REPUBLIC OF SINGAPORE, Monday, 19 January 2026 – Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) attended the 14th International Institute for Strategic Studies (IISS) Shangri-La Dialogue Sherpa Meeting, held from 18 to 20 January 2026 at the Shangri-La Hotel, Republic of Singapore, as part of the Ministry of Defence, Brunei Darussalam delegation. The meeting was attended by two officers from SHHBIDSS, Dk Dr. Noor Hasharina binti Pg Haji Hassan led the delegation with Nor Azriah Aziz, Research Officer.

The Ministry of Defence, Brunei Darussalam, attended the 14th International Institute for Strategic Studies (IISS) Shangri-La Dialogue Sherpa Meeting, held from 18 to 20 January 2026 at the Shangri-La Hotel, Republic of Singapore.

This year's meeting featured four sessions, each addressing key regional and security challenges: Recalibrating Deterrence and Reassurance; Regional Security Architecture amid Global Instability; Multi-Domain Warfare in Contemporary Conflicts; and Cooperative Solutions for Hybrid Threats in Asia.
During the meeting, Brunei's delegation actively engaged in discussions and shared insights on regional security cooperation. In addition, the delegation also held side discussions with counterparts to exchange perspectives and explore potential areas for future collaboration.

Since 2013, the IISS has organised the Shangri-La Dialogue Sherpa Meeting, also known as the Fullerton Forum, which provides a platform for senior defence officials, high-ranking military officers, and non-governmental experts to discuss critical regional security concerns.
KEMENTERIAN PERTAHANAN HADIRI MESYUARAT SHERPA DIALOG SHANGRI-LA IISS KE-14
REPUBLIK SINGAPURA, Isnin, 19 Januari 2026 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSHHB) telah menghadiri Mesyuarat Dialog Sherpa Shangri-La International Institute for Strategic Studies' (IISS) ke-14, yang berlangsung pada 19 hingga 21 Januari 2025 di Hotel Shangri-La, Republik Singapura, sebagai sebahagian daripada delegasi Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Dk Dr. Noor Hasharina binti Pg Haji Hassan, Pengarah IPPSSHHB selaku ketua delegasi dan Nor Azriah Aziz, Pegawai Penyelidik.
Mesyuarat tahun ini menampilkan empat sesi yang memberi tumpuan kepada cabaran utama serantau dan keselamatan: Menyemak Semula Pencegahan dan Penjaminan; Seni Bina Keselamatan Serantau di tengah Ketidakstabilan Global; Perang Pelbagai Domain dalam Konflik Kontemporari; dan Penyelesaian Kerjasama bagi Ancaman Hibrid di Asia.
Semasa mesyuarat tersebut, delegasi Brunei terlibat secara aktif dalam perbincangan dan berkongsi pandangan mengenai kerjasama keselamatan serantau. Selain itu, delegasi juga mengadakan perbincangan sampingan untuk bertukar-tukar pandangan dan menerokai potensi bidang kerjasama di masa hadapan.
Sejak 2013, IISS telah menganjurkan Mesyuarat Sherpa Dialog Shangri-La, yang juga dikenali sebagai Forum Fullerton, yang menyediakan platform bagi pegawai pertahanan kanan, pegawai tentera berpangkat tinggi, dan pakar bukan kerajaan untuk membincangkan isu keselamatan serantau yang kritikal.