Sign In
SHHBIDSS SHARING SESSION 07/2022

Thursday, 25 August 2022 - Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) held its 7th Sharing Session of the year at SHHBIDSS' Board Meeting Room. Setting the scene over the session titled, 'Food Security' was Hajah Siti Diana binti Haji Othman, Research Officer at the Institute.

The session explored the issue surrounding food security as it increasingly becoming a security concern especially since the onset of COVID-19 pandemic and the Russia's special military operation in Ukraine. The session discusses the factors causing food security, as well as the role of defence and military sector towards the issue. 
 
Present during the session were Acting Director and Research Officers of SHHBIDSS as well as Research Officers from Directorate of Intelligence and Directorate of Defence Policy. SHHBIDSS sharing session is held every month to encourage discussions and exchange of perspectives on current issues between the research officers in the Ministry of Defence.

SESI PERKONGSIAN IPPSSHHB 07/2022
 
Khamis, 25 Ogos 2022 - Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) hari ini telah mengadakan Sesi Perkongsian kali ke-7 buat tahun ini, di Bilik Mesyuarat Lembaga, IPPSSHHB. Sesi bertajuk, 'Sekuriti Makanan' telah disampaikan oleh Hajah Siti Diana binti Haji Othman, Pegawai Kaji Selidik IPPSSHHB.

Sesi kali ini membincangkan isu sekuriti makanan yang mana pada masa ini semakin membimbangkan terutamanya semenjak pandemik COVID-19 dan operasi ketenteraan khas Rusia di Ukraine. Sesi perkongsian ini juga membincangkan faktor-faktor yang memberi impak kepada keselamatan makanan, serta peranan sektor pertahanan dan ketenteraan dalam isu tersebut.
 
Turut hadir pada sesi ini ialah Pemangku Pengarah dan Pegawai Penyelidik IPPSSHHB serta Pegawai Penyelidik daripada Jabatanarah Perisikan dan Jabatanarah Dasar Pertahanan. IPPSSHHB mengadakan sesi perkongsian ini pada setiap bulan bagi menggalakkan perbincangan dan bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu semasa di kalangan Pegawai Penyelidik di Kementerian ini.

Latest News