Thursday, 6 August 2026 – Dr Sabrina binti Dato Paduka Haji Mohd. Daud, Acting Director of the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS), Ministry of Defence, received a joint farewell and introductory call from Senior Colonel Nguyen Ngoc Huan, outgoing Defence Attaché, and Colonel Trinh Ke Van, incoming Defence Attaché of the Socialist Republic of Viet Nam to Brunei Darussalam, at SHHBIDSS this morning.
During the call, SHHBIDSS shared an overview of its role as MINDEF’s defence and strategic studies think tank, including its core functions, key events and programmes, regional and international engagements. The discussion also covered regional security developments, maritime security and other emerging strategic challenges.

Discussions during the call highlighted the longstanding cooperation between SHHBIDSS and its Vietnamese counterparts, including through the Track II Network of ASEAN Defence and Security Institutions (NADI), which facilitates dialogue and exchanges among ASEAN defence and security think tanks. This includes Viet Nam’s active participation in the Executive Development Programme (EDP) for Senior Government Officials in Public Policy and Management, organised by the Ministry of Defence through SHHBIDSS. Since EDP 5 in 2008, the programme has welcomed nine participants from the Viet Nam People’s Army, with the most recent attending EDP 20/2025.

Both sides further explored potential areas of cooperation, particularly in strategic dialogue, research collaboration, knowledge exchange and professional development. The call reaffirmed the strong professional ties between SHHBIDSS and Viet Nam and supported the continuity of engagement with the incoming Defence Attaché.
KUNJUNGAN PERPISAHAN DAN PENGENALAN OLEH ATASE PERTAHANAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM YANG AKAN MENAMATKAN DAN MEMULAKAN PERKHIDMATAN DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Khamis, 6 Ogos 2026 – Dr Sabrina binti Dato Paduka Haji Mohd. Daud, Pemangku Pengarah Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB), Kementerian Pertahanan, telah menerima kunjungan perpisahan dan pengenalan daripada Senior Kolonel Nguyen Ngoc Huan, Atase Pertahanan yang akan menamatkan perkhidmatan dan Kolonel Trinh Ke Van, Atase Pertahanan Vietnam ke Negara Brunei Darussalam yang baharu, bertempat di IPPSSHHB pagi tadi.
Semasa kunjungan tersebut, IPPSSHHB telah memberikan gambaran keseluruhan mengenai peranannya sebagai wadah badan pemikir Kementerian Pertahanan dalam bidang pertahanan dan pengajian strategik, termasuk fungsi teras, acara dan program utama serta penglibatan serantau dan antarabangsa. Perbincangan turut merangkumi perkembangan keselamatan serantau, keselamatan maritim dan cabaran strategik baharu.
Perbincangan semasa kunjungan tersebut turut mengetengahkan kerjasama yang telah lama terjalin antara SHHBIDSS dengan rakan-rakan sejawatnya dari Viet Nam, termasuk melalui Rangkaian Institusi Pertahanan dan Keselamatan ASEAN Landasan II (NADI), yang memudah cara dialog dan pertukaran pandangan dalam kalangan institusi pemikir pertahanan dan keselamatan ASEAN. Ini termasuk penyertaan Viet Nam secara aktif dalam Program Pembangunan Eksekutif (EDP) bagi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan dalam Dasar Awam dan Pengurusan, yang dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan melalui IPPSSHHB. Sejak EDP ke-5 pada tahun 2008, program tersebut telah menerima sembilan peserta daripada Tentera Rakyat Viet Nam, dengan penyertaan terkini dalam EDP 20/2025.
Kedua-dua pihak turut meneroka bidang kerjasama yang berpotensi, khususnya dalam dialog strategik, kerjasama penyelidikan, pertukaran pengetahuan dan pembangunan profesional. Kunjungan tersebut mengukuhkan lagi hubungan profesional yang erat antara IPPSSHHB dengan Viet Nam, di samping menyokong kesinambungan penglibatan bersama Atase Pertahanan yang baharu.