast Asia and Borneo." Pembentangan tersebut memberikan kupasan yang lebih mendalam mengenai tren geopolitik semasa, persaingan strategik, serta cabaran keselamatan yang berkembang di Asia Tenggara secara umum, dan di Borneo secara khusus. Beliau turut menghuraikan pemacu utama yang membentuk perkembangan serantau serta mengetengahkan bidang-bidang yang memerlukan perhatian dasar dan tindakan bersepadu yang berterusan.


Sesi diteruskan dengan sesi Soal Jawab yang interaktif, di mana para peserta mengemukakan pandangan dan pertanyaan berhubung dinamik kuasa serantau, isu keselamatan bukan tradisional, serta implikasi terhadap kerjasama pertahanan. Sesi diakhiri dengan ucapan penutup, yang menegaskan nilai kerjasama berterusan dengan pakar serantau serta komitmen institusi dalam menyokong wacana berkualiti mengenai isu-isu keselamatan yang mendesak.


Terakhir kali dikendalikan pada Januari 2025, sesi roundtable ini membuka ruang kepada perbincangan yang lebih mendalam mengenai pertimbangan strategik yang relevan kepada para penggubal dan pengamal dasar pertahanan, mencerminkan peranan roundtable sebagai sebuah platform dial​og yang bersifat terbuka, beranalisis dan relevan dari segi dasar.




Latest News