.jpeg)
Monday, 26 January 2026 – Vice Admiral (Retired) Peter Gautier, former Acting Vice Commandant of the United States Coast Guard, delivered a talk at the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) this morning.

Vice Admiral (Ret.) Gautier was in Brunei Darussalam under the U.S. Speaker Program organised by the Embassy of the United States of America. His presentation entitled 'Strategic Overview of U.S. Coast Guard Operations' was followed by a moderated discussion with participants comprising officers from the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces, as well as representatives from the Ministry of Home Affairs, the National Maritime Coordination Centre, and the Marine Police.
The session was attended by Yang Mulia Brigadier General (Retired) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Permanent Secretary of the Ministry of Defence. Yang Mulia Dayangku Dr. Noor Hasharina binti Pengiran Haji Hassan, Director of SHHBIDSS delivered welcoming remarks prior to the presentation.
.jpeg)
The presentation provided participants with a comprehensive understanding of U.S. Coast Guard strategies and operations in addressing transnational maritime threats, while highlighting the importance of interagency collaboration, technological integration, and international cooperation. The session concluded with a discussion moderated by Yang Mulia Hajah Siti Diana binti Haji Othman, Research Officer, SHHBIDSS.
The U.S. Speaker Program brings distinguished American experts to engage with international audiences on topics of mutual interest. Through interactive engagements, the programme promotes the exchange of ideas, the sharing of best practices, and the strengthening of professional networks to address global challenges.
SHHBIDSS regularly hosts visits by defence and security experts, as well as lectures and talks by representatives from defence colleges, universities, and think tanks, in line with its mandate to foster Track II dialogue and international engagement. Such engagements provide valuable opportunities to exchange perspectives, enhance mutual understanding, and promote professional networking, while showcasing Brunei Darussalam's views on defence and security matters to the wider international community.
IPPSSHHB MENGANJURKAN PROGRAM PENCERAMAH A.S. BERTAJUK 'STRATEGIC OVERVIEW OF U.S. COAST GUARD OPERATIONS'
Isnin, 26 Januari 2026 – Vice Admiral (Bersara) Peter Gautier, bekas Pemangku Naib Komandan United States Coast Guard, telah menyampaikan ceramah di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) pagi ini.
Vice Admiral (Bersara) Gautier berada di Negara Brunei Darussalam di bawah Program Penceramah A.S. yang dianjurkan oleh Kedutaan Besar Amerika Syarikat. Pembentangan beliau yang bertajuk 'Strategic Overview of U.S. Coast Guard Operations' telah diikuti dengan sesi perbincangan diantara para peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, serta wakil daripada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Pusat Penyelarasan Maritim Kebangsaan (PPMK) dan Polis Marin.
Sesi tersebut telah dihadiri oleh Yang Mulia Brigadier Jeneral (Bersara) Dato Seri Pahlawan Haji Alirupendi bin Haji Perudin, Setiausaha Tetap Kementerian Pertahanan. Yang Mulia Dayangku Dr. Noor Hasharina binti Pengiran Haji Hassan, Pengarah IPPSSHHB menyampaikan ucapan alu-aluan sebelum pembentangan dimulakan.
Pembentangan tersebut memberikan para peserta pemahaman yang menyeluruh mengenai strategi dan operasi United States Coast Guard dalam menangani ancaman maritim rentas sempadan, di samping menekankan kepentingan kerjasama antara agensi, integrasi teknologi, dan kerjasama antarabangsa. Sesi tersebut diakhiri dengan perbincangan soal jawab yang dikendalikan (moderated) oleh Yang Mulia Hajah Siti Diana binti Haji Othman, Pegawai Kaji Selidik, IPPSSHHB.
Program Penceramah A.S. membawa pakar-pakar terkemuka dari Amerika Syarikat untuk berinteraksi dengan khalayak antarabangsa mengenai topik-topik berkepentingan bersama. Melalui sesi interaktif, program ini menggalakkan pertukaran idea, perkongsian amalan terbaik, serta pengukuhan rangkaian profesional dalam menangani cabaran global.
IPPSSHHB sering menerima lawatan daripada para pakar pertahanan dan keselamatan, serta menganjurkan sesi penerangan dan taklimat daripada wakil kolej pertahanan, universiti dan badan pemikir, sejajar dengan mandatnya untuk memupuk dialog Trek II dan penglibatan antarabangsa. Penglibatan seperti ini memberikan peluang yang berharga untuk bertukar-tukar pandangan, meningkatkan persefahaman bersama, serta mengukuhkan jaringan profesional, di samping mengetengahkan perspektif Negara Brunei Darussalam berkaitan hal ehwal pertahanan dan keselamatan kepada komuniti antarabangsa.