THURSDAY, 14 May 2026 – The Sultan Haji Hassanal Bolkiah Institute of Defence and Strategic Studies (SHHBIDSS) held its fourth Sharing Session of the year entitled ‘Never Again? WWII Lessons and The Fragility of the Modern International Order’.
This Sharing Session was provided by Muhammad Umair Akmal bin Haji Noor Ashffian, SHHBIDSS Research Officer, and moderated by Hajah Nor Azriah binti DSS Haji Abdul Aziz, Acting Senior Research Officer.

The session examined the enduring relevance of Second World War history in understanding the fragility of the modern international order, drawing on personal visits to Normandy, Berlin, Nuremberg and Auschwitz. Discussions highlighted how each site illustrated a distinct pillar of the post-1945 — order sacrifice, institutional resilience, legal accountability and the consequences of dehumanisation — reflecting a system that emerged through deliberate effort rather than as an inevitable or self-sustaining outcome.

The session also explored how these historical lessons extend to contemporary conflicts and tensions, including Ukraine, Sudan, Palestine, Iran and the South China Sea, and examined the extent to which the principles underpinning “Never Again” continue to be tested today. The presentation further considered how these developments demonstrate the dangers of institutional erosion, selective accountability and oversimplified narratives, and their implications for sound strategic analysis.
Present during the session were representatives from the Defence Minister Office and Directorate of Strategic Planning, Joint Forces Headquarters (JFHQ) Royal Brunei Armed Forces, Directorate of Intelligence and Directorate of Defence Policy.
The Institute’s sharing sessions are a core activity organised by the Institute, serving as a platform for open discussions and the exchange of views on specific topics and issues of interest related to defence and security. The Sharing Sessions aim to foster a collaborative environment for the exchange of insights and perspectives within the Ministry of Defence.
SESI PERKONGSIAN IPPSSHHB 04/2026 BERTAJUK ‘NEVER AGAIN?’ WWII LESSONS AND THE FRAGILITY OF THE MODERN INTERNATIONAL ORDER
KHAMIS, 14 Mei 2026 – Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Sultan Haji Hassanal Bolkiah (IPPSSHHB) telah mengadakan sesi perkongsian buat kali keempat pada tahun ini, dengan tajuk ‘Never Again?’ WWII Lessons and The Fragility of the Modern International Order’.
Sesi Perkongsian tersebut telah disampaikan oleh Muhammad Umair Akmal bin Haji Noor Ashffian, Pegawai Penyelidik Institut dan dikendalikan oleh Hajah Nor Azriah binti DSS Haji Abdul Aziz, Pemangku Pegawai Penyelidik Kanan sebagai moderator.
Sesi ini membincangkan pengajaran daripada sejarah Perang Dunia Kedua dalam memahami kerapuhan aturan antarabangsa moden, berdasarkan lawatan ke Normandy, Berlin, Nuremberg, dan Auschwitz. Perbincangan mengetengahkan bagaimana setiap lokasi tersebut menggambarkan dimensi tersendiri dalam pembentukan aturan antarabangsa pasca-1945 — termasuk pengorbanan, ketahanan institusi, akauntabiliti perundangan, serta pengabaian nilai kemanusiaan — mencerminkan bahawa aturan tersebut dibentuk melalui usaha yang terancang dan berterusan, dan bukannya sesuatu yang wujud dengan sendirinya atau dapat dikekalkan tanpa usaha.
Sesi ini turut mengupas bagaimana pengajaran sejarah tersebut berkait dengan konflik dan ketegangan semasa, termasuk di Ukraine, Sudan, Palestin, Iran, dan Laut China Selatan, serta meneliti sejauh mana prinsip-prinsip “Never Again” terus diuji pada masa kini. Pembentangan tersebut juga meneliti bagaimana perkembangan ini memperlihatkan risiko terhadap penghakisan institusi, penerapan akauntabiliti yang tidak konsisten, dan pembentukan naratif yang terlalu mudah dalam melihat isu yang kompleks, serta implikasinya terhadap analisis strategik yang mantap dan menyeluruh.
Sesi ini dihadiri oleh wakil-wakil daripada Jabatan Menteri Pertahanan dan Jabatanarah Perancangan Strategik (JMP JPS), Markas Angkatan Bersama (MAB) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Jabatanarah Perisikan dan Jabatanarah Dasar Pertahanan.
Sesi-Sesi Perkongsian merupakan aktiviti teras yang dianjurkan oleh Institut, berfungsi sebagai wadah untuk menggalakkan perbincangan dan pertukaran pandangan mengenai isu-isu berkepentingan dalam bidang pertahanan dan keselamatan. Sesi-Sesi Perkongsian ini juga bertujuan untuk memupuk persekitaran yang kolaboratif bagi perkongsian pengetahuan, pandangan dan perspektif dalam Kementerian Pertahanan.