TOKYO, JAPAN, Monday, 14 September 2026 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS), Ministry of Defence, Brunei Darussalam, undertook an introductory visit to the National Institute for Defense Studies (NIDS), Ministry of Defense, Japan, providing an opportunity to establish direct institutional engagement and explore potential areas of cooperation in defence and strategic studies. The visit formed part of SHHBIDSS’ efforts to strengthen its engagement with international defence and strategic studies institutions, while facilitating exchanges on regional security developments, research priorities and opportunities for professional and academic collaboration.

The SHHBIDSS delegation, consisting of Ms Azriah Aziz and Ms Muizzah Harun, Research Officers, engaged with Professor Osamu Koike, Chief Coordinator for International Affairs; Mr Shoji Tomotaka, Director of the Regional Studies Department; and Mr Tsujita Yuki, Research Fellow, Asia and Africa Division, Regional Studies Department, NIDS.
The engagement provided an opportunity for both institutions to introduce their respective mandates, institutional functions and research interests, as well as to exchange perspectives on regional and strategic security issues of mutual interest. Discussions also explored the relevance of continued dialogue and knowledge-sharing between defence and strategic studies institutions in supporting a deeper understanding of evolving security dynamics. Potential areas of institutional cooperation were also explored, including researcher and expert exchanges, participation in seminars and workshops, guest lectures, joint webinars and longer-term research collaboration.
The visit represents an initial step towards developing direct institutional relations between SHHBIDSS and NIDS, while creating opportunities for continued professional engagement and the exchange of research perspectives on defence and strategic issues. The engagement further reflects SHHBIDSS’ commitment to expanding its international research networks, strengthening defence diplomacy and supporting policy-oriented research on regional and international security matters.
IPPSSHHB MENGADAKAN LAWATAN KE NATIONAL INSTITUTE FOR DEFENSE STUDIES, JEPUN
TOKYO, JEPUN, Isnin, 14 September 2026 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SHHBIDSS), Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam, telah mengadakan lawatan pengenalan ke National Institute for Defense Studies (NIDS), Kementerian Pertahanan, Jepun, yang memberikan peluang untuk menjalin hubungan institusi secara langsung serta meneroka bidang kerjasama yang berpotensi dalam pengajian pertahanan dan strategik. Lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha IPPSSHHB untuk memperkukuh penglibatannya dengan institusi pengajian pertahanan dan strategik di peringkat antarabangsa, di samping memudah cara pertukaran pandangan mengenai perkembangan keselamatan serantau, keutamaan penyelidikan serta peluang kerjasama profesional dan akademik.
Delegasi IPPSSHHB, yang terdiri daripada Dayang Azriah Aziz dan Dayang Muizzah Harun, telah mengadakan perbincangan bersama Profesor Osamu Koike, Ketua Penyelaras Hal Ehwal Antarabangsa; Tuan Shoji Tomotaka, Pengarah Jabatan Pengajian Serantau; dan Tuan Tsujita Yuki, Felo Penyelidik, Bahagian Asia dan Afrika, Jabatan Pengajian Serantau, NIDS.
Pertemuan tersebut memberikan peluang kepada kedua-dua institusi untuk memperkenalkan mandat, fungsi institusi dan bidang kepentingan penyelidikan masing-masing, serta bertukar pandangan mengenai isu keselamatan serantau dan strategik yang mempunyai kepentingan bersama. Perbincangan turut menyentuh kepentingan meneruskan dialog dan perkongsian pengetahuan antara institusi pengajian pertahanan dan strategik dalam menyokong pemahaman yang lebih mendalam mengenai dinamik keselamatan yang sentiasa berkembang. Kedua-dua pihak turut meneroka bidang kerjasama institusi yang berpotensi, termasuk pertukaran penyelidik dan pakar, penyertaan dalam seminar dan bengkel, kuliah jemputan, webinar bersama serta kerjasama penyelidikan jangka panjang.
Lawatan tersebut merupakan langkah awal ke arah membangunkan hubungan institusi secara langsung antara SHHBIDSS dan NIDS, di samping mewujudkan peluang bagi penglibatan profesional yang berterusan serta pertukaran pandangan penyelidikan mengenai isu pertahanan dan strategik. Pertemuan tersebut turut mencerminkan komitmen IPPSSHHB untuk memperluaskan rangkaian penyelidikan antarabangsa, memperkukuh diplomasi pertahanan serta menyokong penyelidikan berorientasikan dasar mengenai isu keselamatan serantau dan antarabangsa.