BANGKOK, THAILAND, 27 July 2026 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) participated in the FOCUS IN 2026 workshop from 27 to 30 July 2026 at the Bangkok Marriott Hotel The Surawongse, Thailand. Jointly organised by the Center for Excellence in Disaster Management and Humanitarian Assistance (CFE-DM), the Australian Defence Force (ADF) and the New Zealand Defence Force (NZDF), the event marked the 15th annual in-person programme supporting the Indo-Pacific Environmental Security Partnership (IPESP).
The Ministry of Defence was represented by Hajah Dayang Siti Maszaiwati binti Haji Zaini, Director of Defence Policy; Dr. Sabrina Daud, Acting Assistant Director of SHHBIDSS; and Lieutenant Colonel (U) Haji Mohammad Rahimin bin Haji Ismail, SO1, J3 (Air), Joint Force Headquarters, Royal Brunei Armed Forces.
The workshop focused on the overall theme of ‘Addressing Non-Traditional Security Threats’, with daily subthemes covering natural disasters, environmental issues and mitigation, energy security, and partnerships and cooperation. Bringing together participants from 31 countries, the 2026 forum featured keynote addresses, panel discussions, scenario-based exercises and breakout workshops aimed at strengthening practical skills, actionable planning and long-term partnerships.
Across the four-day programme, participants examined the links between non-traditional security threats, national resilience and defence readiness. Discussions and practical sessions covered disaster preparedness and response; civil-military coordination; resilient critical infrastructure; energy security in contested logistics environments; artificial intelligence and early-warning technologies; regional risk management; and international partnerships. Civil-military cooperation remained a central theme, underscoring the importance of integrated responses to shared security challenges.
Participation provides SHHBIDSS with valuable comparative perspectives on how countries and institutions assess emerging risks, strengthen preparedness and translate research into practical policy and capability development. The workshop also provided opportunities to build professional links with security institutions and disaster-management specialists.
The engagement supports SHHBIDSS’ ongoing research on non-traditional security, energy and critical-infrastructure resilience, crisis preparedness, and humanitarian assistance and disaster relief. It also reinforces the Institute’s role as a policy-oriented defence and strategic think tank by connecting regional expertise and operational experience with research relevant to Brunei Darussalam’s national security and resilience.
BENGKEL FOCUS IN 2026 MENGENAI MENANANGI ANCAMAN KESELAMATAN BUKAN TRADISIONAL
BANGKOK, THAILAND, 27 Julai 2026 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SHHBIDSS) telah menyertai bengkel FOCUS IN 2026 yang berlangsung dari 27 hingga 30 Julai 2026 di Bangkok Marriot Hotel The Surawongse, Thailand. Bengkel ini dianjurkan bersama oleh Center for Excellence in Disaster Management and Humanitarian Assistance (CFE-DM), Australian Defence Force (ADF) dan New Zealand Defence Force (NZDF), Program tahunan kali ke-15 yang diadakan secara bersemuka ini bertujuan untuk menyokong Indo-Pacific Environmental Security Partnership (IPESP).
Kementerian Pertahanan telah diwakili oleh Hajah Dayang Siti Maszaiwati binti Haji Zaini, Pengarah Dasar Pertahanan; Dr. Sabrina Daud, Pemangku Penolong Pengarah SHHBIDSS; dan Leftenan Kolonel (U) Haji Muhammad Rahimin bin Haji Ismail, SO1 J3 (Udara), Markas Angkatan Bersama, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.
Bengkel ini memfokuskan kepada tema keseluruhan “Menanangi Ancaman Keselamatan Bukan Tradisional”, dengan sub-tema harian yang merangkumi bencana alam, isu dan mitigasi alam sekitar, keselamatan tenaga, serta perkongsian dan kerjasama. Forum tahun ini menghimpunkan peserta dari 31 buah negara, menampilkan ucaptama, perbincangan panel, latihan berasaskan senario serta bengkel berkumpulan yang bertujuan memperkukuhkan kemahiran praktikal, perancangan yang boleh dilaksanakan, dan jalinan kerjasama jangka panjang.
Sepanjang program selama empat hari tersebut, para peserta meneliti hubungan antara ancaman keselamatan bukan tradisional, daya tahan negara dan kesiapsiagaan pertahanan. Perbincangan serta sesi praktikal meliputi aspek kesiapsiagaan dan tindak balas terhadap bencana; penyelarasan awam dan ketenteraan; daya tahan infrastruktur kritikal; keselamatan tenaga dalam persekitaran logistik yang mencabar; kecerdasan buatan (AI) dan teknologi amaran awal; pengurusan risiko serantau; serta perkongsian antarabangsa. Kerjasama awam dan ketenteraan terus menjadi tema utama, sekali gus menekankan kepentingan tindak balas bersepadu dalam menghadapi cabaran keselamatan bersama.
Penyertaan ini memberikan IPPSSHHB perspektif perbandingan yang bernilai mengenai bagaimana negara dan institusi meneliti risiko yang semakin berkembang, memperkukuhkan tahap kesiapsiagaan, serta menterjemahkan hasil penyelidikan kepada pembangunan dasar dan keupayaan yang praktikal. Bengkel ini juga menyediakan peluang untuk membina hubungan profesional dengan institusi keselamatan dan pakar pengurusan bencana.
Penyertaan tersebut menyokong penyelidikan berterusan IPPSSHHB dalam bidang keselamatan bukan tradisional, tenaga dan daya tahan infrastruktur kritikal, kesiapsiagaan krisis, serta bantuan kemanusiaan dan bantuan bencana (HADR). Selain itu, ianya turut mengukuhkan peranan Institut sebagai sebuah badan pemikir pertahanan dan strategik yang berorientasikan dasar dengan menghubungkan kepakaran serantau dan pengalaman operasi kepada penyelidikan yang relevan bagi keselamatan dan daya tahan Negara Brunei Darussalam.