Sign In
KHATAM AL-QUR’AN AND THANKSGIVING CEREMONY TO COMMEMORATE SHHBIDSS 16TH ANNIVERSARY



Friday, 14 April 2023 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) held a Khatam Al-Qur'an and Thanksgiving Ceremony to celebrate and enliven the holy month of Ramadhan, as well as to commemorate the Institute's 16th Anniversary.




The event commenced with the recital of Surah Al-Fatihah, Surah Ad-Duha until Surah An-Nas led by the SHHBIDSS Acting Director, Haji Abdul Malik bin Haji Kamis. The event proceeded with the recital of Takhtim Al-Qur'an dan concluded with Doa Khatam and Doa Selamat to bless the event.

Following the conclusion of the Khatam Al-Qur'an Ceremony, a presentation of gifts and Eid hampers were delivered by the Acting Director to the officers and staff of the Institute, and four University Brunei Darussalam students due to complete their work placement programme.

Besides commemorating the Institute's 16th anniversary, the annual ceremony is organised to encourage the celebration of Ramadhan with religious and spiritual activities, as well as to instil the spirit of reciting and appreciating the Al-Qur'an amongst SHHBIDSS personnel.

 

MAJLIS KHATAM AL-QUR'AN DAN DOA SELAMAT SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN IPPSSHHB KE-16

 

Jumaat, 14 April 2023 – Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadhan, Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) mengadakan Majlis Khatam Al-Qur'an dan Majlis Doa Kesyukuran sempena Ulang Tahun Penubuhan IPPSSHHB Yang Ke-16 tahun. 

Acara dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan Surah Ad-Duha hingga Surah An-Nas beramai-ramai yang diketuai oleh Pemangku Pengarah IPPSSHHB, Haji Abdul Malik bin Haji Kamis. Majlis kemudian diteruskan lagi dengan bacaan Takhtim Al-Qur'an dan diakhiri dengan bacaan Doa Khatam, dan Doa Selamat bagi memberkati majlis.

Acara kemudian diselajurkan dengan penyampaian cenderamata dan hamper Hari Raya oleh Pemangku Pengarah Institut kepada semua warga Institut, dan empat orang pelajar Universiti Brunei Darussalam yang akan menamatkan program penempatan kerja mereka di Institut.

Disamping menyemarakkan lagi Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Institut ke-16, majlis tahunan ini diadakan untuk meningkatkan lagi amal ibadat dengan memperbanyakkan membaca al-Quran di bulan Ramadhan dikalangan warga IPPSSHHB.​



Latest News