Thursday, 30 March 2023 - Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) held its third Sharing Session of the year at SHHBIDSS Board Meeting Room today, titled "Türkiye and Syria Earthquake: Lessons Learned on Disaster Cooperation and Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR)".

The sharing session began with welcoming and introductory remarks by Acting Senior Research Officer, Muizzah Harun. Meanwhile, Siti Nurnabilah Haji Abd Rahman, SHHBIDSS Research Officer provided the presentation as scene-setter. This month's session was focused on responses to the disasters that struck Türkiye and Syria, including the role of the military. Among others, the session raised issues relating to the military's role in HADR for consideration of the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF), including civil-military relations, as well as capacity and challenges in disaster management implementation, and coordination.

In attendance were Acting Director of SHHBIDDS, officers from the Permanent Secretary Secretariat Office, Joint Force Headquarters RBAF, Directorate of Intelligence, and Directorate of Defence Policy. SHHBIDSS sharing session is held every month to encourage discussions, and exchange of perspectives on current defence and strategic issues within the Ministry of Defence and RBAF.

SESI PERKONGSIAN IPPSSHHB 03/2023 BERTAJUK 'GEMPABUMI TÜRKIYE DAN SYRIA: PENGAJARAN YANG DAPAT DIPELAJARI MENGENAI KERJASAMA BENCANA DAN KEMANUSIAN DAN BANTUAN BENCANA (HADR)'
Khamis, 30 Mac 2023 - Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) hari ini telah mengadakan sesi perkongsian buat kali ketiga pada tahun ini, di Bilik Lembaga Mesyuarat, IPPSSHHB, dengan bertajuk "Gempabumi Türkiye dan Syria: Pengajaran yang dapat dipelajari mengenai Kerjasama Bencana dan Bantuan Kemanusian dan Bencana (HADR)".
Sesi dimulakan dengan kata alu-aluan dan pengenalan daripada Pemangku Pegawai Penyelidik Kanan IPPSSHHB, Muizzah Harun. Pengemudi isu atau scene-setter bagi perbincangan ini telah disampaikan oleh Pegawai Penyelidik IPPSSHHB, Siti Nurnabilah Haji Abd Rahman. Sesi bulan ini membincangkan tindak balas semasa bencana melanda Türkiye dan Syria, termasuk peranan pihak tentera. Antara lain, sesi tersebut mengetengahkan isu-isu berkaitan peranan tentera dalam aspek HADR untuk dipertimbangkan oleh Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), termasuk kerjasama tentera-awam, serta kapasiti dan cabaran-cabaran dalam koordinasi dan kerjasama pengurusan bencana.
Sesi ini turut disertai oleh Pemangku Pengarah IPPSSHHB, para pegawai kaji selidik daripada Pejabat Urusetia Setiausaha Tetap, Markas Angkatan Bersama ABDB, Jabatanarah Perisikan, dan Jabatanarah Dasar Pertahanan. IPPSSHHB mengadakan sesi perkongsian ini pada setiap bulan bagi menggalakkan perbincangan dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu semasa di kalangan pegawai kaji selidik di kementerian ini.