SIEM REAP, Thursday, 4 Jun 2026 – The First Workshop on ASEAN Military History Institutions’ Cooperation (AMHIC) was held from 3 to 5 June 2026 at the Prince Angkor Hotel, Siem Reap, Cambodia.

As part of the implementation of the Concept Paper on AMHIC, adopted by the 19th ASEAN Defence Ministers’ Meeting (ADMM) in 2025, the First Workshop on AMHIC was organised by the General Department of Policy and Foreign Affairs, Department of ASEAN Affairs, Cambodia. The workshop aimed to provide a platform for exchanging knowledge and best practices regarding military history institutions’ cooperation.

The inaugural workshop concentrated on exchanging national visions to strengthen military history education within the defence sector. Participants discussed effective strategies for promoting collaboration and working together, drawing on best practices from previous peace and security initiatives. Additionally, the workshop emphasised the importance of reflecting on lessons learnt from past experiences, with the aim of shaping more effective defence policies for the future. The workshop covered three main themes of discussions; “Anchor of Identity” (National Importance): How Military History Shapes the Modern Citizen, “Diplomatic Bridge” (Regional Importance): History as a Tool for Peace and Stability and “Digital & Educational Frontier” (Way Forward): Modernizing the Legacy for the 2030 Generation.

The workshop was attended by Brunei Darussalam, Cambodia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Philippines, Vietnam and the ASEAN Secretariat. Brunei Darussalam was represented by Hjh Siti Diana binti Hj Othman, Research Officer from the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) and Masniah binti Hj Damit, Archive Officer, Ministry of Defence.

The AMHIC followed the discussion first brought forward at the 16th ADMM in 2022, which highlighted the importance of reflecting on military history to enhance sustainable peace, regional stability, and security. The AMHIC aims to serve as a collaborative framework to foster unprecedented linkages among all relevant institutions dealing with military history including institutes, centers, establishments, and museums, at an operational level under the ADMM framework.

BENGKEL PERTAMA KERJASAMA INSTITUSI-INSTITUSI SEJARAH KETENTERAAN ASEAN (AMHIC)

SIEM REAP, Khamis, 4 Jun 2026 – Bengkel Pertama Kerjasama Institusi-Institusi Sejarah Ketenteraan ASEAN (AMHIC) telah diadakan dari 3 hingga 5 Jun 2026 di Hotel Prince Angkor, Siem Reap, Kemboja.

Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Kertas Konsep mengenai AMHIC, yang diterima pakai oleh Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-19 pada 2025, Bengkel Pertama mengenai AMHIC telah dianjurkan oleh Jabatan Am Dasar dan Hal Ehwal Luar, Jabatan Hal Ehwal ASEAN, Kemboja. Bengkel ini bertujuan untuk menyediakan platform untuk bertukar-tukar pengetahuan dan amalan terbaik mengenai kerjasama institusi sejarah ketenteraan.

Bengkel yang julung kali diadakan itu tertumpu kepada pertukaran wawasan negara untuk memperkukuh pendidikan sejarah ketenteraan dalam sektor pertahanan. Para peserta membincangkan strategi berkesan untuk menggalakkan kerjasama dan menggunakan amalan terbaik daripada inisiatif keamanan dan keselamatan sebelum ini. Di samping itu, bengkel itu menekankan kepentingan untuk merenung kembali pengajaran yang diperoleh daripada pengalaman lepas, dengan tujuan membentuk dasar pertahanan yang lebih berkesan untuk masa depan. Bengkel tersebut merangkumi tiga tema utama perbincangan; “Sauh Identiti” (Kepentingan Negara): Bagaimana Sejarah Ketenteraan Membentuk Warga Moden, “Jambatan Diplomatik” (Kepentingan Serantau): Sejarah sebagai Alat untuk Keamanan dan Kestabilan dan “Sempadan Digital & Pendidikan” (Hala Tuju Masa Depan): Memodenkan Legasi untuk Generasi 2030.

Bengkel tersebut telah dihadiri oleh Negara Brunei Darussalam, Kemboja, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Filipina, Vietnam dan Sekretariat ASEAN. Negara Brunei Darussalam telah diwakili oleh Hjh Siti Diana binti Hj Othman, Pegawai Penyelidik dari Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) dan Masniah binti Hj Damit, Pegawai Arkib, Kementerian Pertahanan.

AMHIC mengikuti perbincangan yang pertama kali dibawa ke hadapan ADMM ke-16 pada tahun 2022, yang menekankan kepentingan untuk merenung sejarah ketenteraan bagi meningkatkan keamanan mampan, kestabilan serantau dan keselamatan. AMHIC bertujuan untuk berfungsi sebagai rangka kerja kolaboratif untuk memupuk hubungan yang belum pernah terjadi sebelumnya di kalangan semua institusi berkaitan yang berurusan dengan sejarah ketenteraan termasuk institut, pusat, pertubuhan, dan muzium, pada peringkat operasi di bawah rangka kerja ADMM.