Sign In
SHHBIDSS Sharing Session 03/22


Monday, 18 April 2022 - Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) today held its third Sharing Session of the year at SHHBIDSS' Board Meeting Room via video-teleconference.

This sharing session began with welcoming and introductory remarks by Haji Azlan bin Haji Abdul Ghani, Acting Assistant Director of SHHBIDSS. The session discussed the Outlook of the Korean Peninsula Denuclearisation and Peace Process after March 2022 Election. Setting the scene over the issue was Siti Nurnabilah Haji Abdul Rahman, Research Officer at the Institute. 

The session started by looking into the historical contexts of the Korean Peninsula, and the evolution of engagements made by South Korea and the international community towards North Korea. Participants also discussed the way forward and prospects of the denuclearisation and peace process for the Korean Peninsula as well as the impact of recent military and political developments on the Asia-Pacific security architecture, including for Southeast Asia.

The session was joined virtually by representatives from the Directorate of Intelligence and Directorate of Defence Policy, Ministry of Defence, Brunei Darussalam.




Sesi Perkongsian IPPSSHHB 03/2022


Isnin, 18 April 2022 - Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) hari ini telah mengadakan Sesi Perkongsian buat kali ketiga pada tahun ini, di Bilik Lembaga Mesyuarat, IPPSSHHB secara dalam talian.

Sesi yang diadakan secara dalam talian ini dimulakan dengan kata-kata aluan dan pengenalan oleh Haji Azlan bin Haji Abdul Ghani, Pemangku Penolong Pengarah IPPSSHHB. Sesi ini membincangkan perkembangan terkini mengenai tinjauan proses denuklearisasi dan damai di Semenanjung Korea selepas Pilihanraya (di Republik Korea) pada Mac 2022. Penerangan mengenai perkembangan terbaharu di negara tersebut telah disampaikan oleh Siti Nurnabilah Haji Abdul Rahman, Pegawai Penyelidik IPPSSHHB.

Sesi tersebut dimulakan dengan melihat kepada sejarah di Semenanjung Korea berserta evolusi penglibatan (engagements) yang telah dibuat oleh Korea Selatan dan masyarakat antarabangsa terhadap Korea Utara dalam menangani isu di Semenanjung Korea. Para peserta juga turut membincangkan hala tuju dan prospek denuklearisasi dan damai di Semenanjung Korea, termasuk impak dari perkembangan ketenteraan dan politik terkini terhadap rekabentuk keselamatan Asia-Pasifik, termasuk di Asia Tenggara.

Sesi ini telah disertai oleh wakil-wakil daripada Jabatanarah Perisikan dan Jabatanarah Dasar Pertahanan, Kementerian Pertahanan, Brunei Darussalam.



Latest News