REPUBLIC OF SINGAPORE, Friday, 29 May 2026 – Representatives from the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) participated in the IISS Shangri-La Dialogue 23rd Asia Security Summit, held from 29 to 31 May 2026 at the Shangri-La Hotel, Republic of Singapore.
Representing SHHBIDSS at the SLD were Dayangku Dr Noor Hasharina binti Pengiran Haji Hassan, Director of SHHBIDSS, and Muizzah binti Haji Harun, Research Officer. Additionally, Dr Sabrina binti Dato Paduka Haji Mohd Daud, Assistant Director, participated as a delegate under the IISS Shangri-La Dialogue Young Leaders’ Programme (SLDYLP). Their participation formed part of Brunei Darussalam’s wider representation at the Dialogue alongside officials from the Ministry of Defence and the Royal Brunei Armed Forces (RBAF).

The 23rd Shangri-La Dialogue convened more than 550 participants, including defence ministers, military leaders, senior defence officials, strategic experts and business leaders from across the Asia-Pacific and beyond to deliberate on evolving regional and global security developments. This year’s Dialogue focused on issues relating to strategic competition, maritime security, defence-industrial resilience, strategic stability and evolving regional security partnerships.

The Dialogue featured a distinguished line-up of speakers, including General Secretary of the Central Committee of the Communist Party of Viet Nam and President of the Socialist Republic of Viet Nam, His Excellency Tô Lâm, who delivered the Keynote Address during the Opening Dinner. President of the Democratic Republic of Timor-Leste, His Excellency José Ramos-Horta, also delivered a Special Address. Throughout the Dialogue, SHHBIDSS representatives attended plenary sessions and simultaneous special sessions covering a broad range of contemporary defence and security issues. Discussions highlighted the implications of geopolitical competition, maritime developments, defence-industrial resilience and emerging technologies for regional security and strategic stability.


