
TANAH JAMBU, Monday, 26 May 2025 – Hajah Siti Diana binti Haji Othman, Acting Senior Research Officer at the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS), delivered a briefing entitled ‘Regional Security Outlook’ to the National Defence College (NDC) of Nigeria during their visit to the Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF) this morning.

The briefing session is part of the NDC’s visit to DA RBAF. The session began with a welcoming address by Commander Haji Edy Jofren bin PDP DP Colonel (R) Haji Abdul Jalil, Chief Instructor of DA RBAF, on behalf of Acting Commandant of DA RBAF.
During the session, Hajah Siti Diana presented insights into Southeast Asia’s security landscape from both academic and Track II diplomacy perspectives. It also served to highlight Brunei’s strategic outlook as a small state that values a stable and prosperous external security environment. In her presentation, Hajah Siti Diana underscored the importance of regional peace and cooperation in ensuring national stability and sustainable progress, while emphasising the country’s commitment to constructive engagement and multilateralism in addressing shared security challenges.
In addition to the presentation by SHHBIDSS, representatives from the Directorate of Intelligence, the Directorate of Defence Policy, and the Joint Force Headquarters also delivered briefings, which were followed with a question-and-answer (Q&A). The session concluded with closing remarks by Rear Admiral Olumuyiwa Morakinyo Olotu, Commandant of the NDC.

The NDC delegation is in Brunei from 24 to 31 May 2025 as part of their geostrategic study tour, which includes engagements with key government bodies and private sector stakeholders.
TAKLIMAT IPPSSHHB SEMPENA LAWATAN KOLEJ PERTAHANAN KEBANGSAAN NIGERIA (NDC) KE BRUNEI
TANAH JAMBU, Isnin, 26 Mei 2025 – Hajah Siti Diana binti Haji Othman, Pemangku Pegawai Penyelidik Kanan di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB), menyampaikan taklimat bertajuk “Regional Security Outlook” kepada Kolej Pertahanan Kebangsaan (NDC) Nigeria semasa lawatan mereka ke Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB) pagi tadi.
Sesi taklimat ini adalah sebahagian daripada acara lawatan NDC ke AP ABDB. Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Komander Haji Edy Jofren bin PDP DP Kolonel (B) Haji Abdul Jalil, Ketua Pengajar AP ABDB, bagi pihak Pemangku Komandan AP ABDB.
Dalam sesi tersebut, Hajah Siti Diana membentangkan keadaan landskap keselamatan Asia Tenggara dari perspektif akademik dan diplomasi Trek II. Pembentangan tersebut mengongsikan kedudukan strategik Brunei sebagai sebuah negera kecil yang mementingkan persekitaran keselamatan luar yang stabil dan makmur. Dalam pembentangannya, Hajah Siti Diana menekankan kepentingan keamanan dan kerjasama serantau dalam memastikan kestabilan negara dan kemajuan mampan, sambil menekankan komitmen negara terhadap penglibatan konstruktif dan multilateralisme dalam menangani cabaran keselamatan bersama.
Selain pembentangan IPPSSHHB, wakil daripada Jabatanarah Perisikan, Jabatanarah Dasar Pertahanan, dan Markas Angkatan Bersama turut menyampaikan taklimat, yang diikuti dengan soal jawab. Sesi diakhiri dengan ucapan penutup oleh Laksamana Muda Olumuyiwa Morakinyo Olotu, Komandan NDC.
Delegasi NDC berada di Brunei dari 24 hingga 31 Mei 2025 sebagai sebahagian daripada lawatan sambil belajar geostrategik mereka, yang merangkumi penglibatan dengan badan-badan kerajaan dan pihak berkepentingan, termasuk sektor swasta.