CANBERRA, Sunday, 1 February 2026 –The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) recently participated in the Preparing Regional Security Leaders (PRSL) Seminar 2026, organised by the Australian Department of Defence in collaboration with the Australian Strategic Policy Institute (ASPI) from 31 January to 7 February 2026 in Canberra, Australia. Representing the Institute was Ms Muizzah Harun, Research Officer, and Ms Noorfathanah Hamid, Research Officer from Ministry of Defence.


The PRSL Seminar brought together mid- to senior-level officials from Southeast Asia, Australia, Japan and the Republic of Korea to enhance practical understanding of regional security challenges and to strengthen professional networks among emerging security leaders. The programme combined expert presentations, professional skills workshops, and scenario-based simulation exercises aimed at developing analytical, communication, and crisis management capabilities.
Throughout the week, participants engaged in discussions on key regional issues including strategic geography, major power relations, maritime security, cyber security, climate disruption, disinformation and regional institutional cooperation. Interactive exercises on humanitarian assistance and disaster relief (HADR), maritime security and counterterrorism as well as a regional “polycrisis” negotiation simulation, provided opportunities to apply whole-of-government approaches to complex security scenarios.

In conjunction with the Seminar, Ms Muizzah Harun also attended the Australian National University (ANU) Graduation Ceremony on 4 February 2026, where she was conferred the Master of Strategic Studies under the ASEAN-Australia Defence Postgraduate Scholarship Program (AADPSP). The scholarship programme, introduced since 2019, supports capacity-building and professional development for defence and security officials across ASEAN Member States and Australia.
The Seminar and associated engagements provided valuable platforms for professional exchange, knowledge sharing, and the strengthening of regional cooperation. SHHBIDSS remains committed to advancing strategic dialogue and professional development through active participation in regional initiatives that contribute to stability, mutual understanding, and constructive defence diplomacy.
SEMINAR PREPARING REGIONAL SECURITY LEADERS (PRSL) 2026 DAN MAJLIS KONVOKESYEN AUSTRALIAN NATIONAL UNIVERSITY (ANU)
Ahad, 1 Februari 2026 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) baru-baru ini telah menyertai Seminar Preparing Regional Security Leaders (PRSL) 2026, yang dianjurkan oleh Jabatan Pertahanan Australia dengan kerjasama Australian Strategic Policy Institute (ASPI) bermula 31 Januari hingga 7 Februari 2026 di Canberra, Australia. Mewakili Institut ialah Dayang Muizzah Harun, Pegawai Penyelidik. Turut mewakili Kementerian Pertahanan ialah Dayang Noorfathanah Abdul Hamid, Pegawai Kaji Selidik.
Seminar PRSL menghimpunkan pegawai-pegawai peringkat pertengahan hingga kanan dari Asia Tenggara, Australia, Jepun dan Republik Korea bagi meningkatkan kefahaman praktikal mengenai cabaran keselamatan serantau serta memperkukuh rangkaian profesional dalam kalangan pemimpin keselamatan baharu. Program ini menggabungkan pembentangan pakar, latihan kemahiran profesional dan latihan simulasi berasaskan senario bagi membangunkan keupayaan analisis, komunikasi, dan pengurusan krisis.
Sepanjang seminar tersebut, para peserta terlibat dalam perbincangan mengenai isu-isu utama serantau termasuk geografi strategik, hubungan kuasa besar, keselamatan maritim, keselamatan siber, gangguan iklim, disinformasi, serta kerjasama institusi serantau. Latihan interaktif mengenai bantuan kemanusiaan dan bencana (HADR), keselamatan maritim dan memerangi keganasan, serta simulasi rundingan “polycrisis” serantau memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan pendekatan menyeluruh kerajaan dalam menangani senario keselamatan yang kompleks.
Dayang Muizzah Harun turut menghadiri Majlis Konvokesyen Australian National University (ANU) pada 4 Februari 2026, di mana beliau telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Pengajian Strategik (Master of Strategic Studies) di bawah Program Biasiswa Pasca Siswazah Pertahanan ASEAN-Australia. Program biasiswa ini bertujuan menyokong pembangunan kapasiti dan profesionalisme pegawai pertahanan dan keselamatan di negara-negara ASEAN serta Australia.
Penyertaan dalam Seminar PRSL serta penglibatan akademik ini menyediakan platform penting bagi pertukaran pandangan, perkongsian pengetahuan dan pengukuhan kerjasama serantau. IPPSSHHB akan terus komited dalam memajukan dialog strategik dan pembangunan profesional melalui penyertaan aktif dalam inisiatif serantau yang menyumbang kepada kestabilan, persefahaman bersama dan diplomasi pertahanan yang konstruktif.