HONOLULU, HAWAII, US, 16 SEPT 2026 – Hajah Siti Diana binti Haji Othman, Research Officer at the Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS), Ministry of Defence, has successfully completed the Comprehensive Security Cooperation (CSC) Course conducted by the Daniel K. Inouye Asia-Pacific Center for Security Studies (DKI APCSS) in Honolulu, Hawaii, United States of America.

Held from 12 August to 16 September 2026, the CSC Course is an executive education programme that brought together more than 100 Fellows from 28 countries, comprising military, and civilian professionals from across the Indo-pacific. The programme is designed to enhance understanding of the complex and interdependent security environment in the Indo-Pacific and strengthen capacity for regional security cooperation. It adopts a comprehensive and multidisciplinary approach through lectures, seminars, group discussions, practical exercises and professional exchanges, while providing participants with opportunities to develop knowledge, skills and networks for addressing contemporary security challenges.

The course provided Hajah Siti Diana with opportunities to broaden her understanding of regional security challenges, gain perspectives from fellow practitioners with diverse professional and national backgrounds, and strengthen her capacity for strategic analysis and international engagement. The experience also reinforced the importance of dialogue, mutual understanding and collaborative approaches in addressing shared security concerns. As part of the course, Hajah Siti Diana also developed a Fellow Project entitled “Youth Security Conference”, which she intends to pursue further through SHHBIDSS to promote greater security awareness and understanding among young people.
The completion of the course contributes to the professional development of SHHBIDSS personnel and supports the Institute’s role in conducting policy-relevant research and providing analytical assessments on defence, security and strategic issues. The knowledge, perspectives and professional networks gained through the programme will further contribute to SHHBIDSS’s research, strategic analysis and engagement on regional and international security developments.
The participation also reflects the continuing engagement between SHHBIDSS and DKI APCSS in promoting knowledge exchange, professional development and regional security cooperation. Most recently, SHHBIDSS welcomed Major General (Ret.) Suzanne P. Vares-Lum, Director of DKI APCSS, during her visit to the Institute on 22 June 2026.
These engagements build upon the longstanding links between the two institutions, which share a common focus on strengthening professional networks, advancing policy-relevant research and fostering greater understanding and cooperation on regional security issues.
PEGAWAI PENYELIDIK IPPSSHHB MENAMATKAN KURSUS COMPREHENSIVE SECURITY COOPERATION DI DANIEL K. INOUYE ASIA-PACIFIC CENTER FOR SECURITY STUDIES (DKI APCSS)
HONOLULU, HAWAII, AS, 16 SEPT 2026 – Hajah Siti Diana binti Haji Othman, Pegawai Penyelidik di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB), Kementerian Pertahanan, telah berjaya menamatkan Kursus Comprehensive Security Cooperation (CSC) yang dikendalikan oleh Daniel K. Inouye Asia-Pacific Center for Security Studies (DKI APCSS) di Honolulu, Hawaii, Amerika Syarikat.
Kursus CSC yang berlangsung dari 12 Ogos hingga 16 September 2026 merupakan program pendidikan eksekutif yang menghimpunkan lebih daripada 100 orang Fellows dari 28 buah negara, yang terdiri daripada anggota tentera dan awam dari seluruh Rantau Indo-Pasifik. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai persekitaran keselamatan Indo-Pasifik yang kompleks serta saling berkait, di samping memperkukuh keupayaan dalam kerjasama keselamatan serantau. Program ini menggunakan pendekatan yang menyeluruh dan pelbagai disiplin melalui syarahan, seminar, perbincangan berkumpulan, latihan praktikal dan pertukaran professional. Di samping itu, program ini turut memberikan peluang kepada para peserta untuk memperluaskan pengetahuan, meningkatkan kemahiran dan membina rangkaian profesional dalam menangani cabaran keselamatan semasa.
Kursus ini telah memberikan peluang kepada Hajah Siti Diana untuk memperluas kefahaman mengenai cabaran keselamatan serantau, mendapatkan perspektif daripada rakan pengamal yang mempunyai latar belakang profesional dan kebangsaan yang pelbagai, serta memperkukuh keupayaan dalam analisis strategik dan penglibatan antarabangsa. Pengalaman ini turut memperteguh kepentingan dialog, persefahaman bersama dan pendekatan kolaboratif dalam menangani isu keselamatan yang menjadi kepentingan bersama. Sebagai sebahagian daripada kursus tersebut, Hajah Siti Diana turut menyediakan Fellow Project bertajuk “Youth Security Conference”, yang berhasrat untuk diteruskan melalui IPPSSHHB bagi menggalakkan kesedaran dan kefahaman yang lebih mendalam mengenai isu-isu keselamatan dalam kalangan golongan belia.
Penyertaan dan penamatan kursus tersebut menyumbang kepada pembangunan profesional pegawai Institut serta menyokong peranan Institut dalam menjalankan penyelidikan berorientasikan dasar dan menyediakan penilaian analitikal mengenai isu-isu pertahanan, keselamatan dan strategik. Pengetahuan, perspektif dan rangkaian profesional yang diperoleh sepanjang program tersebut akan terus menyumbang kepada penyelidikan, analisis strategik dan penglibatan Institut dalam perkembangan keselamatan serantau dan antarabangsa.
Penyertaan ini turut mencerminkan hubungan dan penglibatan berterusan antara IPPSSHHB dan DKI APCSS dalam menggalakkan pertukaran pengetahuan, pembangunan profesional dan kerjasama keselamatan serantau. Baru-baru ini, Institut telah menerima kunjungan Major Jeneral (B) Suzanne P. Vares-Lum, Pengarah DKI APCSS, ke Institut pada 22 Jun 2026.
Hubungan dan penglibatan ini merupakan kesinambungan daripada kerjasama yang telah lama terjalin antara kedua-dua institusi yang mempunyai fokus bersama dalam memperkukuh rangkaian profesional, memajukan penyelidikan berorientasikan dasar serta meningkatkan kefahaman dan kerjasama mengenai isu-isu keselamatan serantau.