Tuesday, 12 May 2026 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) received a courtesy call from His Excellency Ramu Abbagani, the High Commissioner of India to Brunei Darussalam, this afternoon.

His Excellency Ramu Abbagani was warmly welcomed by Dayangku Dr. Noor Hasharina binti Pengiran Haji Hassan, Director of SHHBIDSS. During the call, both sides exchanged pleasantries and reaffirmed the longstanding and friendly relations between Brunei Darussalam and the Republic of India, which continue to develop positively through cooperation in various areas of mutual interest.

Discussions also covered regional and international developments, as well as opportunities to strengthen bilateral cooperation, particularly in defence, strategic studies, education, and people-to-people exchanges. The call underscored the importance of continued dialogue and collaboration in promoting mutual understanding and regional stability.

The courtesy call further provided an opportunity for SHHBIDSS and the High Commission of India to exchange views on potential avenues for cooperation in academic and strategic discourse, including seminars, conferences and knowledge-sharing initiatives. Both parties expressed optimism towards enhancing institutional engagement and strengthening future cooperation between SHHBIDSS and relevant Indian think tank.

His Excellency Ramu Abbagani assumed his post as High Commissioner of India to Brunei Darussalam in July 2025. His Excellency presented his credentials to His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, on 19 October 2025.

Prior to this, SHHBIDSS received a visit by the National Defence College (NDC) on 2 September 2025. The delegation, consisting of 16 participants, was visiting Brunei Darussalam as part of their study tour. SHHBIDSS regularly welcomes calls and visits from regional and international counterparts as part of its mandate to foster dialogue and international engagement.

IPPSSHHB MENERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PESURUHJAYA TINGGI INDIA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Selasa, 12 Mei 2026 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Yang Terutama Ramu Abbagani, Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam, petang tadi.

Tuan Yang Terutama Ramu Abbagani telah dialu-alukan oleh Dayangku Dr. Noor Hasharina binti Pengiran Haji Hassan, Pengarah IPPSSHHB. Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua pihak bertukar pandangan dan menegaskan semula hubungan persahabatan yang sekian lama terjalin antara Negara Brunei Darussalam dan Republik India, yang terus berkembang secara positif melalui kerjasama dalam pelbagai bidang berkepentingan bersama.

Perbincangan juga meliputi perkembangan serantau dan antarabangsa, serta peluang untuk mengukuhkan kerjasama dua hala, khususnya dalam pertahanan, kajian strategik, pendidikan, dan pertukaran rakyat dengan rakyat. Kunjungan itu menekankan kepentingan dialog dan kerjasama berterusan dalam menggalakkan persefahaman bersama dan kestabilan serantau.

Kunjungan hormat tersebut juga memberikan peluang kepada IPPSSHHB dan Suruhanjaya Tinggi India untuk bertukar pandangan mengenai potensi kerjasama dalam wacana akademik dan strategik, termasuk seminar, persidangan serta inisiatif perkongsian ilmu. Kedua-dua pihak turut menyatakan harapan untuk mempertingkatkan hubungan institusi serta memperkukuhkan kerjasama pada masa hadapan antara IPPSSHHB dan badan pemikir India yang berkaitan.

Tuan Yang Terutama Ramu Abbagani mula memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam pada Julai 2025. Tuan Yang Terutama telah mempersembahkan watikah pelantikan beliau kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 19 Oktober 2025.

Sebelum ini, IPPSSHHB telah menerima lawatan daripada National Defence College (NDC) pada 2 September 2025. Delegasi tersebut, yang terdiri daripada 16 peserta, telah mengadakan lawatan ke Negara Brunei Darussalam sebagai sebahagian daripada lawatan pengajian mereka. IPPSSHHB sentiasa mengalu-alukan kunjungan dan lawatan daripada rakan-rakan serantau dan antarabangsa sebagai sebahagian daripada mandatnya untuk menggalakkan dialog dan penglibatan antarabangsa.