Thursday, 29 January 2026 - The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) held its first Sharing Session of the year at its Board Meeting Room, with the topic '2025 In Review & An Outlook of 2026'.

This sharing session began with welcoming remarks by SHHBIDSS's Acting Senior Research Officer, Nor Azriah Aziz who also moderated the session, followed by a brief presentation by the Institute's Research Officers as scene-setters.
.jpeg)
At the beginning of each year, SHHBIDSS typically takes time to review key developments from the previous year in order to inform understanding of emerging trends in the year ahead. In this context, the first sharing session examined the key geopolitical developments of 2025 and assessed their implications as we move into 2026.
.jpeg)
Present during the session were representatives from the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF), specifically officers from the Royal Brunei Land Force (RBLF), Royal Brunei Navy (RBN), Royal Brunei Airforce (RBAirF), Joint Force Headquarters (JFHQ), Directorate of Intelligence and Directorate of Defence Policy.
The Institute's sharing session is a core activity organised by the Institute, serving as a key platform for in-house research analysts to convene and engage in open discussions on specific topics or relevant issues of interest. The sharing sessions foster a collaborative environment for sharing insights and perspectives within the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces.
SESI PERKONGSIAN IPPSSHHB 01/2026 BERTAJUK “2025 IN REVIEW & AN OUTLOOK OF 2026"
Khamis, 29 Januari 2026 - Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) hari ini telah mengadakan sesi perkongsian kali pertama bagi tahun 2026 di Bilik Lembaga Mesyuarat, dengan tajuk '2025 In Review & An Outlook Of 2026'.
Sesi dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Pemangku Pegawai Penyelidik Kanan, Nor Azriah binti DSS Abd Aziz selaku moderator sesi tersebut, dan seterusnya diikuti dengan taklimat ringkas daripada Pegawai Penyelidik Institut sebagai scene-setters.
Pada awal setiap tahun, IPPSSHHB lazimnya meluangkan masa untuk menilai perkembangan utama sepanjang tahun sebelumnya bagi membantu memperkukuh pemahaman terhadap trend yang sedang muncul pada tahun berikutnya. Dalam konteks ini, sesi perkongsian pertama telah meneliti perkembangan geopolitik utama sepanjang tahun 2025 serta menilai implikasinya ketika kita melangkah ke tahun 2026.
Sesi ini dihadiri oleh wakil-wakil daripada Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) termasuk, Tentera Darat Diraja Brunei (TDDB), Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB), Markas Angkatan Bersama (MAB), Jabatanarah Perisikan dan Jabatanarah Dasar Pertahanan.
Sesi Perkongsian merupakan aktiviti teras yang dianjurkan oleh Institut, yang berfungsi sebagai wadah untuk menggalakkan perbincangan dan pertukaran pandangan mengenai isu-isu semasa bagi para pegawai penyelidik di kementerian ini. Sesi Perkongsian juga memupuk persekitaran yang kolaboratif untuk saling berkongsi pandangan dan perspektif dalam Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.