TANAH JAMBU, Wednesday, 24 June 2026 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS), Ministry of Defence, delivered a series of lectures under the International Security module to participants of the Junior Officer Development Course (JODC) Series 2/2026, comprising Lieutenants and Lieutenant Junior Grades (Royal Brunei Navy), organised by the Leadership and Management Centre (LMC), Defence Academy Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF).



The lectures form part of the International Security module and are designed to strengthen participants’ understanding of the contemporary strategic environment while equipping young officers with the analytical foundations required to assess increasingly complex regional and global security developments. The module was delivered by Ms Muizzah Harun, Acting Senior Research Officer as well as Ms Nabilah Rahman and Ms Nor Azriah Aziz, Research Officers, from SHHBIDSS. Collectively, the speakers drew upon their expertise in defence and strategic studies to provide participants with a comprehensive understanding of contemporary international security issues and their implications for the defence and security landscape.

The programme comprised three lectures entitled Introduction to Security Concepts, Introduction to International Relations, and Global Security Environment and Emerging Trends. The sessions explored the evolution of security concepts, major theories of international relations, the structure of the international system, key state and non-state actors, and contemporary security challenges including terrorism, cyber threats, climate change, technological developments and shifting geopolitical dynamics.
Drawing on contemporary case studies and interactive discussions, participants were encouraged to examine how global developments influence national defence and security, while appreciating the importance of strategic thinking, international cooperation and evidence-based analysis in military decision-making.
SHHBIDSS’ contribution reflects its continued commitment to supporting professional military education through research-informed teaching and strategic expertise. The engagement also reinforces the longstanding collaboration between SHHBIDSS and the Defence Academy RBAF in developing knowledgeable, adaptable and strategically minded officers capable of addressing the evolving defence and security landscape.
IPPSSHHB MENYAMPAIKAN SYARAHAN KESELAMATAN ANTARABANGSA BAGI KURSUS JUNIOR OFFICER DEVELOPMENT COURSE (JODC) 2/2026
TANAH JAMBU, Rabu, 24 Jun 2026 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB), Kementerian Pertahanan telah menyampaikan satu siri syarahan di bawah modul International Security kepada para peserta Junior Officer Development Course (JODC) Siri 2/2026, yang terdiri daripada pegawai berpangkat Leftenan dan Leftenan Muda Tentera Laut Diraja Brunei, anjuran Pusat Kepimpinan dan Pengurusan (PKP), Akademi Pertahanan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB).
Siri syarahan tersebut merupakan sebahagian daripada modul International Security yang bertujuan memperkukuh kefahaman para peserta terhadap persekitaran strategik semasa, di samping melengkapkan pegawai-pegawai muda dengan asas analisis yang diperlukan bagi menilai perkembangan keselamatan serantau dan antarabangsa yang semakin kompleks. Modul tersebut telah disampaikan oleh Dayang Muizzah Harun, Pemangku Pegawai Penyelidik Kanan dan Dayang Nabilah Rahman, Pegawai Penyelidik, dan Dayang Nor Azriah Aziz, Pegawai-pegawai Penyelidik, daripada IPPSSHHB. Berpandukan kepakaran masing-masing dalam bidang pertahanan dan kajian strategik, para penceramah telah memberikan kefahaman yang menyeluruh mengenai isu-isu keselamatan antarabangsa semasa serta implikasinya terhadap landskap pertahanan dan keselamatan yang sentiasa berkembang.
Sepanjang sesi tersebut, peserta telah mengikuti tiga syarahan bertajuk Introduction to Security Concepts, Introduction to International Relations, dan Global Security Environment and Emerging Trends. Antara perkara yang dibincangkan termasuk evolusi konsep keselamatan, teori-teori utama hubungan antarabangsa, struktur sistem antarabangsa, peranan pelaku negara dan bukan negara, serta cabaran keselamatan kontemporari seperti keganasan, ancaman siber, perubahan iklim, perkembangan teknologi dan perubahan dinamik geopolitik.
Melalui perbincangan yang disokong dengan contoh-contoh semasa dan analisis isu strategik, para peserta turut didedahkan kepada kepentingan pemikiran strategik, kerjasama antarabangsa serta pendekatan berasaskan analisis dalam memahami implikasi perkembangan global terhadap pertahanan dan keselamatan negara.
Penyampaian syarahan ini mencerminkan komitmen berterusan IPPSSHHB dalam menyokong pembangunan pendidikan ketenteraan profesional negara melalui perkongsian kepakaran dalam bidang pertahanan dan kajian strategik. Inisiatif ini juga memperkukuh kerjasama yang terjalin antara IPPSSHHB dengan Akademi Pertahanan ABDB dalam melahirkan pegawai-pegawai yang berpengetahuan, berfikiran strategik dan bersedia menghadapi landskap keselamatan yang sentiasa berkembang.