SINGAPORE, 17 NOV 2026 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) participated in the ADMM Strategic Planning Conference held from 11 to 12 November 2026 at the Grand Copthorne Waterfront Hotel in Singapore. The Institute was invited to contribute perspectives on the future of ASEAN defence cooperation and the strategic direction of the ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM).

Representing SHHBIDSS, Hjh Siti Diana binti Hj Othman delivered a presentation entitled “The Future of ASEAN Defence Cooperation: Strategic Considerations for the ADMM Strategic Action Plan”. The presentation examined the evolving regional security environment and highlighted the importance of ensuring that ADMM remains relevant, responsive and effective in addressing emerging and interconnected security challenges.

The presentation put forward three key considerations for strengthening future ADMM cooperation: enhancing preparedness for the interaction of different security challenges; making cooperation more flexible and purposeful through better utilisation of existing mechanisms and stronger coordination with relevant sectors and external partners; and investing in the foundations of long-term cooperation through trust-building, professional exchanges and sustained institutional relationships.

The conference was co-chaired by Hajah Dayang Siti Maszaiwati binti Haji Zaini, Director of Defence Policy, Ministry of Defence, Brunei Darussalam, and Brigadier General Daxson Yap Chin Teck, Director of Defence Policy Office, Ministry of Defence, Republic of Singapore. It brought together representatives from ASEAN Member States, the ASEAN Secretariat and invited panellists. The two-day programme opened with a panel discussion featuring speakers from the ASEAN Secretariat and SHHBIDSS, exploring how ADMM and ADMM-Plus can remain relevant amid an evolving security environment. Subsequent discussions focused on developing a common understanding of ADMM’s future strategic goals, particularly in addressing enduring and emerging security challenges, engaging external partners and stakeholders, and strengthening practical defence cooperation.

The conference also provided an opportunity for participants to exchange views on the proposed ASEAN Defence Strategic Action Plan (ADSAP), highlighting the importance of continuity, prioritisation, effective implementation, cross-sectoral coordination, and monitoring and evaluation. These discussions underscored the need for a future strategic framework that builds on the achievements of the ADMM over the past two decades while remaining aligned with the broader ASEAN strategic vision. Building upon the Strategy Paper on a Future-Ready ADMM and ADMM-Plus, the conference reinforced the importance of a forward-looking and adaptable approach to ASEAN defence cooperation, ensuring that ADMM continues to deliver meaningful outcomes in support of regional peace, stability and security.

IPPSSHHB SERTAI PERSIDANGAN PERANCANGAN STRATEGIK ADMM

SINGAPURA, 17 NOV 2026 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) telah menyertai Persidangan Perancangan Strategik Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) yang berlangsung pada 11 hingga 12 November 2026 di Grand Copthorne Waterfront Hotel, Singapura. IPPSSHHB telah dijemput untuk menyumbangkan pandangan mengenai masa hadapan kerjasama pertahanan ASEAN serta hala tuju strategik ADMM.

Mewakili Institut, Hjh Siti Diana binti Hj Othman telah menyampaikan pembentangan bertajuk “The Future of ASEAN Defence Cooperation: Strategic Considerations for the ADMM Strategic Action Plan”. Pembentangan tersebut meneliti persekitaran keselamatan serantau yang semakin dinamik serta menekankan kepentingan memastikan ADMM kekal relevan, responsif dan berkesan dalam menangani cabaran keselamatan yang baharu muncul dan saling berkait.

Pembentangan tersebut turut mengetengahkan tiga pertimbangan utama bagi memperkukuh kerjasama ADMM, iaitu meningkatkan kesiapsiagaan dalam menghadapi interaksi antara pelbagai cabaran keselamatan; menjadikan kerjasama lebih fleksibel dan terarah melalui penggunaan mekanisme sedia ada secara lebih berkesan serta memperkukuh penyelarasan dengan sektor berkaitan dan rakan kongsi luar; dan terus melabur dalam asas kerjasama jangka panjang melalui pembinaan kepercayaan, pertukaran profesional serta hubungan institusi yang berterusan.

Persidangan tersebut dipengerusikan bersama oleh Hajah Dayang Siti Maszaiwati binti Haji Zaini, Pengarah Dasar Pertahanan, Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam, dan Brigedier Jeneral Daxson Yap Chin Teck, Pengarah Pejabat Dasar Pertahanan, Kementerian Pertahanan, Republik Singapura. Persidangan ini dihadiri oleh wakil-wakil Negara-Negara Anggota ASEAN, Sekretariat ASEAN serta ahli panel jemputan. Program selama dua hari tersebut dimulakan dengan sesi perbincangan panel yang menampilkan wakil daripada Sekretariat ASEAN dan IPPSSHHB, yang membincangkan bagaimana ADMM dan ADMM-Plus dapat terus mengekalkan kerelevanannya dalam menghadapi persekitaran keselamatan yang sentiasa berubah. Perbincangan seterusnya memberikan tumpuan kepada usaha membentuk kefahaman bersama mengenai matlamat strategik ADMM pada masa hadapan, khususnya dalam menangani cabaran keselamatan sedia ada dan baharu, memperkukuh penglibatan rakan kongsi luar dan pihak berkepentingan, serta meningkatkan kerjasama pertahanan secara praktikal.

Persidangan ini turut menyediakan ruang bagi para peserta untuk bertukar pandangan mengenai cadangan Pelan Tindakan Strategik Pertahanan ASEAN (ASEAN Defence Strategic Action Plan – ADSAP), dengan memberi penekanan kepada kepentingan kesinambungan, penetapan keutamaan, pelaksanaan yang berkesan, penyelarasan merentas sektor serta pemantauan dan penilaian. Perbincangan tersebut mencerminkan kesefahaman bersama mengenai keperluan untuk memastikan kerangka strategik pada masa hadapan dibina berasaskan pencapaian ADMM sepanjang dua dekad yang lalu, di samping kekal selaras dengan wawasan strategik ASEAN yang lebih luas. Berteraskan Strategy Paper on a Future-Ready ADMM and ADMM-Plus, persidangan ini mengukuhkan lagi kepentingan pendekatan yang berpandangan jauh dan mudah disesuaikan bagi kerjasama pertahanan ASEAN, demi memastikan ADMM terus menghasilkan pencapaian yang bermakna dalam menyokong keamanan, kestabilan dan keselamatan serantau.