The IISS Shangri-La Dialogue Young Leaders’ Programme (SLDYLP) 2026, held from 28 to 31 May 2026, brought together 40 next-generation strategists and leaders from across Southeast Asia and beyond to exchange ideas, build connections and contribute fresh perspectives to discussions on regional and global security. Young leaders from all 11 Association of Southeast Asia Nations (ASEAN) member states participated in the 23rd Shangri-La Dialogue, joining plenary and special sessions as well as dedicated seminars and exclusive networking opportunities. In addition to full access to all the main Dialogue sessions, the SLDYLP 2026 comprised two closed-door simultaneous young leaders’ roundtables and four closed-door sessions with Commanders and Ministers. Rich networking opportunities were also provided through a reception hosted by the Australian High Commission in Singapore. In addition to attending the formal sessions, SHHBIDSS representatives engaged with policymakers, defence officials, researchers and strategic experts from across the region. These engagements provided valuable opportunities to exchange perspectives, strengthen professional networks and gain insights into emerging security trends and policy debates affecting the Asia-Pacific region. Participation in the Dialogue supports SHHBIDSS’ role in providing strategic assessments and policy-relevant research in support of the Ministry of Defence. Insights gained from the discussions and engagements will contribute towards the Institute’s ongoing research, analysis and understanding of regional and international security developments.
Since its inception in 2002, the Shangri-La Dialogue has evolved into Asia’s premier defence and security summit. SHHBIDSS’ continued participation reflects its commitment to remaining engaged with regional strategic discourse and contributing to informed discussions on defence and security issues affecting Brunei Darussalam and the wider region.
IPPSSHHB HADIRI DIALOG SHANGRI-LA (SLD) SIDANG KEMUNCAK KESELAMATAN ASIA KE-23 DAN PROGRAM PEMIMPIN MUDA SLD ANJURAN IISS
REPUBLIK SINGAPURA, Jumaat, 29 Mei 2026 – Wakil-wakil daripada Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) telah menyertai Dialog Shangri-La Sidang Kemuncak Keselamatan Asia Ke-23 anjuran International Institute for Strategic Studies (IISS) yang berlangsung dari 29 hingga 31 Mei 2026 di Hotel Shangri-La, Republik Singapura.
Mewakili IPPSSHHB pada Sidang Kemuncak tersebut ialah Dayangku Dr Noor Hasharina binti Pengiran Haji Hassan, Pengarah IPPSSHHB, dan Muizzah binti Haji Harun, Pegawai Penyelidik. Manakala, Dr Sabrina binti Dato Paduka Haji Mohd Daud, Penolong Pengarah, telah menyertai program IISS Shangri-La Dialogue Young Leaders’ Programme (YLP). Penyertaan mereka merupakan sebahagian daripada penglibatan Negara Brunei Darussalam dalam Dialog berkenaan bersama pegawai-pegawai daripada Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).
Dialog Shangri-La Ke-23 telah menghimpunkan lebih 550 peserta, terdiri daripada menteri-menteri pertahanan, pemimpin tentera, pegawai kanan pertahanan, pakar strategik serta pemimpin industri dari rantau Asia-Pasifik dan luar rantau bagi membincangkan perkembangan keselamatan serantau dan global. Dialog pada tahun ini memberi tumpuan kepada isu berkaitan persaingan strategik, keselamatan maritim, ketahanan industri pertahanan, kestabilan strategik serta evolusi kerjasama keselamatan serantau.
Dialog tersebut menampilkan barisan penceramah terkemuka, termasuk Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Viet Nam dan Presiden Republik Sosialis Viet Nam, Tuan Yang Terutama Tô Lâm, yang telah menyampaikan Ucapan Utama semasa Majlis Makan Malam Pembukaan. Presiden Republik Demokratik Timor-Leste, Tuan Yang Terutama José Ramos-Horta, turut menyampaikan Ucapan Khas. Sepanjang Dialog berkenaan, wakil-wakil IPPSSHHB telah menghadiri sesi-sesi plenari dan sesi khas serentak yang mengetengahkan pelbagai isu pertahanan dan keselamatan semasa. Perbincangan yang diadakan turut mengetengahkan implikasi persaingan geopolitik, perkembangan keselamatan maritim, ketahanan industri pertahanan serta kemunculan teknologi baharu terhadap keselamatan dan kestabilan serantau.
Program Pemimpin Muda Dialog Shangri-La IISS (SLDYLP) 2026, yang diadakan dari 28 hingga 31 Mei 2026, telah menghimpunkan 40 ahli strategi dan pemimpin generasi baharu dari seluruh Asia Tenggara dan rantau lain untuk bertukar-tukar pandangan, membina rangkaian hubungan serta menyumbangkan perspektif baharu dalam perbincangan mengenai keselamatan serantau dan global. Pemimpin muda dari kesemua 11 negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) telah menyertai Dialog Shangri-La ke-23, termasuk menghadiri sesi plenari, sesi khas, seminar khusus serta peluang rangkaian eksklusif. Selain akses penuh kepada semua sesi utama Dialog tersebut, SLDYLP 2026 turut merangkumi dua meja bulat tertutup serentak bagi pemimpin muda serta empat sesi tertutup bersama para Komander dan Menteri. Peluang rangkaian yang meluas juga disediakan melalui majlis resepsi yang dihoskan oleh Suruhanjaya Tinggi Australia di Singapura. Selain menghadiri sesi-sesi rasmi, wakil-wakil IPPSSHHB turut mengadakan interaksi bersama penggubal dasar, pegawai pertahanan, penyelidik dan pakar strategik dari pelbagai negara. Interaksi tersebut menyediakan peluang yang bernilai untuk bertukar pandangan, memperluaskan rangkaian profesional serta memperoleh pemahaman yang lebih mendalam mengenai trend keselamatan dan perbahasan dasar yang sedang berkembang di rantau Asia-Pasifik. Penyertaan dalam Dialog ini turut menyokong peranan IPPSSHHB dalam menyediakan penilaian strategik dan penyelidikan yang relevan bagi menyokong Kementerian Pertahanan. Pengetahuan dan dapatan yang diperoleh daripada sesi perbincangan serta interaksi profesional akan menyumbang kepada usaha penyelidikan, analisis dan pemahaman Institut terhadap perkembangan keselamatan serantau dan antarabangsa.
Sejak penubuhannya pada tahun 2002, Dialog Shangri-La terus berkembang sebagai sidang kemuncak pertahanan dan keselamatan terkemuka di Asia. Penyertaan berterusan IPPSSHHB mencerminkan komitmen Institut untuk terus terlibat dalam wacana strategik serantau serta menyumbang kepada perbincangan yang bermaklumat mengenai isu-isu pertahanan dan keselamatan yang mempengaruhi Negara Brunei Darussalam dan rantau ini.