Thursday, 14 May 2026 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) held its third Sharing Session of the year entitled ‘Japan’s Defence Transformation: Strategic Perspectives for ASEAN And Brunei Darussalam’.

This Sharing Session was provided by Muizzah binti Haji Harun, SHHBIDSS Research Officer, and moderated by Muhammad Umair Akmal bin Haji Noor Ahsffian, Acting Senior Research Officer.

The session examined Japan’s evolving defence posture within the increasingly complex Asia-Pacific security environment. Discussions highlighted how Japan’s contemporary strategic trajectory reflects a gradual yet cumulative transformation across defence policy, military modernisation, strategic networking and regional security engagement, driven by changing regional security dynamics and expansive Indo-Pacific contingencies.

The session also explored Japan’s expanding engagement with ASEAN and the broader Asia-Pacific through evolving security partnerships, minilateral cooperation and networked strategic arrangements. The presentation further examined how these developments increasingly reflect wider shifts in the regional security environment and contemporary approaches to strategic cooperation.

Present during the session were representatives from the Joint Forces Headquarters (JFHQ) Royal Brunei Armed Forces, Directorate of Intelligence and Directorate of Defence Policy.

The Institute’s sharing sessions are a core activity organised by the Institute, serving as a key platform for in-house research analysts to convene and engage in open discussions on specific topics or relevant issues of interest. The sharing sessions aim to foster a collaborative environment for sharing insights and perspectives within the Ministry of Defence.

SESI PERKONGSIAN IPPSSHHB 03/2026 BERTAJUK ‘TRANSFORMASI PERTAHANAN JEPUN: PERSPEKTIF STRATEGIK BAGI ASEAN DAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM’

Khamis, 14 Mei 2026 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) hari ini telah mengadakan sesi perkongsian buat kali ketiga pada tahun ini, dengan tajuk ‘Transformasi Pertahanan Jepun: Perspektif Strategik Bagi ASEAN dan Negara Brunei Darussalam’.   

Sesi Perkongsian telah disampaikan oleh, Muizzah binti Haji Harun, Pegawai Penyelidik Institut dan dimoderasi oleh Muhammad Umair Akmal bin Haji Noor Ahsffian, Pemangku Pegawai Penyelidik Kanan.

Sesi ini mengetengahkan perkembangan postur pertahanan Jepun dalam konteks persekitaran keselamatan Asia-Pasifik yang semakin kompleks. Perbincangan turut meneliti bagaimana trajektori strategik Jepun kini memperlihatkan transformasi secara beransur-ansur tetapi kumulatif merangkumi dasar pertahanan, pemodenan ketenteraan, jaringan strategik dan penglibatan keselamatan serantau.

Sesi ini turut menyentuh penglibatan Jepun yang semakin berkembang dengan ASEAN dan Asia-Pasifik melalui perkongsian keselamatan, kerjasama minilateral dan pengaturan strategik berangkaian yang semakin berkembang. Pembentangan ini juga membincangkan bagaimana perkembangan tersebut semakin mencerminkan perubahan lebih luas dalam persekitaran keselamatan serantau serta pendekatan kontemporari terhadap kerjasama strategik.

Sesi ini dihadiri oleh wakil-wakil daripada Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Jabatanarah Perisikan dan Jabatanarah Dasar Pertahanan.

Sesi-Sesi Perkongsian merupakan aktiviti teras yang dianjurkan oleh Institut, yang berfungsi sebagai wadah untuk menggalakkan perbincangan dan pertukaran pandangan mengenai isu-isu semasa bagi para pegawai penyelidik di kementerian ini. Sesi-Sesi Perkongsian ini juga turut memupuk persekitaran yang kolaboratif untuk saling berkongsi pandangan dan perspektif dalam Kementerian Pertahanan.