TANAH JAMBU, Wednesday, 10 June 2026 – On behalf of Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS), delivered a briefing entitled “Regional Security Outlook” to the Air Force War College Nigeria delegation during their visit to the Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) this morning. The briefing was delivered by Md Umair Akmal bin Hj Noor Ahsffian, Research Officer.

The briefing session forms part of the college’s visit to DA RBAF. The session began with a welcoming address by Major Mahmud Afifi Mohd Kifli, Acting Chief Instructor of DA RBAF, on behalf of Commandant of DA RBAF.

The session presented insights into Southeast Asia’s security landscape from both academic and Track II diplomacy perspectives. It also served to highlight Brunei Darussalam’s strategic outlook as a small state that values a stable and prosperous external security environment. The presentation underscored the importance of regional peace and cooperation in ensuring national stability and sustainable progress, while emphasising the country’s commitment to constructive engagement and multilateralism in addressing shared security challenges. The briefing further reflected on lessons from history, including the enduring importance of international law, collective security, and multilateral cooperation in preventing conflict and preserving regional stability, while recognising climate change as an increasingly significant security challenge.

In addition to SHHBIDSS presentation, representatives from the Directorate of Intelligence, the Directorate of Defence Policy, and the Joint Force Headquarters also delivered briefings, which were followed with question-and-answer (Q & A) session.

The delegation was in Brunei from 08 to 12 June 2026 as part of their geostrategic study tour, which includes engagements with key government bodies and private sector stakeholders.

TAKLIMAT IPPSSHHB SEMPENA LAWATAN DARIPADA AIR FORCE WAR COLLEGE NIGERIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

TANAH JAMBU, Rabu, 10 Jun 2026 – Bagi pihak Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) taklimat bertajuk “Regional Security Outlook” telah disampaikan kepada Air Force War College Nigeria semasa lawatan mereka ke Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) pagi tadi. Taklimat tersebut disampaikan oleh Md Umair Akmal bin Hj Noor Ahsffian, Pegawai Penyelidik IPPSSHHB.

Sesi taklimat ini merupakan sebahagian daripada acara lawatan delegasi berikut ke AP ABDB. Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Mejar Mahmud Afifi Mohd Kifli, Pemangku Ketua Pengajar AP ABDB, bagi pihak Komandan AP ABDB.

Sesi tersebut adalah mengenai keadaan landskap keselamatan Asia Tenggara dari perspektif akademik dan diplomasi Trek II. Pembentangan tersebut mengongsikan kedudukan strategik Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara kecil yang mementingkan persekitaran keselamatan luar yang stabil dan makmur. Pembentangan tersebut menekankan kepentingan keamanan dan kerjasama serantau dalam memastikan kestabilan negara dan kemajuan mampan, sambil menekankan komitmen negara terhadap penglibatan konstruktif dan multilateralisme dalam menangani cabaran keselamatan bersama. Taklimat itu seterusnya mencerminkan pengajaran daripada sejarah, termasuk kepentingan berterusan undang-undang antarabangsa, keselamatan kolektif, dan kerjasama pelbagai hala dalam mencegah konflik dan memelihara kestabilan serantau, sambil mengiktiraf perubahan iklim sebagai cabaran keselamatan yang semakin ketara.

Selain pembentangan IPPSSHHB, wakil daripada Jabatanarah Perisikan, Jabatanarah Dasar Pertahanan, dan Markas Angkatan Bersama ABDB turut menyampaikan taklimat, yang diikuti dengan sesi soal jawab.

Delegasi Air Force College Nigeria berada di Negara Brunei Darussalam dari 08 hingga 12 Jun 2026 bagi melaksanakan lawatan kajian geostrategik mereka. Program tersebut merangkumi sesi penglibatan dengan pelbagai agensi kerajaan dan pihak berkepentingan utama, termasuk sektor swasta.