MALAYSIA, Tuesday, 20 April 2026 –The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) recently participated in the 8th Putrajaya Forum, organised by the Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS), held in conjunction with Defence Security Asia (DSA) 2026 and National Security Asia (NATSEC) 2026 in Putrajaya, Malaysia.

 

 The Forum was officiated by His Royal Highness Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, who delivered the Royal Keynote Address. In his address, His Royal Highness Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, urged that ‘planetary health’ be adopted as a formal pillar of ASEAN’s comprehensive security framework. He pointed out that no matter how advanced a region’s military technology may be, it cannot be regarded as genuinely secure if it fails to provide food security, manage water resources sustainably, or safeguard its coastlines against climate change-related flooding.

 

 

 

This year’s Forum featured a series of sessions addressing key regional and global security challenges, including strategic competition in the Indo-Pacific, emerging and disruptive technologies, hybrid and non-traditional threats, as well as evolving defence and security cooperation frameworks. The Forum provided an opportunity for SHHBIDSS to keep abreast of ongoing discussions on regional security developments and the evolving strategic environment ensuring that SHHBIDSS research remains current, policy-relevant, and analytically robust.The Putrajaya Forum serves as a biennial  strategic platform that brings together policymakers, senior officials, academics, and defence experts from across ASEAN and beyond to deliberate on pressing geopolitical and security issues.

 

 

 

 

                                                               SHHBIDSS HADIRI PUTRAJAYA FORUM KE-8

 

 MALAYSIA, Selasa, 20 April 2026 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) baru-baru ini telah menghadiri Putrajaya Forum ke-8, yang dianjurkan oleh Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) bersempena dengan Defence Security Asia (DSA) 2026 dan National Security Asia (NATSEC) 2026 di Putrajaya, Malaysia.

Ucapan utama di forum ini telah disampaikan oleh Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri  Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, yang telah berkenan menyampaikan Titah Utama Diraja. Dalam titah tersebut, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak Darul Ridzuan, telah berkenan menggesa agar konsep ‘kesihatan planet’ (planetary health) dijadikan sebagai salah satu tonggak utama dalam kerangka keselamatan komprehensif ASEAN. Baginda seterusnya bertitah bahawa tidak kira betapa majunya teknologi ketenteraan di rantau ini, ia tidak boleh dianggap sebagai benar-benar selamat jika ia gagal menyediakan keselamatan makanan, mengurus sumber air secara mampan, atau melindungi pesisirannya daripada banjir berkaitan perubahan iklim.

 Forum tahun ini menampilkan beberapa sesi yang memberi tumpuan kepada cabaran utama keselamatan serantau dan global, termasuk persaingan strategik di Indo-Pasifik, teknologi baharu dan disruptif, ancaman hibrid dan bukan tradisional, serta evolusi kerjasama pertahanan dan keselamatan.

 Forum ini memberi peluang kepada IPPSSHHB untuk mengikuti perbincangan berterusan mengenai perkembangan keselamatan serantau dan persekitaran strategik yang berubah-ubah memastikan penyelidikan SHHBIDSS kekal terkini, relevan dengan dasar dan analitikal. Putrajaya Forum berfungsi sebagai platform dwitahunan strategik yang menghimpunkan penggubal dasar, pegawai kanan, ahli akademik, dan pakar pertahanan dari seluruh ASEAN dan luar rantau untuk membincangkan isu geopolitik dan keselamatan yang mendesak.