Sign In
Special Talk on 'Brunei Vision 2035' for the 17th MINDEF Executive Development Programme (EDP)

Wednesday, 21 September 2022 - The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) hosted the first Special Talk for the 17th Ministry of Defence (MINDEF) Executive Development Program (EDP) for Senior Government Officials this morning. The Special Talk on Brunei Vision 2035 was delivered by the Office for Wawasan Brunei 2035, Prime Minister's Office, Brunei Darussalam.

The event commenced with the recitation of Surah Al-Fatihah by 607 Lt Col (U) Hj Mohammad Rahimin bin Hj Ismail, and a short introduction of the speaker by Muizzah Haji Harun, SHHBIDSS Acting Senior Research Officer.

This was followed by a presentation by Dr Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Haji Hurairah, Director of Office for Wawasan Brunei 2035, on 'Preparing for the Future with Wawasan Brunei 2035'. In her remarks, she highlighted the importance of evaluating and examining the strategic environment, and shared the application of futures work in the policy planning process, as well as Brunei Darussalam's experience in realising the Brunei Vision 2035. The special talk also included a break-out session on foresighting, and concluded with a discussion session between Dr Hajah Huraini and the participants.

 

As part of the local component of the MINDEF EDP programme, the special talks, delivered by local speakers, aims at providing the course participants a more in-depth understanding of Brunei Darussalam's strategic environment, alongside its primary focus on public policy and management.

Taklimat Khas Wawasan Brunei 2035 Bagi Program Perkembangan Eksekutif (EDP) Ke-17 Anjuran Kementerian Pertahanan

Rabu, 21 September 2022 - Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) telah menganjurkan Taklimat Khas yang pertama bagi Program Perkembangan Eksekutif (EDP) bagi Pegawai-pegawai Kanan Kali Ke-17, Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada pagi ini. Taklimat Khas mengenai Wawasan Brunei 2035 telah disampaikan oleh Pejabat Wawasan Brunei, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh 607 Lt Kol (U) Hj Mohammad Rahimin bin Hj Ismail, dan pengenalan ringkas mengenai pembentang oleh Muizzah binti Haji Harun, Pemangku Pegawai Penyelidik Kanan IPPSSHHB.



Acara diteruskan dengan pembentangan dari Dr Hajah Huraini binti Pehin Orang Kaya Setia Jaya Dato Paduka Haji Hurairah, Pengarah Pejabat Wawasan Brunei, mengenai 'Persiapan untuk Masa Depan Bersama Wawasan Brunei 2035'. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan untuk menilai dan meneliti persekitaran strategik, turut sama berkongsi mengenai penerapan 'futures work' di dalam proses perancangan dasar, serta pengalaman Negara Brunei Darussalam dalam merealisasikan Wawasan Brunei 2035. Taklimat Khas itu juga melibatkan aktiviti berkumpulan untuk membincangkan konsep jangkaan masa hadapan (foresighting), dan diakhiri dengan sesi perbincangan diantara Dr Hajah Huraini dan para peserta kursus.
​​
Sebagai sebahagian daripada pengisian tempatan bagi program EDP MINDEF, taklimat khas yang disampaikan oleh penceramah jemputan khas bertujuan untuk memberikan peserta-peserta kursus kefahaman yang lebih mendalam tentang persekitaran strategik Negara Brunei Darussalam, di samping fokus utamanya iaitu dasar dan pengurusan awam.



Latest News