KUNMING, China, Thursday, 09 July 2026 – The 4th China-ASEAN Defense Think Tank Exchange (CADTE) was held from 08 to 10 July 2026 in Kunming, China. Representing the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) at the exchange was Muhammad Faiz Safwan bin Mohammad Nazri, SHHBIDSS Research Officer, as representative of SHHBIDSS Director.

The host of the 4th CADTE was Senior Colonel Mao Changqing, Deputy Director General, Department of Scientific Research, Academy of Military Science (AMS). The event began with a keynote address delivered by Major General Kang Yongsheng, Director General, Department of Scientific Research, AMS. In his address, he underscored the pivotal role of China-ASEAN cooperation in promoting peace, stability and development in the Asian region. He also advocated the Asian Security Model as a framework for advancing regional cooperation by prioritising dialogue and consultation, constructively managing differences, and fostering mutually beneficial outcomes.


SHHBIDSS delivered a speech during the plenary session titled “Practicing the Asian Security Model: China and ASEAN Jointly Respond to a Changing World.” It highlighted that the Asian Security Model shares common principles with China’s Global Security Initiative (GSI) and the ASEAN Way, and noted that many of these principles are already being practiced in existing China–ASEAN cooperation. The speech called for both sides to further deepen dialogue, expand people-to-people and professional exchanges, and strengthen research and defence think tank collaboration.
In addition, there were also four (04) parallel sessions covering issues such as Asian paradigms for regional dispute resolution; building a shared future in maritime security; enhancing mutual trust through practical cooperation; and future-oriented defence and security cooperation.
Held the fourth time since its inauguration in 2019, the CADTE programme is an outcome of the proposal made by previous Chinese State Councilor and Minister of National Defence, General Wei Fenghe during the ASEAN-China Defence Minister’s Informal Meeting in October 2018.
SHHBIDSS’ continued participation in CADTE provides a valuable platform to exchange perspectives with regional and Chinese experts, strengthen professional networks, and showcase the Institute’s research at an important platform at the regional level. Additionally, such participation reflects Brunei Darussalam’s commitment to open dialogue and constructive engagement with China on defence and security issues, fostering mutual understanding, trust, and cooperation in areas of mutual interest.
IPPSSHHB MENGHADIRI CHINA-ASEAN DEFENCE THINK TANKS EXCHANGE KALI KE-4
KUNMING, China, Khamis, 09 Julai 2026 – China-ASEAN Defence Think Tank Exchange (CADTE) kali ke-4 telah berlangsung pada 08 hingga 10 Julai 2026 di Kunming, China. Mewakili Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) pada pertukaran tersebut ialah Muhammad Faiz Safwan bin Mohammad Nazri, Pegawai Penyelidik IPPSSHHB, bagi pihak Pengarah IPPSSHHB.
Penganjur bagi CADTE kali ke-4 ialah Kolonel Kanan Mao Changqing, Timbalan Ketua Pengarah, Department of Scientific Research, Academy of Military Sciences (AMS). Program dimulakan dengan ucaptama yang disampaikan oleh Mejar Jeneral Kang Yongsheng, Ketua Pengarah, Department of Scientific Research, AMS. Beliau turut mengetengahkan mengenai Asian Security Model sebagai satu kerangka bagi memperkukuh kerjasama serantau melalui keutamaan terhadap dialog dan perundingan, pengurusan perbezaan secara konstruktif, serta kerjasama yang saling menguntungkan.
Dengan tema sesi plenari “Practicing the Asian Security Model: China and ASEAN Jointly Respond to a Changing World”, IPPSSHHB telah menyampaikan ucapan yang menekankan bahawa Asian Security Model tersebut berkongsi prinsip-prinsip yang sejajar dengan Global Security Initiative (GSI) yang diperkenalkan oleh China dan ASEAN Way, serta menjelaskan bahawa sebahagian besar prinsip tersebut telah pun diamalkan menerusi kerjasama sedia ada antara China dan ASEAN. IPPSSHHB turut menyeru kedua-dua pihak untuk terus memperkukuh dialog, memperluas pertukaran antara rakyat dan profesional, serta mempererat kerjasama penyelidikan dan badan pemikir pertahanan.
Di samping itu, terdapat juga empat (04) sesi parallel yang membincangkan isu-isu seperti paradigma Asia dalam penyelesaian pertikaian serantau; membina masa depan bersama dalam keselamatan maritim; memperkukuh kepercayaan bersama melalui kerjasama praktikal; serta kerjasama pertahanan dan keselamatan yang berorientasikan masa hadapan.
Diadakan bagi kali keempat sejak perasmiannya pada tahun 2019, program CADTE merupakan hasil daripada cadangan yang dikemukakan oleh bekas Ahli Majlis Negeri China dan Menteri Pertahanan Negara, Jeneral Wei Fenghe, semasa ASEAN-China Defence Ministers’ Informal Meeting pada Oktober 2018.
Penyertaan berterusan IPPSSHHB dalam CADTE menyediakan platform yang bernilai untuk bertukar-tukar pandangan dengan pakar-pakar serantau dan China, memperkukuh jaringan profesional, serta mengetengahkan hasil penyelidikan Institut di sebuah platform penting di peringkat serantau. Sehubungan itu, penyertaan tersebut mencerminkan komitmen Negara Brunei Darussalam terhadap dialog terbuka dan penglibatan yang konstruktif dengan China dalam isu-isu pertahanan dan keselamatan, sekali gus memupuk persefahaman, kepercayaan serta kerjasama dalam bidang-bidang yang berkepentingan bersama.