TANAH JAMBU, Thursday, 18 June 2026 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) delivered a lecture this morning at the Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces (RBAF) as part of the IS-5101 Security Studies module under the Master of Defence and Security Studies (MDSS) programme (Command and Staff Course, CSC 16), organised by the Faculty of Military Studies (FMS), Universiti Brunei Darussalam (UBD).

The lecture, entitled Introduction to Brunei’s Strategic Environment”, was delivered by Md Umair Akmal bin Haji Noor Ahsffian, Research Officer at SHHBIDSS. The session provided participants with an overview of Brunei Darussalam’s evolving strategic landscape, examining the country’s geopolitical and strategic position within an increasingly complex regional and international security environment.

Key areas discussed included developments in the South China Sea, ASEAN Centrality, major power competition in the Asia-Pacific, as well as the strategic opportunities and challenges faced by Brunei Darussalam as a small state. The lecture also highlighted Brunei Darussalam’s strategic strengths and its role in promoting regional stability and cooperation through ASEAN-led mechanisms.

The session forms part of SHHBIDSS’s continued commitment to supporting professional military education and fostering strategic awareness among current and future defence leaders. Through engagements of these nature, the Institute continues to contribute to the development of critical thinking and informed analysis on defence, security and strategic affairs, thereby supporting national efforts to strengthen defence preparedness and strategic resilience.

IPPSSHHB MENYAMPAIKAN TAKLIMAT BAGI SIRI TAKLIMAT IS-5101 PENGAJIAN KESELAMATAN

TANAH JAMBU, Khamis, 18 Jun 2026 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) telah menyampaikan satu taklimat di Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) pagi tadi di bawah modul IS-5101 Pengajian Keselamatan bagi program Sarjana Pengajian Pertahanan dan Keselamatan (Master of Defence and Security Studies, MDSS) (Kursus Pemerintahan dan Staf, KPS 16), yang dianjurkan oleh Fakulti Pengajian Ketenteraan (FMS), Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Taklimat bertajuk “Pengenalan kepada Persekitaran Strategik Brunei” telah disampaikan oleh Md Umair Akmal bin Haji Noor Ahsffian, Pegawai Penyelidik di IPPSSHHB. Sesi tersebut memberikan gambaran menyeluruh mengenai landskap strategik Negara Brunei Darussalam yang sentiasa berkembang, dengan meneliti kedudukan geopolitik dan geostrategic negara dalam persekitaran keselamatan serantau dan antarabangsa yang semakin kompleks.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk perkembangan di Laut China Selatan, pemusatan ASEAN, persaingan kuasa-kuasa besar di rantau Asia-Pasifik, serta peluang dan cabaran strategic yang dihadapi oleh Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara kecil. Taklimat tersebut turut menekankan kekuatan strategik Negara Brunei Darussalam serta peranannya dalam menggalakkan kestabilan dan kerjasama serantau melalui mekanisme yang diterajui ASEAN.

Sesi ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan IPPSSHHB dalam menyokong pendidikan ketenteraan profesional dan memperkukuh kefahaman strategik dalam kalangan pemimpin pertahanan masa kini dan masa hadapan. Melalui penglibatan seumpama ini, Institut menyumbang terus-menerus kepada peningkatan kefahaman serta keupayaan analisis mengenai isu-isu pertahanan, keselamatan dan strategic dalam kalangan peserta, selaras dengan usaha memperkukuh kesiapsiagaan pertahanan dan daya tahan strategik negara.