Wednesday, 29 April 2026 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) held its second Sharing Session of the year entitled ‘Energy Disruption and AI Driven Conflict: Rethinking Security in The Middle East’.

This Sharing Session was provided by Hajah Siti Diana binti Haji Othman and Siti Nurnabilah binti Haji Abd Rahman, SHHBIDSS Research Officers, and moderated by Muhammad Umair Akmal bin Haji Noor Ahsffian, Acting Senior Research Officer.

This session examined the US–Israel–Iran conflict through two emerging domains of contemporary warfare; energy and artificial intelligence. While conventional military dynamics remain important, conflict today is increasingly shaped by broader systems, particularly those underpinning the global economy and technological infrastructure.

 

The first part of the session focused on the energy dimension, analysing how disruptions to energy systems are not merely a by-product of conflict, but are becoming integrated into its strategic logic. The second part discussed the role of artificial intelligence in shaping operational and strategic outcomes in the conflict. This was followed by a discussion among the attendees.

Present during the session were representatives from the Directorate of Intelligence and Directorate of Defence Policy.

The Institute’s sharing sessions are a core activity organised by the Institute, serving as a key platform for in-house research analysts to convene and engage in open discussions on specific topics or relevant issues of interest. The sharing sessions aim to foster a collaborative environment for sharing insights and perspectives within the Ministry of Defence.

 

 

 

SESI PERKONGSIAN IPPSSHHB 02/2026 BERTAJUK ‘KRISIS TENAGA DAN KONFLIK DIPACU KECERDASAN BUATAN (AI): MEMPERTIMBANGKAN SEMULA KESELAMATAN DI TIMUR TENGAH

Rabu, 29 April 2026 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) hari ini telah mengadakan sesi perkongsian buat kali kedua pada tahun ini, dengan tajuk ‘Krisis Tenaga Dan Konflik Dipacu Kecerdasan Buatan (AI): Mempertimbangkan Semula Keselamatan Di Timur Tengah’. 

Sesi Perkongsian telah disampaikan oleh, Hajah Siti Diana binti Haji Othman dan Siti Nurnabilah binti Haji Abd Rahman, Pegawai Penyelidik Institut dan dimoderasi oleh Muhammad Umair Akmal bin Haji Noor Ahsffian, Pemangku Pegawai Penyelidik Kanan. Sesi ini membincangkan konflik Amerika Syarikat–Israel–Iran melalui dua domain baharu dalam peperangan kontemporari, iaitu tenaga dan kecerdasan buatan. Walaupun dinamik ketenteraan konvensional masih penting, konflik kini semakin dipengaruhi oleh sistem yang lebih luas, khususnya yang menyokong ekonomi global dan infrastruktur teknologi.

Bahagian pertama sesi ini memberi tumpuan kepada dimensi tenaga, dengan menganalisis bagaimana gangguan terhadap sistem tenaga bukan lagi sekadar kesan sampingan konflik, tetapi semakin diintegrasikan ke dalam logik strategiknya. Bahagian kedua pula membincangkan peranan kecerdasan buatan dalam membentuk hasil operasi dan strategi dalam konflik tersebut. Sesi ini diakhiri dengan perbincangan di kalangan para peserta.

Sesi ini dihadiri oleh wakil-wakil daripada Jabatanarah Perisikan dan Jabatanarah Dasar Pertahanan.

Sesi-Sesi Perkongsian merupakan aktiviti teras yang dianjurkan oleh Institut, yang berfungsi sebagai wadah untuk menggalakkan perbincangan dan pertukaran pandangan mengenai isu-isu semasa bagi para pegawai penyelidik di kementerian ini. Sesi-Sesi Perkongsian ini juga turut memupuk persekitaran yang kolaboratif untuk saling berkongsi pandangan dan perspektif dalam Kementerian Pertahanan.