Wednesday, 01 July 2026 – Dayangku Dr Noor Hasharina binti Pengiran Haji Hassan, Director of the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS), Ministry of Defence, received an introductory call from Lieutenant Commander Hasegawa Takeshi, Defence Attaché of Japan to Brunei Darussalam, at SHHBIDSS this afternoon.

During the call, SHHBIDSS provided an overview of the Institute’s mandate, core functions, key programmes and regional and international engagements as Brunei Darussalam’s defence and strategic studies think tank. The visit also provided an opportunity for SHHBIDSS and the Japanese delegation to exchange views on regional security developments, emerging strategic challenges and issues affecting the wider Asia-Pacific security environment.

Discussions further explored potential areas of cooperation between SHHBIDSS and Japanese defence and strategic studies institutions, particularly in the fields of strategic dialogue, research collaboration, knowledge exchange and professional development.

The introductory call also provided an opportunity for both sides to strengthen professional ties and exchange perspectives on future avenues of engagement. It further enabled SHHBIDSS to establish a working relationship with Japan’s first resident Defence Attaché to Brunei Darussalam.

SHHBIDSS has previously engaged Japanese counterparts through various seminars, dialogues and strategic conferences. Japanese experts have also participated in previous iterations of the Institute’s flagship East Asia Security Outlook (EASO) Seminar, reflecting the positive and longstanding professional engagement between SHHBIDSS and Japan’s defence and strategic studies community.

KUNJUNGAN SUAI KENAL OLEH ATASE PERTAHANAN JEPUN KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE IPPSSHHB

BOLKIAH GARISON, Rabu, 01 Julai 2026 – Dayangku Dr Noor Hasharina binti Pengiran Haji Hassan, Pengarah Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB), Kementerian Pertahanan, telah menerima kunjungan suai kenal daripada Leftenan Komander Hasegawa Takeshi, Atase Pertahanan Jepun ke Negara Brunei Darussalam, yang berlangsung di IPPSSHHB pada petang ini.

Semasa kunjungan tersebut, IPPSSHHB telah menyampaikan taklimat mengenai mandat, fungsi teras, program-program utama serta penglibatan serantau dan antarabangsa Institut sebagai badan pemikir pertahanan dan pengajian strategik Negara Brunei Darussalam. Kunjungan tersebut turut menyediakan peluang bagi IPPSSHHB dan delegasi Jepun untuk bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan keselamatan serantau, cabaran strategik semasa serta isu-isu yang mempengaruhi persekitaran keselamatan di rantau Asia-Pasifik.

Kedua-dua pihak juga membincangkan potensi kerjasama antara IPPSSHHB dan institusi pertahanan serta pengajian strategik di Jepun, khususnya dalam bidang dialog strategik, penyelidikan, pertukaran pengetahuan dan pembangunan profesional.

Kunjungan suai kenal tersebut turut memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk mengukuhkan hubungan profesional serta bertukar pandangan mengenai peluang-peluang penglibatan pada masa hadapan. Kunjungan tersebut juga membolehkan IPPSSHHB menjalin hubungan kerja dengan Atase Pertahanan Jepun yang pertama menetap di Negara Brunei Darussalam.

IPPSSHHB sebelum ini telah terlibat dalam pelbagai seminar, dialog dan persidangan strategik bersama institusi dan pakar dari Jepun. Pakar-pakar dari Jepun juga pernah menyertai Seminar East Asia Security Outlook (EASO), iaitu platform dialog strategik utama anjuran IPPSSHHB, yang mencerminkan hubungan profesional yang positif dan berterusan antara IPPSSHHB dan komuniti pertahanan serta pengajian strategik Jepun.