Sign In
TRACK II NETWORK OF ASEAN DEFENCE AND SECURITY INSTITUTIONS (NADI) WORKSHOP ON “STRENGTHENING BORDER MANAGEMENT COOPERATION IN ASEAN”


Wednesday, 23 November 2022 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) is participating in the Track II Network of ASEAN Defence and Security Institutions (NADI) Workshop organised by the Center for Strategic Studies, Research and Development, Indonesia National Armed Forces (CSSRD-TNI) from 23 to 24 November 2022 via video-teleconference.

The workshop was chaired by the Head of CSSRD-TNI, Major General A.Z.R. Dondokambey, S.E., M.Han, and attended by members of NADI from all ten ASEAN countries.

With the theme 'Strengthening Border Management Cooperation in ASEAN', the workshop discussed and exchanged views on the region's security challenges in the border, as well as provided national perspectives on areas of potential cooperation amongst the states to address challenges concerning border management.


 


Leading SHHBIDSS' delegation for the NADI Workshop was Mr Haji Abdul Malik bin Haji Kamis, Acting Director of SHHBIDSS. Also in attendance were representatives from the Joint Force Headquarters (JHFQ), Directorate of Defence Policy and the Directorate of Intelligence.

Inaugurated in 2007, NADI is a Track II platform that brings in policy analysts, academics and defence officials specialising in defence and security issues together to discuss issues related to defence and security cooperation and to develop recommendations to support the Track I platform, specifically the ASEAN Defence Ministers' Meeting (ADMM).

 

BENGKEL RANGKAIAN INSTITUSI PERTAHANAN DAN KESELAMATAN ASEAN (NADI) TREK II MENGENAI "MENGUKUHKAN KERJASAMA DALAM PENGURUSAN SEMPADAN DI ASEAN"


 


Rabu, 23 November 2022 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) sedang menyertai Bengkel Rangkaian Institusi Pertahanan dan Keselamatan ASEAN (NADI) Trek II yang dikelolakan oleh Pusat Kajian Strategik, Penyelidikan dan Perkembangan, Tentara Nasional Indonesia (CSSRD-TNI) pada 23 hingga 24 November 2022 secara dalam talian.


Bengkel tersebut dipengerusikan oleh Ketua CSSRD-TNI, Mejar Jeneral A.Z.R. Dondokambey, S.E., M.Han dan dihadiri oleh kesemua ahli NADI daripada sepuluh negara-negara ahli ASEAN.
 

Bertemakan 'Mengukuhkan Kerjasama dalam Pengurusan Sempadan di ASEAN', bengkel tersebut membincangkan dan bertukar-tukar pandangan mengenai cabaran dan ancaman sekuriti sempadan di rantau ini, dan turut dikongsikan juga ialah perspektif mengenai potensi negara-negara di rantau ini untuk bekerjasama dalam menangani cabaran-cabaran dalam pengurusan sempadan.


 

Mengetuai delegasi IPPSSHHB ialah Tuan Haji Abdul Malik bin Haji Kamis, Pemangku Pengarah IPPSSHHB. Turut menghadiri bengkel tersebut adalah wakil dari Markas Angkatan Bersama (MAB), Jabatanarah Dasar Pertahanan dan Jabatanarah Perisikan.​

Ditubuhkan pada 2007, NADI ialah landasan Trek II yang menemukan penganalisa dasar, ahli akademik dan pegawai-pegawai pertahanan berkepakaran dalam isu-isu pertahanan dan sekuriti untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan jalinan kerjasama bidang pertahanan dan sekuriti, bagi memberikan cadangan dalam menyokong landasan Trek I, khususnya Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM).


Latest News