Tuesday, 3 March 2026 – Dr. Captain (Navy) Hugues Canuel, Canadian Defence Advisor accredited to Brunei Darussalam and Singapore, delivered a talk at the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) this morning.

13.08.58 (2).jpeg

Dr. Captain (Navy) Hugues Canuel delivered his presentation entitled “Maritime Security: The Canadian Cross-Departmental Approach,” followed by a roundtable discussion. The session was attended by officers from the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces, including the Minister of Defence II’s Office, Royal Brunei Navy (RBN), Joint Force Headquarters, Directorate of Intelligence, and Directorate of Defence Policy. Yang Mulia Dayangku Dr. Noor Hasharina binti Pengiran Haji Hassan, Director of SHHBIDSS delivered her welcoming remarks prior to the talk.

The speaker shared insights into how Canada, as a middle power with extensive global maritime interests, integrates defence, law enforcement, diplomatic, and civilian maritime instruments to address contemporary maritime security challenges. The discussion examined maritime security as a multidimensional issue within an increasingly complex and contested strategic environment.

SHHBIDSS regularly hosts visits by defence and security experts, as well as lectures and talks by representatives from defence colleges, universities, and think tanks, in line with its mandate to foster Track II dialogue and international engagement. Such engagements provide valuable opportunities to exchange perspectives, enhance mutual understanding, and promote professional networking, while showcasing Brunei Darussalam’s views on defence and security matters to the wider international community.

IPPSSHHB MENGANJURKAN SESI MEJA BULAT BERTAJUK MARITIME SECURITY: THE CANADIAN CROSS-DEPARTMENTAL APPROACH

Selasa, 3 Mac 2026 – Dr. Kapten Hugues Canuel, Penasihat Pertahanan Kanada yang diakreditasikan ke Negara Brunei Darussalam dan Singapura, telah menyampaikan pembentangan di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) pagi ini.

Dr. Kapten Hugues Canuel menyampaikan pembentangan beliau yang bertajuk ‘Maritime Security: The Canadian Cross-Departmental Approach,” yang diikuti dengan sesi perbincangan meja bulat. Sesi tersebut turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, termasuk Pejabat Menteri Pertahanan II, Tentera La​ut Diraja Brunei (TLDB), Markas Angkatan Bersama (MAB), Jabatanarah Perisikan dan Jabatanarah Dasar Pertahanan. Yang Mulia Dayangku Dr. Noor Hasharina binti Pengiran Haji Hassan, Pengarah IPPSSHHB menyampaikan ucapan alu-aluan sebelum pembentangan dimulakan.

Dr. Kapten Hugues Canuel berkongsi pandangan mengenai bagaimana Kanada, sebagai sebuah kuasa pertengahan yang mempunyai kepentingan maritim global yang luas, mengintegrasikan instrumen pertahanan, penguatkuasaan undang-undang, diplomatik dan maritim awam dalam menangani cabaran keselamatan maritim semasa. Perbincangan tersebut meneliti keselamatan maritim sebagai satu isu multidimensi dalam persekitaran strategik yang semakin kompleks dan mencabar.

IPPSSHHB sering menerima lawatan daripada para pakar pertahanan dan keselamatan, serta menganjurkan sesi penerangan dan taklimat daripada wakil kolej pertahanan, universiti dan badan pemikir, sejajar dengan mandatnya untuk memupuk dialog Trek II dan penglibatan antarabangsa. Penglibatan seperti ini memberikan peluang yang berharga untuk bertukar-tukar pandangan, meningkatkan persefahaman bersama, serta mengukuhkan jaringan profesional, di samping mengetengahkan perspektif Negara Brunei Darussalam berkaitan hal ehwal pertahanan dan keselamatan kepada komuniti antarabangsa.