Sign In
PRESENTATION OF MEDALS OF HONOR TO 6 OFFICERS AND STAFF OF THE INSTITUTE OF DEFENCE AND STRATEGIC STUDIES SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

1.jpg


BANDAR SERI BEGAWAN, Monday, 6 June 2022 – Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, has consented to present the Medals of Honor of Brunei Darussalam for the year 2018, 2019, 2020 and 2021 to 768 recipients consisting of government officers and staff in the Ministry of Defence and Royal Brunei Armed Forces (RBAF), Brunei Darussalam in conjunction with His Majesty's birthday celebrations.

Present as the Guest of Honour and the medal presenter at the ceremony was Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Major General (Retired) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Minister of Defence II. The event took place at An-Naura Hall, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Also present at the medal presentation ceremony were His Excellency Brigadier General Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the Royal Brunei Armed Forces, Acting Permanent Secretary, Commanders of the Armed Forces and the Joint Forces, Deputy Permanent Secretaries and senior officers of Ministry of Defence.

2.JPG


A total of 6 officers and staff at the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies were awarded the Pingat Indah Kerja Baik (PIKB) and Pingat Kerja Lama (PKL) for the year of 2018 to 2021. A total of four recipients (Haji Abdul Malik bin Haji Kamis, Haji Abdul Hasan bin Haji Jaya, Dk Mashayudinniah binti Pg Hj Mohd Salleh, and Hajah Julaimah binti Haji Emran) received PKL, and another 3 recipients (Hajah Siti Diana binti Haji Othman, Hajah Dedy Surayani binti Haji Abdul Ghani, and Hajah Julaimah binti Haji Emran) received PIKB.

The medals were awarded as a recognition for all the contributions and devotions made by the officers and staff throughout their services in the government, as well as a token of appreciation by the Government to further encourage the recipients. 


PENGURNIAN PINGAT KEHORMATAN KEPADA 6 ORANG PEGAWAI DAN KAKITANGAN INSTITUT PENGAJIAN PERTAHANAN DAN STRATEGIK SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

 
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 6 Jun 2022 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan mengurniakan Pingat-Pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam bagi tahun 2018, 2019, 2020 dan 2021 kepada 768 penerima yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan kerajaan di Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei bersempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Hadir selaku tetamu kehormat dan penyampai pingat pada majlis ini ialah Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri Pertahanan Kedua. Acara berlangsung di Dewan An-Naura, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Yang Mulia Brigadier Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan; Pemangku Setiausaha Tetap, Pemerintah-Pemerintah Angkatan Tentera dan Angkatan Bersama, Timbalan Setiausaha-Setiausaha Tetap serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan.

Seramai 6 orang yang terdiri dari pegawai dan kakitangan Institut ini telah menerima Pingat Indah Kerja Baik (PIKB) dan Pingat Kerja Lama (PKL) bagi tahun 2018 hingga 2021. Seramai 4 orang (Haji Abdul Malik bin Haji Kamis, Haji Abdul Hasan bin Haji Jaya, Dk Mashayudinniah binti Pg Hj Mohd Salleh, dan Hajah Julaimah binti Haji Emran) telah menerima PKL, dan seramai 3 orang lainnya (Hajah Siti Diana binti Haji Othman, Hajah Dedy Surayani binti Haji Abdul Ghani, dan Hajah Julaimah binti Haji Emran) menerima PIKB.

Pengurniaan pingat tersebut merupakan satu pengiktirafan atas segala sumbangan prestasi kerja dan curahan jasa bakti serta penghargaan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi menyuntik motivasi para penerima.

 



Latest News