Sign In
THE OPENING CEREMONY OF THE 17TH EXECUTIVE DEVELOPMENT PROGRAMME (EDP) BY THE MINISTRY OF DEFENCE


Tuesday, 13 September 2022 - The Ministry of Defence of Brunei Darussalam is conducting its 17th Executive Development Programme (EDP) on Public Policy and Management for senior government officials at the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS), Bolkiah Garrison from 12 September until 02 December 2022.

This year's EDP consists of 30 participants, including 21 senior military officers (rank of Lieutenant Colonel) from the Royal Brunei Armed Forces (RBAF), one officer from the Royal Brunei Police Force (RBPF), five senior officers from government ministries (Prime Minister's Office, Ministry of Defence and Ministry of Education), as well as three foreign senior military officers from the Republic of Indonesia, the Sultanate of Oman, and the Republic of Singapore.



The three-month programme will be led by a faculty of highly experienced academicians and experts from the Lee Kuan Yew School of Public Policy at the National University of Singapore (LKYSPP). The programme will also feature local content such as presentations from invited speakers and visits to various ministries, in an effort to provide a more in-depth understanding of Brunei Darussalam's strategic environment, alongside its primary focus on public policy and management.

The 17th EDP was officiated by Yang Mulia Colonel (Retired) Norsuriati binti Haji Sharbini, Permanent Secretary (Policy, Finance, and Administration) at the Ministry of Defence. She emphasised the high value the Ministry of Defence attached to the EDP and considered it essential for the professional development of officers in leadership roles to ensure they are capable and efficient in carrying out their current and future responsibilities. Participants are also encouraged to utilise the new skill sets, especially on policy formulation and change management, for more substantial contributions towards the achievement of organisational and national strategic goals against the backdrop of a dynamic security environment.



Professor Suzaina Kadir, Vice Dean (Academic Affairs) and Associate Professor at LKYSPP at the National University of Singapore, also provided her opening remarks in which she lauded the continued close relations between Brunei Darussalam and Republic of Singapore, especially in the areas of professional development and education between the two institutions.

A total of 387 senior officers have completed the EDP programme since it was first inaugurated in 2004.
 
MAJLIS PEMBUKAAN PROGRAM PERKEMBANGAN EKSEKUTIF SIRI KE-17 ANJURAN KEMENTERIAN PERTAHANAN



Selasa,13 September 2022 - Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam, mengunkayahkan Program Perkembangan Eksekutif (EDP) bagi Dasar Awam dan Pengurusan bagi pegawai-pegawai kanan kali ke-17 bertempat di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB), Bolkiah Garison yang bermula dari 12 September hingga 02 Disember 2022. 

Program Perkembangan Eksekutif pada tahun ini terdiri daripada 30 peserta kursus, termasuk 21 Pegawai Kanan Tentera (berpangkat Leftenan Kolonel) daripada Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), seorang Pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei, lima Pegawai Kanan dari kementerian-kementerian lain (Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pendidikan) serta tiga Pegawai Kanan Tentera luar negara daripada Republik Indonesia, Kesultanan Oman dan Republik Singapura.

Program selama tiga bulan ini akan disampaikan oleh ahli fakulti yang terdiri dari para akademik dan pakar-pakar berpengalaman dari Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKYSPP), Universiti Kebangsaan Singapura. Program ini juga akan menampilkan pengisian tempatan seperti pembentangan daripada penceramah jemputan khas dan lawatan-lawatan ke beberapa kementerian dalam usaha untuk memberikan kefahaman yang lebih mendalam tentang persekitaran strategik Negara Brunei Darussalam, disamping tumpuan utamanya terhadap dasar dan pengurusan awam.

Program EDP kali ke-17 telah dirasmikan oleh Yang Mulia Kolonel (Bersara) Norsuriati binti Haji Sharbini, Setiausaha Tetap (Dasar, Kewangan, dan Pentadbiran) Kementerian Pertahanan. Beliau menekankan bahawa Kementerian Pertahanan sangat menitikberatkan nilai program ini dan seterusnya menganggapnya penting untuk pembangunan profesional sumber manusia bagi memastikan pegawai dalam peranan kepimpinan berkebolehan dan cekap dalam menggalas tanggungjawab semasa dan yang akan datang.  Selain itu, peserta kursus juga disarankan untuk memanfaatkan pengajaran serta kemahiran baharu dari program tersebut, terutamanya dari sudut penggubalan dasar dan change management, untuk mempertingkatkan lagi sumbangan ke arah pencapaian matlamat strategik organisasi dan negara dalam konteks persekitaran keselamatan yang dinamik.

Ucapan pembukaan turut disampaikan oleh Profesor Suzaina Kadir, Naib Dekan (Hal Ehwal Akademik) dan Profesor Madya di LKYSPP, Universiti Kebangsaan Singapura, dimana  beliau memuji hubungan erat yang berterusan antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura, terutamanya dalam bidang pembangunan profesional dan pendidikan antara kedua-dua institusi.

Seramai 387 Pegawai Kanan telah berjaya menamatkan Program Perkembangan Eksekutif ini sejak ianya mula diperkenalkan pada tahun 2004. 

Latest News