|
MALAYSIA, Tuesday, 03 February 2026 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) participated in the Pok Rafeah Chair’s Book Workshop, held from 03 to 04 February 2026 at the Bangi Resort Hotel, Malaysia, as part of contributing authors for the forthcoming book entitled “ASEAN from the National Lenses: Weaving Consensus from Competing Voices”. The workshop was attended by Dk Dr. Noor Hasharina binti Pg Haji Hassan, Director of SHHBIDSS, and Siti Nurnabilah binti Haji Abd Rahman, Research Officer from the Institute. During the workshop, SHHBIDSS presented its draft chapter on Brunei Darussalam in ASEAN, highlighting how Brunei views ASEAN as a strategically essential platform that aligns Brunei Darussalam’s national priorities such as Melayu Islam Beraja (MIB) and Wawasan Brunei 2025, with the three ASEAN Community pillars, while reinforcing regional stability through a cautious and consensus-driven approach. In addition, SHHBIDSS was assigned as discussant for two chapters—on Singapore in ASEAN and Timor-Leste in ASEAN—contributing analytical inputs and comparative perspectives to enrich the broader discourse.
The workshop was organised by the Institute of Malaysian and International Studies (IKMAS), National University of Malaysia (UKM), under the Pok Rafeah Chair’s initiative. The workshop aimed to provide a platform for authors to present their draft chapters and discuss ways to further strengthen the analytical depth and overall coherence of the volume. The book critically examines ASEAN’s community-building agenda through the distinct national perspectives of its Member States and is expected to be published in 2027.
Established in 1996, the Pok Rafeah Chair, formally known as the Tun Abdullah Ahmad Badawi Chair, is an academic initiative based at UKM and housed under IKMAS. It was established to promote research, dialogue, and scholarly exchange on issues related to governance, regional cooperation, and international affairs.
IPPSSHHB MENYERTAI BENGKEL BUKU POK RAFEAH CHAIR BERTAJUK “ASEAN FROM THE NATIONAL LENSES: WEAVING CONSENSUS FROM COMPETING VOICES“ MALAYSIA, Selasa, 03 Februari 2026 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) telah menyertai bengkel Buku Pok Rafeah Chair yang diadakan dari 03 hingga 04 Februari 2026 di Bangi Resort Hotel, Malaysia, sebagai sebahagian daripada penulis bagi buku yang bertajuk “ASEAN from the National Lenses: Weaving Consensus from Competing Voices.” Bengkel tersebut telah dihadiri oleh Dk Dr. Noor Hasharina binti Pg Haji Hassan, Pengarah, dan Siti Nurnabilah Haji Abd Rahman, Pegawai Penyelidik di Institut ini. Semasa bengkel tersebut berlangsung, pihak Institut telah membentangkan draf bab mengenai Brunei Darussalam dalam ASEAN, dengan menekankan bagaimana Negara Brunei Darussalam melihat ASEAN sebagai platform strategik yang penting dalam menyelaraskan keutamaan nasionalnya iaitu Melayu Islam Beraja (MIB) dan Wawasan Brunei 2035 dengan tiga tonggak Komuniti ASEAN, di samping memperkukuhkan kestabilan serantau melalui pendekatan yang berhati-hati dan berasaskan konsensus. Selain itu, pihak Institut telah dilantik sebagai discussant bagi dua bab—Singapura dalam ASEAN, dan Timor-Leste dalam ASEAN—dengan memberikan pandangan analitikal serta perspektif perbandingan bagi memperdalamkan lagi wacana tersebut secara keseluruhan. Bengkel ini dianjurkan oleh Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di bawah inisiatif Pok Rafeah Chair. Bengkel ini bertujuan menyediakan platform kepada para penulis untuk membentangkan draf bab masing-masing serta membincangkan penambahbaikan bagi memperkukuhkan analisis yang lebih mendalam dan penyelarasan keseluruhan buku tersebut. Buku tersebut meneliti secara kritikal agenda pembinaan komuniti ASEAN melalui perspektif nasional daripada negara-negara anggota ASEAN, dan dijangka akan diterbitkan pada tahun 2027. Ditubuhkan pada tahun 1996, Pengerusi Pok Rafeah, yang dulunya secara rasmi dikenali sebagai Pengerusi Tun Abdullah Ahmad Badawi, merupakan sebuah inisiatif akademik yang berpusat di UKM dan ditempatkan di bawah IKMAS. Ianya ditubuhkan bagi menggalakkan penyelidikan, dialog dan pertukaran ilmiah berkaitan tadbir urus, kerjasama serantau dan hal ehwal antarabangsa. |
.jpeg)
